Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 28 Mei 2010

Rasulullah s.a.w. : Mengikuti Kezuhudan Baginda

Hadits pilihan dan huraiannya ini dipetik daripada laman Ustaz Yussaine Yahya.



Ummul Mukminin ‘Aisyah berkata :

“Sesungguhnya tempat tidur Rasulullah SAW dibuat daripada kulit binatang yang diisi dengan sabut batang kurma”

Muhammad al Baqir rdh berkata :

“Aisyah ditanya, “Apakah yang menjadi tempat tidur Rasulullah SAW di rumah kamu?” Dia menjawab, “Tempat tidurnya dibuat daripada kulit binatang, sedangkan isinya daripada sabut batang kurma”.

Hafsah Ummul Mukminin ditanya, “ Apakah yang menjadi hamparan tempat tidur Rasulullah SAW di rumah kamu?” Dia menjawab, “Kain kasar dari bulu yang kami lipat dua. Maka di atasnya Rasulullah tidur. Pernah suatu malam, aku berkata (dalam hati), “ Sekiranya aku lipat kain itu menjadi empat lipatan, tentu ia akan menjadi lebih empuk baginya”. Maka kami lipat kain itu menjadi empat lipatan untuk Rasulullah SAW . Tatkala subuh Baginda bersabda, “ Apakah yang kalian hamparkan sebagai tempat tidurku malam tadi?” Hafsah menjawab, “Itu ialah tempat tidurmu juga, Cuma kami melipatnya dengan empat lipatan. Kami kira ia akan menjadi lebih empuk bagimu”. Rasulullah SAW bersabda, “Kembalikan ia pada keadaan asalnya, disebabkan keempukannya, menghalang Aku darpada mengerjakan solat (tahajjud) malam tadi”.


Kedua-dua hadis di atas adalah diriwayatkan oleh al Imam at Tirmiziy di dalam asy Syamail al Muhammadiyyah.

RASULULLAH TAULADAN SEPANJANG ZAMAN

Ketika berbicara tentang Rasulullah SAW, hati menjadi begitu sayu dan hiba dek kerana begitu terkesan dengan pengorbanan yang begitu tinggi yang telah Baginda curahkan demi memastikan sekalian manusia diselamatkan dengan Islam dan Iman serta tauhid yang benar.

Apa yang diceritakan oleh Ummul Mukmini ‘Aisah dan Hafsah rdh di atas adalah sebahagian dari realiti kehidupan Rasul Agung SAW. Sudah barang tentu apa yang diceritakan oleh isteri adalah sesuatu yang tepat dan benar kerana tidak ada yang lebih mengetahui kehidupan sebenar sang suami melainkan isteri.Isterilah sebaik-baik teman dan penghibur jiwa di kala duka. Dialah penghibur di kala sunyi. Dialah teman di jalanan dan dialah jua sebaik-baik penasihat. Isteri yang taat adalah ibarat permata yang sangat mahal. Maka dengan kerana itulah isteri yang mutadaiyyinah (kuat pegangan agama) yang ditekankan oleh as Sunnah agar menjadi pilihan yang utama. Tiada bermanafaat isteri yang cantik jelita jika tidak mentaati perintah suami dan tidak mampu membawa kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumah tangga.

CONTOHILAH WAHAI PARA DA’IE

Kehidupan yang dilalui oleh Baginda adalah lambang pengorbanan yang tinggi terhadap perjuangan. Baginda begitu komited menjayakan cita-cita dakwah. Memilih kehidupan yang amat sederhana kerana tidak mahu terleka dengan kesenangan dunia. Kehidupan seperti inilah yang sangat diperlukan oleh para pejuang agama. Tidak salah berkereta besar dan mahal jika ianya untuk dakwah. Tidak salah juga berusaha mendapatkan kekayaan dunia jika ianya untuk dakwah. Tetapi ambillah langkah yang teliti dan penuh waspada dengan tipu daya nafsu dan dunia.Kesusahan dan kepayahan hidup adalah perhiasan hidup para pendakwah sepanjang zaman. Untuk berjalan di jalan dakwah yang panjang ini, persiapan jiwa yang mantap sangat diperlukan. Bersedia untuk hidup sederhana dan jauh dari kesenangan dunia adalah antara persiapan yang diperlukan.

Sememangnya kesenangan dunia lebih banyak mudharat dari kebaikannya dalam kehidupan juru dakwah. Kesenangan dunia telah banyak menghanyutkan dan mengaramkan, namu pandai-pandailah membawa diri. Layarilah dunia ini dengan bahtera yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya tawakkal, nescaya kehidupan akan membawa kebaikan.

Keselesaan selalunya memerangkap. Kerana dakwah memerlukan orang yang sanggup meninggalkan keselesaan. Sanggup meninggalkan hotel 5 bintang untuk duduk di markaz. Sanggup berjalan kaki masuk kampung dan menelusuri lorong. Memanjat gunung dan menelusuri lurah demi menyampaikan mesej Islam. Inilah hakikatnya walaupun praktikalnya mungkin tak seperti teorinya. Namun kita bulatkan pengharapan kepada Allah agar memilih kita.Kesanggupan Sang Rasul Agung dan para sahabat rdh yang hilang dari umat ini. Harapnya ia tidak pupus, cuma hilang. Kerana barang yang tercicir dan hilang itu boleh dicari ganti. Mudah-mudahan ia akan muncul semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...