Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Isnin, 29 Mac 2010

Nasihat Imam Ghazali : Empat Sifat Kesempurnaan Bagi Orang Yang Salik

Salik (Menjalani Jalan Akhirat)

*Gambar sekadar hiasan



Al-Imam Al-Ghazali mencatatkan dalam kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anakku) empat sifat kesempurnaan bagi orang yang salik, seperti berikut:

Wahai anakku yang tercinta,

Wajib atas orang yang salik (menjalani jalan akhirat) bahawa ia menyempurnakan empat macam sifat.

Pertama: I'tiqad yang benar bahawa tidak ada bid'ah dalamnya (maksudnya mengikuti 'aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah)

Kedua: Bertaubat dengan taubat nasuha sehingga ia tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya.

Ketiga: Meminta halal daripada semua musuh (dan makhluk) sehingga engkau tidak akan dituntut pada hari kiamat nanti.

Keempat: Mempelajari 'ilmu syari'ah untuk dapat menunaikan segala perintah Allah Ta'ala dan juga mempelajari 'ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.


Terjemahan kitab Ayyuhal Walad oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.


2 ulasan:

  1. Salam alikom, saya sering tertanya2 bgaimana taubat nasuha itu.Adakah dosa2 besar sahaja atau perkara seperti malas , suka buang masa, berjam2 dpn online?mohon penjelasan.

    BalasPadam
  2. Salaam.

    Apa yang tahu, taubat nasuha itu ialah taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, dengan tidak mengulangi kesalahan dosa yang lalu.

    Apa yang lebih saya berasa yakin, taubat nasuha ini perlu dilakukan kepada dosa besar, (dosa kecil yang dilakukan berterusan dikira sebagai dosa besar), dosa yang jelas dinyatakan.

    Jika disebut berkaitan sikap malas, membuang masa, boleh kita sifatkan sebagai tabiat yang kurang baik dan boleh dibaiki.

    Duduk berjam-jam online pula lihat kepada apa yang dilihat/dibaca/dibuat. Jika benda yang halal dan baik, insya Allah berpahala. Begitu juga sebaliknya.

    Sama-sama ikhlaskan niat kerap kali.

    Pohon keampunan dan kekuatan kepada Allah, moga-moga kita beroleh kekuatan untuk membaiki diri.


    Allah lebih mengetahui.

    Semoga dapat membantu.

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...