Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Isnin, 31 Mei 2010

Rumahku Syurgaku


Sumber gambar.

Insya Allah, kita semua bercita-cita mulia untuk membentuk dan mengimarahkan sebuah usrah (keluarga) yang solehah (baik) dan padanya dilimpahi sakinah (ketenangan) yang datang daripada Allah subhanahu wa ta'ala. Alangkah beruntungnya mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh, mereka dimuliakan oleh Allah subhanahu wa ta'ala dengan Islam.

Wawasan kita memang besar dan jauh, semulia-mulia wawasan ingin menjadi umat Nabi Muhammad shollallahu 'alahi wa sallam yang terbaik.

Mendirikan sebuah keluarga yang solehah, menuruti acuan yang ditunjukkan Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam selaku sebaik-baik suami kepada isteri adalah sesuatu yang amat dituntut. Insya Allah akan lahir generasi Islam yang benar-benar mantap dan akan meneruskan khilafah di muka bumi ini.

Bagi mereka yang masih berada pada usia muda dan peralihan daripada alam pengajian ke alam pekerjaan, pastinya anda perlu memperkasa persediaan bagi menyahut seruan dan amanah yang mulia dan besar ini.




Lirik Lagu "Rumahku Syurgaku" oleh Hijjaz.

Tidak salah jika kita mendengar hiburan yang sebenarnya mendidik jiwa kita menjadi 'ibaadur Rahman yang lebih murni akhlaknya.

Suami Perlukan Belaian Dari Isteri Yang Penyayang
Yang Dapat Melayani Dan Menghiburkannya
Serta Pandai Mengurus Rumah Tangga
Itulah Harapan Suami

Isteri Juga Sangat Mengharapkan Suami Yang Penyayang
Bertanggungjawab Dan Berhikmah Dalam Mendidik
Anak-Anak Akan Bahagia Dan Tenang
Apabila Ibubapanya Berkasih Sayang
Bertanggungjawab Mengasuh Dan Mendidik

Ibubapa Bahagia Kalau Anak-Anaknya
Menyayangi Mentaati Dan Memuliakan Mereka
Rasa Kasih Murni Antara Suami Isteri Boleh Rosak
Jika Masing-Masing Tidak Berakhlak

Cinta Murni Antara Anak-Anak Dengan Ibubapanya
Diikat Kuat Oleh Cinta Tabii
Yang Semulajadi Akan Punah
Jika Tidak Disuburkan

Cinta Suci Akan Subur
Apabila Ada Iman Dan Akhlak Yang Mulia
Iman Dan Akhlak Mulialah Menjadi Penyebab
Membentuk Keluarga Yang Bahagia
Dan Berkasih Sayang...
Sehingga Lahirlah
Masyarakat
Penyayang Dan Negara Makmur

Hasil Daripada Keistimewaan
Kasih Sayang Dalam Rumah Tangga


Ahad, 30 Mei 2010

4 Pertanyaan Yang Wajib Dijawab Setiap Hamba Ketika Berhadapan Dengan Allah s.w.t.



Gambar sekadar hiasan.

Sistem kehakiman yang diguna pakai oleh manusia pastinya tidak mampu menandingi ketelitian kehakiman Allah subhanahu wa ta'ala yang Maha Hebat. Rakaman bukti tercatat dan tersimpan rapi, tiada satu tercicir pun walau sebesar zarrah. Andai kata semasa menjalani proses kehakiman manusia di dunia, mulut masih lagi berpeluang mengucapkan pembohongan, namun semasa berhadapan dengan Allah subhanahu wa ta'ala kelak, mulut sudah tidak berpeluang lagi menuturkan sebarang penipuan. Mulut pada ketika tersebut ditutup, tangan pula yang diberi keizinan untuk berucap, dan kaki menjadi saksi segala perbuatan yang dilakukan.









Assalaa mu'alaikum w.b.t.,






Tidak salah kiranya jika kita memperuntukkan sedikit masa kita untuk memikirkan sesuatu yang pasti berlaku, sesuatu yang amat mustahak bagi kita.


Jika kita berupaya menjadikan diri kita sentiasa mengingati kehidupan yang kekal, lantas menghitung diri serta mempertingkat persiapan menujunya, maka puji dan puja kita lafazkan kepada Allah subhanahu wa ta'ala kerana telah memilih kita, menjadikan kita sebagai manusia yang bijak pada penilaian-Nya.


Dalam satu hadits Baginda Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wa sallam, yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi rohimahullahu ta'ala, dan hadits tersebut dinilainya sebagai hasan shohih, ada disebutkan (terjemahannya):


Daripada Abu Barzah Nadhlah bin ‘Ubaid al-Aslami rodhiyallahu ‘anhu berkata:

Bersabda Rasulullah shollallhu ‘alaihi wa sallam:

“Belum berganjak lagi kedua-dua kaki seorang hamba (di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala pada hari qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya).”



Manusia mungkin selalu alpa akan hakikat kewujudannya sebagai hamba Allah tabaroka wa ta'ala, yang diberikan amanah dan pinjaman ni'mat semasa berada di dunia. Kesemua amanah dan pinjaman ni'mat tersebut pasti akan disoal kembali tentang penggunaannya semasa pertemuan dengan Allah subhanahu wa ta'ala kelak nanti.


