Semalam ada satu ta’liq yang sangat menyentuh jiwa daripada Syeikh Muhammad Abu al-Huda al-Ya'qubi terhadap hadis 487 dalam kitab Syamail al-Mustofa susunan beliau,
“Ketika Saidina Rasulullah ﷺ tiba di Madinah, seluruh penjuru kota itu disinari cahaya. Namun apabila tiba hari kewafatan baginda, Madinah seakan kehilangan sinarnya dan diselubungi kegelapan.”
Syeikh menjelaskan bahawa hadis ini mengajar kita satu hakikat besar seberat mana pun ujian yang menimpa seseorang dalam kehidupan, ia tidak akan pernah menyamai beratnya ujian umat ini ketika kehilangan Saidina Rasulullah ﷺ.
Pemergian baginda merupakan musibah terbesar yang pernah dirasai oleh umat Islam sepanjang zaman. Maka apabila kita berdepan kesusahan, ingatlah bahawa ada satu kehilangan yang jauh lebih besar iaitu saat dunia ini tidak lagi bersama insan paling mulia, Rasulullah ﷺ.
Hampir kebanyakan kitab syamail yang hamba baca menyatakan, tiada musibah yang lebih besar bila dibandingkan dengan kewafatan Saidina Rasulullah صلى الله عليه واله وسلم. Ujian kita mungkin terasa berat, tetapi ia tetap kecil jika dibandingkan dengan kesedihan umat ketika berpisah dengan Nabi ﷺ.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.