Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 22 Mac 2010

Orang yang Dikasihi Allah




Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh 'ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.



Assalaa mu'alaikum w.b.t.,


Kita bersyukur. Bersyukur kepada Allah. Setiap hari dikurniakan kepada kita dengan segala keperluan.


Mustahil bagi Allah, untuk membiarkan hamba-Nya yang beriman tanpa ada perhatian yang sewajarnya.


Benarlah, Allah itu bersifat الرؤوف (Ar-Ro uf) Yang Melimpahkan Rahmat / Amat Belas Kasihan terhadap makhluk-Nya.


Apa yang dapat difahami daripada nasihat Imam Al-Ghazali rhohimahullah ta'ala:

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri: "Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat.


Ya, sungguh menusuk ke dalam hati nasihat Imam Ghazali kepada kita. Hati tersentuh, mengenangkan pintu taubat dan kasih sayang ALLAH yang sentiasa terbuka kepada kita selaku hamba-Nya.

Cuma kita sendiri, sedar atau tidak. Kadang-kadang terlupa, kadang-kadang ingat semula.

Insya ALLAH, selepas ini kita berusaha untuk lebih menghargai segala kesempatan yang disediakan-Nya.

Mesti rebut. Peluang ini disediakan oleh Raja kepada segala raja. Raja yang milik-Nya segala apa yang ada di bumi dan di langit. Pastinya peluang ini adalah terbaik dibandingkan peluang yang ditawarkan makhluk yang lain.

Pada pertemuan kali ini, dimuatkan satu hadits yang membicarakan orang yang dikasihi ALLAH. Mudah-mudahan kita diberikan kefahaman tentangnya dan dimasukkan dalam golongan ini.




Ertinya:

Daripada Anas bin Malik r.a. , Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda bersabda: "Merekalah ahli al-Quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihan-Nya."

(Riwayat Ibnu Majah)


Keterangan hadits daripada Syarah Sunan Ibnu Majah:

"Ahli al-Quran" ialah golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.

"Ahli ALLAH" ialah para wali ALLAH dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada ALLAH.



Salah satu petunjuk bagi seseorang itu dikasihi ALLAH adalah dengan usahanya untuk mendampingi Al-Quran serta beramal dengannya.

Apa kata kita cuba mulakan usaha ini, dengan kuantiti yang kecil, sesuai dengan kemampuan kita? Lama-kelamaan bertambah dengan kesuaian yang ada.

Moga ALLAH mudahkan segala urusan kita, serta dijadikan amalan itu pula amalan yang diterima dan terlaksana dengan rasa keenakan serta berterusan.





Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid.

4 ulasan:

  1. tumpang tanya..
    wali dengan sufi apa bezanya?

    BalasPadam
  2. Wali Allah : Wali menurut bahasa ertinya qarib yakni dekat. Jadi Wali Allah (kekasih Allah) ialah orang yang sentiasa bertaqarrub (mendekatkan dirinya) dengan Allah. Dan atas sebab maka itulah Imam An Nawawy mengertikan Wali Allah disini ialah orang yang beriman (mukmin). Rujuk http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/10/siapakah-wali-wali-allah.html

    Sufi : Sebagaimana disebut oleh Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rhohimahullahi taala dalam kitab Ayyuhal Walad:

    Maka sesiapa yang tetap pendiriannya dan baik akhlaknya dengan manusia serta ia bergaul dengan lemah lembut, maka orang itu ialah seorang sufi.

    Mudah-mudahan Allah memberikan ilmu dan kefahaman yang bermanfaat kepada kita, menjadikan kita tetap ikhlas mentaati-Nya serta dikurniakan keredhaan-Nya.

    Ikhwan.

    Semoga saya sudah dapat membantu anda.

    BalasPadam
  3. adakah seorang yg telah bertoubat jika ia melakukan dosa..dosanya diampunkan..

    BalasPadam
  4. Insya-Allah, taubat kita yang ikhlas dan bersungguh-sungguh akan diberikan keampunan oleh Allah Ta'ala. Jangan berputus asa dengan keampunan Allah yang sangat luas kepada kita.

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...