Baginda Saiyyiduna Habibuna Syafi'una Maulana Nabiyuna Rasuluna Imamuna Muhammad ibn 'Abdullah shollallahu 'alaihi wa sallam.
Kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. . Kita adalah sangat berhajatan kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Firman Allah subhanahu wa ta'ala pula, untuk sampai kepada-Nya, tidak ada jalan lain melainkan mengikuti jalan Kekasih-Nya.
Moga Allah jadikan kita umat Baginda yang taat, ikhlas, benar dan istiqamah. Jika tidak berpeluang menatap kecantikan Baginda dalam mimpi kita di dunia, insya Allah kita pohonkan Allah mengizinkan kita mendapatkan syafa'at daripada Baginda, diselamatkan daripada neraka, dimasukkan ke dalam syurga serta diberi peluang yang sentiasa untuk bertemu Insan yang amat kita sayangi, sebaik-baik dan secantik-cantik ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala.
Ucapan selawat, dan mentaati ajaran Baginda s.a.w. adalah antara manifestasi kepada cinta kita akan Baginda s.a.w.
"Allahumma sholli 'ala Saiyyidina Muhammad, wa 'ala aalihi, wa ashabihi."
Jom hayati keindahan qasidah berkaitan Baginda s.a.w. yang disusun mereka yang lebih hampir kepada Allah dan Baginda berbanding kita.
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.
Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.