Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 5 Mac 2011

Musafir Tahun Akhir


Gambar oleh africa, dari laman ini



Orang yang amat-amat cinta akhirat akan jadi 'gila-gila' punya kedekut dengan masa mereka ( mereka tak bazirkan masa untuk benda haram, makruh dan sia-sia walau sesaat).  Moga Allah jadikan kita dalam golongan tu.


Alhamdulillah, saya selamat tiba di tempat pengajian pada Ahad lepas. Kini, hampir seminggu saya berada di sini untuk berjuang bagi tahun akhir (lebih kurang 8-9 bulan sebelum tamat pengajian siswazah).

Sibuk juga minggu pertama ni nak selesaikan banyak perkara.


Alhamdulillah, dengan kesibukan laksanakan tugas dengan ikhlas, terasa kemanisan jadi hamba dan khalifah Allah.

Saya ambil 3 major. Jadi, kelas memang agak berat. Banyak juga amali lapangan (field trip) kena hadiri. Saya pula keseorangan pelajar Islam, Allahu Allah, jadi cabaran. Bantulah al-faqir ini wahai Allah.

Kali ni, saya berazam untuk benar-benar rancang dan hargai masa, andai dapat selesaikan tugas dengan sempurna dan secepat yang mungkin, itu adalah terbaik kerana kita tidak tahu apa rintangan akan tiba. Juga, untuk luangkan masa untuk ibadah khusus.

Juga, kali ni saya jadi lebih agresif. Letak sasaran 98% markah untuk setiap kerja akademik. Walau agak sukar nak capai 98% paling tidak, jika dah pulun habis-habisan, mungkin boleh dapat 95%.

Juga, dok mula dah nak persiap diri nak hadiri temuduga kerja tahun ini. Sebab temuduga Petronas ni berstruktur, kena seimbangkan persediaan (rangkumi aspek-aspek yang akan diuji).

Sedikit saya catat tentang umat Islam di Australia ni, hasil saya bincang dengan kenalan Melayu Singapura di sini, mereka sebut bahawa banyak orang yang revert kepada Islam memang bersungguh-sungguh nak cari sumber ilmu, baiki diri. Namun, cabarannya mereka kurang ada sokongan. Ya lah, kalau Malaysia kita ada macam badan seperti PERKIM, MACMA, PERMIM yang bertugas bantu beri sokongan kepada saudara baru Islam. Ok, harap benda ni dapat jadi iktibar. Mungkin jika ada 'ulama atau orang gerakan yang nak isi kekosongan kepakaran dan tenaga penggerak di sini boleh ambil perhatian. Percayalah, banyak orang yang nak belajar Islam di sini. Orang putih Australia yang peluk Islam pun ada dan bertambah.

Insya Allah jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...