Sumber gambar.
1) Pengalaman usia yang bertambah semakin meyakinkan saya bahawa senyuman ada kekuatan yang luar biasa.
2) Perhubungan yang mesra serta jenih daripada segala sangkaan buruk dapat dipupuk dengan adanya senyuman yang sentiasa diberikan.
3) Orang lain berasa mudah dan selesa untuk mendekati kita. Wajah kita manis, tidak menyebabkan mereka jauh daripada kita.
4) Senyuman juga adalah jelmaan keadaan hati kita. Orang lain yakin bahawa kita tidak ada masalah dengan mereka andai kita mampu mempamerkan senyuman yang ikhlas daripada hati kepada mereka.
5) Saya berasa sedih dan tidak bersetuju dengan sesetengah golongan yang meninggikan label mereka sebagai ejen da'wah, boleh jadi kumpulan tabligh ataupun kumpulan lain yang gagal berakhlak dengan kualiti Islam sekecil ini, ya'ni memberikan senyuman.
6) Mereka yang jelas bawa label da'wah/Islam, andai gagal berakhlak dengan akhlak terpuji, lama-kelamaan mereka akan lebih memburukkan imej Islam yang mulia.
7) Kita berasa sangat "unhappy" dengan wajah mereka yang seakan-akan "tak puas hati" dengan kita, lantaran mereka tidak mahu berikan senyuman.
8) Perkara ini kemudiannya memberikan peluang kepada syaitan untuk burukkan lagi sangkaan dan keadaan.
10) Ayuh, Islam amat mudah dan mulia. Senyuman yang kita rasakan kecil pun dinilai tinggi pada sisi Islam.
11) Jom kita selalu senyum.
Sabda Rasulullah s.a.w. tercinta, terjemahannya berbunyi:
Sabda Rasulullah s.a.w. tercinta, terjemahannya berbunyi:
“Janganlah kamu memperkecil nilai kebajikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (ramah-tamah).”
(Hadits Riwayat Muslim)
Salam,
BalasPadamulasan yang baik tentang senyuman, dapat membangkitkan aura positif kepada orang di sekitaranya-:)
Salaam.
BalasPadamAlhamdulillah.
Abad Basyir, saya dah ziarah blog anda. Subhanallah. Cantik. =) moga terus istiqamah
Salam.
BalasPadamartikel yg memang boleh buat orang tersenyum =)
Salaam. Terima kasih Fairosza. =)
BalasPadam