Ada empat persoalan yang wajib dijawab oleh setiap hamba, dan kesemua soalan tersebut adalah berkaitan dengan:

1. Umur
2. Ilmu
3. Harta
4. Tubuh Badan


Benarlah apa yang disebutkan oleh Saidina 'Umar Al-Khottob rodhiyallahu 'anhu yang bunyinya hampir begini:

"Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung (semasa Pengadilan Allah subhanahu wa ta'ala)."


Pada masa yang sama, dalam kita mengamati dan menginsafi hakikat ini, pastinya akan hadir dorongan ataupun motivasi yang luar biasa pada kita untuk melakukan setiap perkara dengan terbaik. Kita akan melaksanakannnya dengan penuh nilai ihsan, sesuai "quality standard" yang telah digariskan Allah subhanahu wa ta'ala. Hal ini sedemikian kerana kita sememangnya meyakini kesemua perkara tersebut pasti akan ditanya tentang penggunaannya semasa berhadapan dengan pengadilan di mahsyar nanti.


Dengan meyakini hakikat persoalan ataupun pertanyaan tentang keempat-empat perkara tersebut, masih mampukah kita untuk membiarkan diri melakukan perkara-perkara yang buruk?

Pastinya tidak.

Insya Allah, kita akan melakukan perkara yang baik-baik belaka. Yakini juga bahawa segala perkara yang baik pada pandangan Allah pastinya adalah yang terbaik pada pandangan kita, yang akan membuahkan perasaan sakinah / ketenangan dalam jiwa kita serta sentiasa dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah subhanahu wa ta'ala.


Mudah-mudahan Allah subhanahu wa ta’ala menjadikan kita para hamba-Nya yang sentiasa melakukan ketaatan, ya’ni menggunakan segala pinjaman ni’mat-Nya dengan sebaik-baik mungkin. Insya Allah kita akan dapat menghadapi pertanyaan tersebut dengan baik. Juga, sentiasa kita bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta’ala atas segala dosa dan keterlanjuran kita, kerana Dia Maha Mengampunkan segala dosa melainkan syirik.



Susunan Al-Faqir ila Robbihi,

Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki
Adelaide, Australia.



Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Sabtu, 29 Mei 2010

Allah is All Forgiving



Photo from here.



We human beings are always commiting sins, either minor or major ones. We are not protected (ma'sum) from committing sins as all the Prophets and Messengers of Allah are. The best people of those who commit the sins are the people who make repentance (taubah), acknowledge all the sins they have committed, and truly believe that there is only Allah, no god but Him, and He is The One who can forgive the sins or punish them because of those sins.


This is what had been said by our beloved Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him), as in the following hadeeth:


An-Nawawi’s Hadith No.42


On the authority of Anas (Radhiallaho anha) who said:


I heard the Messenger of Allah (Sallallaahu 'alaihi wasallam) saying:


Allah the Almighty has said:"O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as it."


Related by at-Tirmidhi, who stated that it was a Hasan (fair) and Sahih (sound) Hadith.



May Allah make us the people who always make taubah, and are forgiven by Allah for all the sins that have been committed.



Al-Faqir ilaLlah al-Ghaffar,


Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki



*Text of the hadeeth is taken from here.

Jumaat, 28 Mei 2010

Rasulullah s.a.w. : Mengikuti Kezuhudan Baginda

Hadits pilihan dan huraiannya ini dipetik daripada laman Ustaz Yussaine Yahya.



Ummul Mukminin ‘Aisyah berkata :

“Sesungguhnya tempat tidur Rasulullah SAW dibuat daripada kulit binatang yang diisi dengan sabut batang kurma”

Muhammad al Baqir rdh berkata :

“Aisyah ditanya, “Apakah yang menjadi tempat tidur Rasulullah SAW di rumah kamu?” Dia menjawab, “Tempat tidurnya dibuat daripada kulit binatang, sedangkan isinya daripada sabut batang kurma”.

Hafsah Ummul Mukminin ditanya, “ Apakah yang menjadi hamparan tempat tidur Rasulullah SAW di rumah kamu?” Dia menjawab, “Kain kasar dari bulu yang kami lipat dua. Maka di atasnya Rasulullah tidur. Pernah suatu malam, aku berkata (dalam hati), “ Sekiranya aku lipat kain itu menjadi empat lipatan, tentu ia akan menjadi lebih empuk baginya”. Maka kami lipat kain itu menjadi empat lipatan untuk Rasulullah SAW . Tatkala subuh Baginda bersabda, “ Apakah yang kalian hamparkan sebagai tempat tidurku malam tadi?” Hafsah menjawab, “Itu ialah tempat tidurmu juga, Cuma kami melipatnya dengan empat lipatan. Kami kira ia akan menjadi lebih empuk bagimu”. Rasulullah SAW bersabda, “Kembalikan ia pada keadaan asalnya, disebabkan keempukannya, menghalang Aku darpada mengerjakan solat (tahajjud) malam tadi”.


Kedua-dua hadis di atas adalah diriwayatkan oleh al Imam at Tirmiziy di dalam asy Syamail al Muhammadiyyah.

