Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Khamis, 4 Mac 2010

Solat Di Rumah Sendiri Lebih Baik


Beruntunglah bagi mereka yang berjaya menjaga solat fardhu dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan solat sunat. Seawal-awal ibadat yang akan disoal semasa pengadilan mahsyar nanti adalah 'ibadah solat. Insya Allah, jika lulus hisab bagi 'ibadah solat maka akan mudah bagi 'ibadah seterusnya.





Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.


Perbincangan kita pada kali ini insya Allah amat ringkas berkenaan ibadah solat dan lokasi untuk menunaikannya.


Adalah menjadi sunnah Baginda tercinta Nabi Muhammad s.a.w. menunaikan solat sunat di rumah, manakala solat fardhu di masjid.


Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:


"Sesungguhnya sebaik-baik solat seseorang adalah di rumahnya kecuali solat fardhu."

(Muttafaqun 'alaih)

Dengan melaksanakan sunnah demikian, insya Allah kita akan berupaya untuk menghidupkan rumah kediaman kita dengan solat sunat, dan tidak dibiarkan mati dan usang tanpa ibadah solat.


Pada masa yang sama, solat sunat secara bersendirian di rumah dapat menutup pintu kepada masalah kerohanian seperti riyak (menunjuk-nunjuk kepada manusia lain).






Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

4 ulasan:

  1. Amin...

    Salam, terima kasih atas info yang diberikan...

    Mungkin sekarang masih agak berat untuk melaksanakan(solat sunat), tapi insyallah akan berusaha :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum saudara Ikhwan,

    terima kasih di atas entry yang sangat berguna.

    email saya ialah ardwerkz@yahoo.com untuk Ym dan juga FB

    BalasPadam
  3. Wa'alaikumussalam Sdri. Husna.

    Insya Allah dan alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah s.w.t.

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...