Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 15 September 2026

Sibukkan Diri Menuntut Ilmu Agama

 


Sumber : Ummu Muhammad

Sibukkan dirimu dalam menuntut ilmu agama ,bukan sibuk dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan dirimu dengan Allah.Jadilah dirimu pencinta majlis ilmu.

Begitulah nasihat Sheikhona Youssef Muhyiddin Rek Al Bakhour Al hasani pada diri ini pada awal-awal perjalanan ini.Tidak perlu sibuk dengan orang bercakap pada dirimu.Tidak perlu ambik tahu, tidak payah peduli.Itu urusan dia dengan Allah.Itu character dia.Kita berterusan buat baik.Kamu buat apa yang Allah cintai untuk dirimu.Maka sebab itulah awal-awal dulu banyak menyendiri.

Kesibukkan kita dengan manusia , orang begitu begini membuatkan hati kita jauh dari Allah subhaallah wa taala.Kita disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat untuk akhirat.Sibuk dengan namimah,ghibah.Apa yang kita lihat , dengar,baca memberi kesan pada hati.Moga Allah menjaga diri ini dan anak keturunanku.

Sama seperti yang dinasihatkan oleh Sheikh Dr Mustafa Abu sulaiman An-Nadwi ketika hadir daurah pendidik supaya kita sebagai penuntut ilmu tidak sibuk dengan membalas atau menjawab apa yang dibuat oleh manusia terhadapnya.Penuntut ilmu itu sebelum dia mewarisi ilmu baginda nabi ﷺ , dia kena ada rahmat bagi sekalian alam.Layan orang salah dengan kemurahan, ada sifat-sifat yang baik kerana inilah sifat pewaris nabi ﷺ

Nasihat daripada ulamak pewaris nabi ﷺ masih segar dalam ingatan.Sabar dengan perjalanan ini.Untuk menjadi seorang yang berilmu ,beramal dengan ilmu yang dipelajari bukan mengambil masa setahun, dua.Tapi tempoh yang begitu lama.Apa jua permasalahan, bergantung dan berharaplah pada Allah subhaallah wa taala.Allah bersamamu

Ya Allah sibukkan kami dalam menuntut ilmu agama.Dekatkan kami dengan pencinta-pencinta majlis ilmu, orang-orang yang baik.Rezekikan kami untuk bersuhbah, berkhidmat pada ulamak pewaris nabi ﷺ.Moga sentiasa dalam bimbingan baginda nabi Muhammad ﷺ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...