RASULULLAH TAULADAN SEPANJANG ZAMAN

Ketika berbicara tentang Rasulullah SAW, hati menjadi begitu sayu dan hiba dek kerana begitu terkesan dengan pengorbanan yang begitu tinggi yang telah Baginda curahkan demi memastikan sekalian manusia diselamatkan dengan Islam dan Iman serta tauhid yang benar.

Apa yang diceritakan oleh Ummul Mukmini ‘Aisah dan Hafsah rdh di atas adalah sebahagian dari realiti kehidupan Rasul Agung SAW. Sudah barang tentu apa yang diceritakan oleh isteri adalah sesuatu yang tepat dan benar kerana tidak ada yang lebih mengetahui kehidupan sebenar sang suami melainkan isteri.Isterilah sebaik-baik teman dan penghibur jiwa di kala duka. Dialah penghibur di kala sunyi. Dialah teman di jalanan dan dialah jua sebaik-baik penasihat. Isteri yang taat adalah ibarat permata yang sangat mahal. Maka dengan kerana itulah isteri yang mutadaiyyinah (kuat pegangan agama) yang ditekankan oleh as Sunnah agar menjadi pilihan yang utama. Tiada bermanafaat isteri yang cantik jelita jika tidak mentaati perintah suami dan tidak mampu membawa kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumah tangga.

CONTOHILAH WAHAI PARA DA’IE

Kehidupan yang dilalui oleh Baginda adalah lambang pengorbanan yang tinggi terhadap perjuangan. Baginda begitu komited menjayakan cita-cita dakwah. Memilih kehidupan yang amat sederhana kerana tidak mahu terleka dengan kesenangan dunia. Kehidupan seperti inilah yang sangat diperlukan oleh para pejuang agama. Tidak salah berkereta besar dan mahal jika ianya untuk dakwah. Tidak salah juga berusaha mendapatkan kekayaan dunia jika ianya untuk dakwah. Tetapi ambillah langkah yang teliti dan penuh waspada dengan tipu daya nafsu dan dunia.Kesusahan dan kepayahan hidup adalah perhiasan hidup para pendakwah sepanjang zaman. Untuk berjalan di jalan dakwah yang panjang ini, persiapan jiwa yang mantap sangat diperlukan. Bersedia untuk hidup sederhana dan jauh dari kesenangan dunia adalah antara persiapan yang diperlukan.

Sememangnya kesenangan dunia lebih banyak mudharat dari kebaikannya dalam kehidupan juru dakwah. Kesenangan dunia telah banyak menghanyutkan dan mengaramkan, namu pandai-pandailah membawa diri. Layarilah dunia ini dengan bahtera yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya tawakkal, nescaya kehidupan akan membawa kebaikan.

Keselesaan selalunya memerangkap. Kerana dakwah memerlukan orang yang sanggup meninggalkan keselesaan. Sanggup meninggalkan hotel 5 bintang untuk duduk di markaz. Sanggup berjalan kaki masuk kampung dan menelusuri lorong. Memanjat gunung dan menelusuri lurah demi menyampaikan mesej Islam. Inilah hakikatnya walaupun praktikalnya mungkin tak seperti teorinya. Namun kita bulatkan pengharapan kepada Allah agar memilih kita.Kesanggupan Sang Rasul Agung dan para sahabat rdh yang hilang dari umat ini. Harapnya ia tidak pupus, cuma hilang. Kerana barang yang tercicir dan hilang itu boleh dicari ganti. Mudah-mudahan ia akan muncul semula.

Khamis, 27 Mei 2010

Ceramah Aagym: Membersihkan Hati

Usaha membersihkan hati ialah usaha yang pastinya berterusan sehinggalah tamat umur kita di dunia ini!



Rabu, 26 Mei 2010

Benci Maksiat.. Bukan Si Pembuat Maksiat

*Dipetik dari laman Al-Ustaz Nazrul Nasir

Tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah Habib Ali al-Jifri hafizahullah berkenaan “ Pandangan” . Saya terfikir kalau semua orang dapat amalkan seperti apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah sudah tentu akan wujudnya berbaik sangka dan berlapang dada dengan semua orang.

Kisah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israel yang tidak pernah melakukan maksiat selama hampir 500 tahun . Hebatnya beliau sehingga bilamana berjalan di bawah terik matahari maka beliau akan dilindungi awan. Namun disebabkan ada rasa takabbur di dalam diri bilamana bertemu dengan seorang ahli maksiat. Maka nikmat tersebut terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut.

Mengapa boleh terjadi sedemikian? Ya, hanya kerana si lelaki ahli maksiat tersebut punya rasa rendah diri bilamana bertembung dengan ahli ibadah tersebut. Rasa tidak layak bilamana dirinya yang hina bertembung dengan seorang abid yang mulia. Manakala si abid, merasa jijik bilamana bertembung dengan ahli maksiat tersebut. Disebabkan sisi pandangan yang berbeza antara satu sama lain, maka ini menyebabkan nikmat yang Allah taala berikan kepada si abid iaitu dilindungi awan setiap kali berjalan terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut.

