Assalaa mu'alaikum w.b.t.,
Dalam Al-Quran dan Al-Hadits, sememangnya banyak dinyatakan mengenai ciri orang beriman, secara khususnya apabila mereka disebutkan nama Allah dan apabila mereka mengingati Allah.
Oleh sebab tingginya kedudukan dan keperluan mengingati Allah dalam setiap detik hayat kita, 'ulama mengkhabarkan kepada kita bahawa:
Perbezaan antara orang yang hidup dengan orang yang mati ialah zikrullah (mengingati Allah).
Dalam ayat yang berikut, disebutkan gambaran perasaan yang dialami oleh mereka yang beriman tatkala disebutkan nama Allah. Sekurang-kurangnya, marilah kita mengambil manfaat daripadanya, untuk dijadikan penanda aras tentang sejauh manakah tahap kedudukan iman kita.
Terjemahan:
"Sesungguhnya orang beriman yang sebenar itu apabila disebut sahaja nama Allah, gementar dalam hatinya dan apabila dibaca sahaja ayat Quran, mereka terus sahaja beriman dan menyerah diri."
Surah Al-Anfal : 2
Kredit bagi teks ayat Quran.
Doa kita bersama:
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.
Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.