Sumber : Ahmad Fahmi Che Nordin
Antara ulasan Syeikh Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi hafizahullah tadi ialah berkenaan orang-orang beriman yang bersaudara. Isteri-isteri Baginda r.a pula disifatkan sebagai para ibu kepada mereka yang beriman. Hal ini dinaskan di dalam al-Quran. Di dalam hadis pula Baginda menyifatkan dirinya sebagai bapa.
Teringat bahawa ada berlaku khilaf berkenaan keharusan menyebut Baginda sebagai Abul Mukminin, Bapa para mukmin. Namun tadi Syeikh menukilkan ucapan Imam Abu Hayyan r.h yang menyokong keharusan tersebut.
Pernah juga terbaca bahawa Imam Syafie r.h sendiri menyebut Baginda sebagai Abul Mukminin. Imam al-Suyuti r.h pula menyenaraikan 4 gelaran, kun-yah bagi Baginda, iaitu Abul Qasim, Abu Ibrahim, Abul Mukminin dan Abul Aramil.
Orang-orang yang beriman ibarat sebuah keluarga besar yang berbapakan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.