MasyaAllah, inilah sari pati ilmu Tasawuf yang diperjuangkan oleh para ulama Ahlusunnah Wal Jamaah. Tidak merasakan diri lebih daripada orang lain. Tidak merasakan bahawa hanya diri ini yang layak masuk ke Syurga Allah taala. Bilamana melihat seseorang yang tergelincir daripada jalan Allah taala, terus ditempelak dan dicaci maki zat si pembuat maksiat tersebut. Seolah-olah si ahli maksiat sudah tidak punya peluang untuk bertaubat. Kekadang lupa, kemungkinan orang yang kita caci maki kerana maksiat yang dilakukan olehnya mungkin bisa menjadi seorang yang lebih baik daripada si pencaci. Allah taala berhak membolak-balikkan hati seseorang.

BENCI MAKSIAT, BUKAN SI PEMBUAT MAKSIAT

Ini yang perlu ada pada seorang muslim yang sejati. Kita membenci maksiat dan kesalahan yang dilakukan bukannya zat pembuat maksiat tersebut. Perumpamaannya mudah :“ Kita membenci bau busuk pada bangkai tersebut, bukannya pada bangkai itu sendiri. Ya kemungkinan bangkai tersebut adalah binatang peliharaan yang paling kita sayangi sebelum rohnya dicabut. Namun bilamana rohnya sudah dicabut, serta berlalunya waktu tertentu menyebabkan mayat tersebut berubah baunya menjadi busuk.

Adakah dengan sebab bau busuk pada bangkai tersebut menyebabkan kita terus mencaci maki binatang kesayangan kita sendiri?”Ya begitu juga dengan maksiat. Kita ibaratkan ianya sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencai maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.

SAYANG TAK SEMESTINYA BERDIAM DIRI

Ya, sayang kepada seseorang bukannya bermaksud kita akan berdiam diri bilamana melihat dirinya melakukan maksiat. Namun apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan terbaik bagaimana ingin mengubah perkara tersebut. Ini barulah sayang yang sebenar. Kalau kita berdiam diri daripada menegur , maka ini bermakna kita menyukai sahabat kita menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Sayangkah begitu?

Cara memalukan seseorang dihadapan orang ramai, menjatuhkan air mukanya bukanlah cara yang terbaik. Malah akan menyebabkan semakin jauh daripada kebenaran.Kebanyakkan orang yang baik bilamana melihat seseorang tidak memakai tudung akan mengatakan : “ Ish.. Teruknya dia tu, tak pakai tudung!!” .

Mengapa kita tidak cuba mengubah perkataan kita kepada : “ Kenapa dia tak pakai tudung? Bukankah ianya wajib? Emm, mungkin dia tak dapat penjelasan sebenar berkenaan fadhilat memakai tudung. InsyaAllah selepas dia memahami akan hukum hakam memakai tudung dia akan berubah sedikit demi sedikit. Berkemungkinan dia akan jadi lebih baik daripada diri aku satu hari nanti”

KEMUNGKINAN DOSA YANG DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN DIRINYA HAMPIR DENGAN ALLAH TAALA

Jika difikirkan sedalam-dalamnya, ya mungkin inilah hikmahnya mengapa Allah taala menjadikan dosa dan pahala. Ada orang yang terfikir di benak fikirannya “ Mengapa perlu ada dosa? Kan sudah baik kalau yang ada hanya pahala semata.”Jika berdosa barulah kita akan rasakan betapa diri ini hina di Allah taala, merasa ingin bertaubat serta menghampirkan serta meletakkan sempadan di antara dirinya dan dosa.Mengapa perlu ada busuk? Rasanya sudah memadai jika wangi meliputi buana.

Cuba fikirkan sedalam mungkin. Jika tidak punya bau busuk, bagaimana kita boleh membezakan ini wangi dan itu busuk? Jadi semua yang Allah taala jadikan punya hikmahnya. Kita diberikan akal untuk berfikir. Gunakan akal untuk kebaikkan, gunakan akal untuk ISLAM, gunakan akal untuk UMMAH.

Semoga diri ini mampu beramal sebelum mengucapkannya. Amin Ya Rabb

Mohd Nazrul Abd Nasir,Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,Rumah Kedah Transit Hayyu 7,Kaherah Mesir

Selasa, 25 Mei 2010

Hati Orang Beriman Berasa Gementar Apabila Disebutkan Nama ALLAH



Gambar sekadar hiasan. Sumber.



Assalaa mu'alaikum w.b.t.,




Dalam Al-Quran dan Al-Hadits, sememangnya banyak dinyatakan mengenai ciri orang beriman, secara khususnya apabila mereka disebutkan nama Allah dan apabila mereka mengingati Allah.



Oleh sebab tingginya kedudukan dan keperluan mengingati Allah dalam setiap detik hayat kita, 'ulama mengkhabarkan kepada kita bahawa:



Perbezaan antara orang yang hidup dengan orang yang mati ialah zikrullah (mengingati Allah).



Dalam ayat yang berikut, disebutkan gambaran perasaan yang dialami oleh mereka yang beriman tatkala disebutkan nama Allah. Sekurang-kurangnya, marilah kita mengambil manfaat daripadanya, untuk dijadikan penanda aras tentang sejauh manakah tahap kedudukan iman kita.




Terjemahan:


"Sesungguhnya orang beriman yang sebenar itu apabila disebut sahaja nama Allah, gementar dalam hatinya dan apabila dibaca sahaja ayat Quran, mereka terus sahaja beriman dan menyerah diri."

Surah Al-Anfal : 2



Kredit bagi teks ayat Quran.






Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Isnin, 24 Mei 2010

Mesej Al-Quran:Kebaikan dan Keburukan Tidak Akan Sama



Gambar sekadar hiasan. Sumber.

Pada keindahan lukisan alam yang terbentang luas ini, ada petanda-petanda bagi orang-orang yang bersih hatinya dan berakal fikiran untuk menyaksikan adanya kebaikan dan keburukan yang telah jelas digariskan oleh Pencipta alam ini.











Kebaikan Dan Keburukan Tidak Akan Sama










Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik,walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Maidah, 5 : 100)






Amati antara apa yang dinyatakan:


...........walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.



Ahad, 23 Mei 2010

100 Perasaan Belas Kasihan Allah Akan Kita Para Hamba-Nya


Gambar sekadar hiasan.

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam, terjemahannya seperti berikut:

"Allah ada 100 perasaan belas kasihan. Dia menurunkan satu belas kasihan sahaja kepada jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan satu belas kasihan itu, mereka saling menyayangi dan saling mengasihani antara satu sama lain. Dengan satu belas kasihan itu jugalah binatang buas menyayangi anaknya. Allah menangguhkan 99 lagi perasaan belas kasihan bagi para hamba-Nya pada Hari Kiamat."

Hadits Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Daripada kitab Riyadhus Solihin, Imam Nawawi rohimahullahu ta'ala.

Sabtu, 22 Mei 2010

Tolak 'Aqidah Mujassimah Yang Menyeleweng

Kita menolak segala bentuk penyelewengan 'aqidah, yang menyamakan Allah dengan sifat makhluk, 'aqidah yang meletakkan Allah pada tempat, kesesatan 'aqidah yang dibawa oleh puak yang menjisimkan Allah, yang menyeleweng daripada 'itiqad jumhur 'ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

Video ini insha Allah sedikit sebanyak membantu kita memahami 'aqidah yang lebih salimah.



Jumaat, 21 Mei 2010

Memahami Tasawuf (Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah)

Sumber gambar.




Sumber gambar.



Klik di sini dan dengar:

http://www.2mfm.org/multimedia/Tasawwuf/01_Al-Tassawuf.mp3

Khamis, 20 Mei 2010

Ya Robbi Bil Mustafa - Cinta Rasul

Sedangkan Allah subhanahu wa ta'ala dan para malaikat-Nya berselawat atas Baginda Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wa sallam, maka bagaimanakah pula dengan kita?

Alhamdulillah, ni'mat yang terlalu istimewa daripada Allah tabaroka wa ta'ala dengan dijadikan kita sebagai umat Baginda sollahu 'alaihi wa sallam.

Ya Allah, sampaikanlah salam dan selawat buat Junjungan Besar buat kami, Muhammad Al-Mustafa sollallahu 'alaihi wa sallam.

Selasa, 18 Mei 2010

Jaga Masa Muda Sebelum Masa Tua (Syarahan As-Sayyid Al-Habib Thohir Abdullah Alkaff)

Allahu Allah, benarlah sabdaan Baginda sollallahu 'alaihi wa sallam mengenai keperluan merebut masa muda sebelum masa tua. Moga kita dijadikan umat Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bersegera dalam melakukan ketaatan dan kebaikan.

Hayati video ini:


Isnin, 17 Mei 2010

Rintihan Taubat

Sungguh, keampunan dan rahmat Allah subhanahu wa ta'ala itu terlalu besar dan luas ibarat lautan tanpa tepian. Selagi mana kita tidak mensyirikkan-Nya, selagi mana kita mengakui Allah sebagai satu-satunya Tuhan kita, tiada Tuhan selain-Nya, insya Allah pintu taubat itu sentiasa terbuka luas untuk kita.

"Setiap anak Adam itu berdosa, dan yang terbaik daripada setiap mereka yang berdosa itu adalah mereka yang bertaubat."

Jom kita hayati video berikut, syarahannya disampaikan Ustaz Dr. Badrul Amin.




Ahad, 16 Mei 2010

Ahlan Wa Sahlan Bi An-Nabiy



Baginda Saiyyiduna Habibuna Syafi'una Maulana Nabiyuna Rasuluna Imamuna Muhammad ibn 'Abdullah shollallahu 'alaihi wa sallam.

Kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. . Kita adalah sangat berhajatan kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Firman Allah subhanahu wa ta'ala pula, untuk sampai kepada-Nya, tidak ada jalan lain melainkan mengikuti jalan Kekasih-Nya.

Moga Allah jadikan kita umat Baginda yang taat, ikhlas, benar dan istiqamah. Jika tidak berpeluang menatap kecantikan Baginda dalam mimpi kita di dunia, insya Allah kita pohonkan Allah mengizinkan kita mendapatkan syafa'at daripada Baginda, diselamatkan daripada neraka, dimasukkan ke dalam syurga serta diberi peluang yang sentiasa untuk bertemu Insan yang amat kita sayangi, sebaik-baik dan secantik-cantik ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala.

Ucapan selawat, dan mentaati ajaran Baginda s.a.w. adalah antara manifestasi kepada cinta kita akan Baginda s.a.w.

"Allahumma sholli 'ala Saiyyidina Muhammad, wa 'ala aalihi, wa ashabihi."


