Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 11 Mac 2010

Sebab-sebab Kemalasan


Sikap malas menghalang kita maju ke hadapan. Ada doa yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. untuk mengelakkan kita daripada sikap malas. Mintalah daripada Dia, kerana Dia berkuasa atas segala-galanya, pasti akan diberikan-Nya.


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.


Sebab-sebab Kemalasan

dipetik daripada terjemahan kitab Ta'liim al-Muta'llim fi Toriiq At-Ta'allumi, tulisan Al-'Allamah Asy-Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji.

Dan terkadang terberanaklah dan terjadilah pemalas dan segan, iaitu daripada penyakit balgham. Iaitu; satu campuran daripada campuran-campuran tubuh badan yang empat dan daripada basah-basahan tubuh badan yang hasil daripada banyak makanan.

Dan bermula jalan bagi nenyedikitkan balgham itu menyedikitkan makanan-makanan yang dimakan.

Dikatakan: Telah bersetujuan 70 nabi-nabi atas mengatakan bahawasanya banyak pelupa itu kerana banyak balgham; dan banyak balgham itu kerana minum air; dan banyak minum air itu kerana banyak memakan makanan.

Dan bermula roti kering itu memutuskan balgham. Dan demikian juga makan buah zabib, sebelum makan apa-apa itu memutuskan balgham. Dan jangan membanyakkan daripadanya supaya tiada berhajat ia kepada minum itu, maka membawa kepada bertambah balgham pula.

Dan bermula sugi itu menyedikitkan balgham dan menambahkan peringatan dan fashahah. Ya'ni; elok dan nyata cakapannya. Kerana bahawasanya bersugi itu jalan yang diredhai akan dia yang menambah ia akan pahala solat dan baca Al-Quran.

Diriwayatkan daripada Nabi ShollalLahu 'alaihi wasallam, bahawasanya Baginda bersabda, terjemahannya:

Bermula satu solat yang mengiringi bersugi itu terlebih afdhal daripada 75 kali solat dengan tiada bersugi.


Dan demikian juga muntah itu menyedikitkan balgham dan basahan-basahan di dalam badan.


*Catatan penulis blog ini:

Antara punca kemalasan adalah banyak makan.
Bersugi membantu meningkatkan daya ingatan dan mengelokkan percakapan.




Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

1 ulasan:

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...