Sumber : Ahmad Muaz Mohamad Iszeham
Ringkas tapi sangat bermakna ta’lik Syaykh al-Musnid Abu al-Huda al-Ya’kubi pada hadis 487 daripada kitab Syamail al-Habib al-Mustofha :
لمَّا كانَ اليومُ الَّذي دخلَ فيهِ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ المدينةَ أضاءَ منْها كلُّ شيءٍ، فلمَّا كانَ اليومُ الَّذي ماتَ فيهِ أظلمَ منْها كلُّ شيءٍ،
Maksud : “Tatkala hari Rasulullah صلى الله عليه وسلم masuk ke Madinah, segalanya bercahaya. Namun, saat hari pemergian baginda Nabi, semuanya bertukar menjadi gelap dan kelam”.
Shaykh menyebut ;
“Hadis ini memberi kekuatan kepada setiap umat, seberat mana pun ujian yang kamu hadapi dalam hidupmu, ia tidak lebih besar berbanding ujian hilangnya Rasulullah dalam hidup.
Kewafatan baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah kesedihan dan ujian hidup paling besar bagi umat pada setiap zaman.
Kamu merasa berat dengan ujian kamu, tapi ianya kecil berbanding kamu pernah hilang Rasulullah dalam dunia ini”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.