Jom hayati keindahan qasidah berkaitan Baginda s.a.w. yang disusun mereka yang lebih hampir kepada Allah dan Baginda berbanding kita.





Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Sabtu, 15 Mei 2010

Jangan Sakiti Nabi!



Oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki (Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan)


Sesiapapun akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut dihadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya. Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab dihadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan ini dengan sabdanya,

“Jangan engkau mencerca mereka yang mati lalu engkau menyakiti mereka yang hidup.” sabda Nabi SAW (ٌٌٌRiwayat al-Tirmizi).

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam Neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apapun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam Neraka diketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulang-ngulangkan kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan RasulNya?

Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan timbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menempati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menanggapinya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan diperbetulkan.

Fahaman Yang Lebih Sejahtera

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam Neraka sebenarnya berpuncakan dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satu daripadanya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa matan atau teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ini adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah yang dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu`ara’ yang bermaksud, “dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud”. Ibnu `Abbas RA, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi dikalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan Rasul-rasulNya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa’:15, al-An`aam:131, al-Syu`araa’, al-Nisaa’:165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba’:44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada dizaman yang tiada rasul padanya yang menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna ‘abi’ dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud ‘ayah’ kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW. Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An`aam : 74). Ada juga pandangan ulama’ bahawa kedua-dua hadis riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihatkan betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz ada dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn `Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, “Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab- kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta`dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama’ Makkah, Al-`Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum`ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. InshaAllah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.

Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasihNya dalam rantaian keturunan hamba-hambaNya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah dan pertanggungjawaban. Bagi masyarakat am pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di tv dan popular di internet tidaklah semestinya terjamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.


Jumaat, 14 Mei 2010

Nilai Kalimah Syahadah (oleh Syaikh Jibril Haddad)

Assalaa mu'alaikum w.b.t.,

Kita diajar, dan sentiasa menyebut kalimah syahadah. Sejauh manakah kita mengetahui, menghargai, dan mengamalkan kalimah syahadah tersebut? Ayuh kita cuba hayati penerangan diberikan oleh Syaikh Jibril Haddad. Moga Allah subhanahu wa ta'ala kurniakan kepada kita ilmu dan kefahaman yang bermanfaat dan kekuatan mengamalkannya dengan ikhlas serta berterusan.









Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Selasa, 11 Mei 2010

Allah Tidak Menzalimi Makhluk-Nya Walau Sebesar Zarrah




Simbol keadilan yang biasa digunakan manusia.
Sumber gambar.




Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam kitab suci Al-Quran berkenaan sifat-Nya yang Maha 'Adil, tidak menzalimi makhluk-Nya walau sebesar zarrah:




Terjemahan ayat:


Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebaikan (sekecil zarrah), nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya.”

Surah an-Nisa’, 4: 40


-Zarrah adalah sesuatu yang terkecil dan teringan.


Isnin, 10 Mei 2010

Petronas: Patuhilah Sunnatullah


Sumber gambar.

Sukar nak dinafikan, nama Petronas memang masyhur. Terkenal sebagai sebuah GLC yang berprestij pada peringkat antarabangsa. Kualiti untuk menyertainya juga pun setinggi imej yang dimilikinya.


Assalaa mu'alaikum w.b.t.,


1. Saya panjatkan rasa syukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala atas segala kurniaan-Nya kepada saya, biarpun saya yakini saya tidak mampu mensyukuri segala ni'mat-Nya kerana terlalu banyaknya jumlah ni'mat tersebut.

2. Hari yang berlalu semakin bertambah. Hati kecil saya mengadu; umur kian bertambah. Kualiti diri sebagai hamba dan khalifah pun perlu makin perkasa!

3. 28 April 201o lalu genap usia 21 tahun masihi saya. Jazakumullah khairol jazak kepada semua yang sudi memberikan ucapan dan doa. Terutamanya dalam wasilah Facebook. Banyak. Rasanya susah nak balas kesemuanya secara peribadi.

4. Kunjungan pegawai Petronas ke Adelaide pada April lepas memang membawa kesan yang mendalam bagi saya secara khususnya. Terasa bagai dibangunkan daripada buaian mimpi.

5. Tegas dinyatakan, polisi Petronas yang kini lebih hebat persaingannya bagi pengambilan staf. Kini, para pelajar dalam pinjaman boleh ubah Petronas tidak boleh lagi bersedap-sedap sebagaimana pelajar pinjaman boleh ubah Petronas pada masa sebelum ini. Penempatan kerja untuk mereka tidak terjamin.

6. Para pelajar yang berada dalam pinjaman boleh ubah Petronas perlu menghadiri "Structured Interview" (SI) untuk melayakkan mereka diberi "recommendation" kerja dalam Petronas.

7. Untuk menghadiri SI, pelajar perlu ada kualiti akademik. Markah purata untuk pelajar teknikal seperti kejuruteraan perlu pada minimumnya 70, manakala bagi pelajar bukan teknikal 75. Jika rendah daripada itu, mereka tidak cukup kelayakan untuk hadiri SI. Kemungkinan lebih besar untuk mereka tidak dapat kerja dalam Petronas andai sudah tidak layak hadir SI.

8. Jika tidak dapat kerja dalam Petronas, pelajar perlu bayar kembali wang yang telah mereka guna daripada Petronas sepanjang pengajian. Sebab itu istilahnya "pinjaman boleh ubah" dan bukan "biasiswa" atau "tajaan".

9. SI pula ada tahap dan jenis penilaiannya. Ya, mestilah untuk "recruit" orang sebagai pekerja, akan dipilih mereka yang ada kualiti. "Performance" syarikat perlu pada tahap yang selayaknya.

10. Untuk mengukuhkan keadaan, saya menyatakan pada diri saya sendiri: " Markah purata untuk setiap semester perlu berada pada lingkungan 80% hingga 90%." Saya makin terasa kehinaan dan kekurangan andai kekuatan dan kecemerlangan akademik diabaikan, diremehkan.

11. Pasti, kita pohon agar Allah s.w.t. menyelamatkan usaha ini. Ditujukan niat untuk keredhaan-Nya. Dalam hadits disebut, Allah suka akan hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerja.

12. Kualiti diri perlu sentiasa diperkasakan. Bacaan perlu sentiasa dibanyakkan dan diluaskan. Untuk bolehkan kita jadi "knowledgeable". Tahu dan sentiasa "updated" dengan perkembangan serta isu terkini.

13. Saya kini berada pada semester 1 tahun 2 universiti. Ini bermaksud, saya ada hanya 3 semester lagi untuk tamat pengajian (pada November 2011) tahun depan. Sudah tidak lama. Justeru, saya berkewajipan untuk sentiasa berusaha mempertingkatkan kecemerlangan akademik, mudah-mudahan dengann jiwa yang disandarkan memperoleh redha-Nya, sasaran 80%-90% tercapai.

14. Saya berdoa kepada Allah agar saya dan rakan-rakan akan hadir pada SI tahun depan. Lulus temuduga dan diberi "recommendation" kerja.

15. Besar wawasan dan doa agar ditempatkan dalam Petronas Carigali, KLCC. Sesuai dengan mujahadah mewakili umat Islam dalam pengkhususan ilmu geologi, geofizik dan geosains alam sekitar. Mula bekerja awal 2012.




petronas-towers-1

Sumber gambar.


16. Apa di sebaliknya, kedudukan KLCC yang "central" yang insya Allah mengizinkan saya lebih hampir kepada lebih banyak para 'ulama solihin bagi tujuan pengajian 'ilmu kefahaman agama.


17. Ya, sahabat-sahabat sekalian: dunia ini adalah persinggahan yang amat sementara. Menjadi ladang tanaman akhirat. Menjadi medan ujian kepada kita. Kita dianjurkan untuk melaksanakan yang terbaik. Andai esok kiamat sekalipun, tanamlah benih tanaman pada hari ini. Moga Allah menjadikan kita sentiasa benar dan ikhlas.

18. Ya, kita juga kena patuhi sunnatullah / hukum alam. Harga yang perlu dibayar untuk sesuatu perkara juga sesuai dengan kedudukan/kualitinya. Mana mungkin kita nak naik kapal terbang kelas "business" namun bayar pada harga rendah, seperti kelas ekonomi. Naik kapal terbang kelas "business" lebih diberi keutamaan. Tempat duduk lebih selesa. Tidur pun lebih nyenyal. Satu analogi mudah. Samalah juga dengan hakikat perjalanan menuju akhirat ini. Jangan terlalu berharap kedudukan syurga tertinggi tanpa kita sendiri berusaha untuk melayakkan diri kita ke sana. Sering diulang ayat suci daripada al-Quran,hampir begini kefahamannya: "Adakah kamu sangka kamu akan masuk ke dalam syurga sedangkan kamu tidak diuji seperti orang-orang sebelum kamu/ sedangkan kamu belum diketahui beriman dan sabar?

19. Buat semua pembaca dan sahabat budiman, doakan saya dan sahabat-sahabat lain agar dimudahkan urusan serta diberik kejayaan.

20. Ya, kita mahu segala detik hayat kita di dunia ini dalam keadaan zikrullah (ingat akan Allah), lantas menjadikan seluruhnya sebagai 'ibadah kepada Allah. Kita rasa terlalu ralat dan rugi andai kita gagal bersedia dengan sepenuh kesediaan sebelum berangkat ke alam akhirat yang kekal. Mesej daripada kitab Allah: "Kehidupan dunia ini ialah satu kesenangan yang memperdaya."


21. Ya, kita akan bermujahadah dengan sepenuh usaha dan kemampuan sebagai hamba-Nya. Insya Allah, kita akan cemerlang, menghampiri kesempurnaan, menghampiri markah penuh.


Insya Allah, moga Allah pimpin kita, jadikan kita shiddiq (benar) dan ikhlas. Amiin



Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Ahad, 9 Mei 2010

Maut akan datang kepada kita walau berada dalam benteng kukuh


Jannatul Baqi', sumber.




Firman Allah subhanahu wa Ta'ala dalam Al-Quran Al-Karim:
Terjemahan:

"Di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walapun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kukuh."

Surah an-Nisa', 4 : 78

Mudah-mudahan peringatan daripada firman Allah subhanahu wa ta'ala ini akan sentiasa menjadikan kita insaf dan mempertingkatkan kesiapsiagaan untuk berhadapan dengan maut. Orang beriman yang bertaqwa sentiasa mempersiapakan dirinya untuk bertemu maut, yang menjadi satu kepastian, dinanti-natikan dengan penuh kegembiraan kerana kematian membolehkannya melangkah ke alam yang kekal, ditamatkan daripada ujian dunia.

Moga Allah menjadikan kita golongan yang benar, soleh dan ikhlas serta dimatikan dalam keadaan 'aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah serta kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta'ala.

Sabtu, 8 Mei 2010

Tiga Golongan Manusia pada Hari Kiamat Yang Allah Tidak Akan Berkata-kata dan Memandang Mereka


Gambar sekadar hiasan.


: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثُ أَبِي بَكْرٍ قَال

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ رَجُلٌ عَلَى فَضْلِ مَاءٍ بِالْفَلَاةِ يَمْنَعُهُ مِنْ ابْنِ السَّبِيلِ وَرَجُلٌ بَايَعَ رَجُلًا بِسِلْعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ فَحَلَفَ لَهُ بِاللَّهِ لَأَخَذَهَا بِكَذَا وَكَذَا فَصَدَّقَهُ وَهُوَ عَلَى غَيْرِ ذَلِكَ وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لَا يُبَايِعُهُ إِلَّا لِدُنْيَا فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ

Abu Huraira narrated on the authority of Abu Bakr that the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Three are the persons with whom Allah would neither speak on the Day of Resurrection, nor would He look towards them, nor would purify them (from sins), and there would be a tormenting chastisement for them: a person who in the waterless desert has more water (than his need) and he refuses to give it to the traveller and a person who sold a commodity to another person in the afternoon and took an oath of Allah that he had bought it at such and such price and he (the buyer) accepted it to be true though it was not a fact, and a person who pledged allegiance to the Imam but for the sake of the world (material gains). And if the Imam bestowed on him (something) out of that (worldly riches) he stood by his allegiance and if he did not give him, he did not fulfil the allegiance.


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Tidak Akan Berkata-kata Kepada Tiga Golongan Manusia pada Hari Kiamat, tidak memandang mereka,tidak membersihkan mereka dari dosa dan mereka akan diazab dengan azab seksa yang pedih. Mereka itu ialah seseorang yang mempunyai lebihan air di Padang Sahara tetapi dia enggan memberikan air tersebut kepada musafir yang memerlukan. Seseorang yang menjual barang dagangan selepas waktu Asar dan dia bersumpah dengan nama Allah iaitu sumpah bohong bahawa dia membeli barang tersebut dengan harga sekian, sekian menyebabkan pembeli mempercayainya sedangkan dia membelinya bukan dengan harga tersebut. Seseorang yang berikrar setia kepada seorang pemimpin kerana tujuan keduniaan, sekiranya pemimpin berkenaan memenuhi permintaannya dia tetap setia dan jika tidak dia berpaling tadah.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Haram Melabuhkan Kain Kerana Menunjuk nunjuk, Mengungkit ungkit Pemberian Dan Melariskan Dagangan Dengan Bersumpah. Allah Tidak Akan Berkata kata Kepada Tiga Golongan Manusia Pada Hari Kiamat, Tidak Membersihkan Mereka Dari Dosa Dan Mereka Akan Diazab Dengan Azab Seksa Yang Pedih

Hadits ini diambil dari laman http://mujahidfillah.blogspot.com/

Jumaat, 7 Mei 2010

Senyumlah!

Sumber gambar.

1) Pengalaman usia yang bertambah semakin meyakinkan saya bahawa senyuman ada kekuatan yang luar biasa.

2) Perhubungan yang mesra serta jenih daripada segala sangkaan buruk dapat dipupuk dengan adanya senyuman yang sentiasa diberikan.

3) Orang lain berasa mudah dan selesa untuk mendekati kita. Wajah kita manis, tidak menyebabkan mereka jauh daripada kita.

4) Senyuman juga adalah jelmaan keadaan hati kita. Orang lain yakin bahawa kita tidak ada masalah dengan mereka andai kita mampu mempamerkan senyuman yang ikhlas daripada hati kepada mereka.

5) Saya berasa sedih dan tidak bersetuju dengan sesetengah golongan yang meninggikan label mereka sebagai ejen da'wah, boleh jadi kumpulan tabligh ataupun kumpulan lain yang gagal berakhlak dengan kualiti Islam sekecil ini, ya'ni memberikan senyuman.

6) Mereka yang jelas bawa label da'wah/Islam, andai gagal berakhlak dengan akhlak terpuji, lama-kelamaan mereka akan lebih memburukkan imej Islam yang mulia.

7) Kita berasa sangat "unhappy" dengan wajah mereka yang seakan-akan "tak puas hati" dengan kita, lantaran mereka tidak mahu berikan senyuman.

8) Perkara ini kemudiannya memberikan peluang kepada syaitan untuk burukkan lagi sangkaan dan keadaan.

10) Ayuh, Islam amat mudah dan mulia. Senyuman yang kita rasakan kecil pun dinilai tinggi pada sisi Islam.

11) Jom kita selalu senyum.

Sabda Rasulullah s.a.w. tercinta, terjemahannya berbunyi:

“Janganlah kamu memperkecil nilai kebajikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (ramah-tamah).”

(Hadits Riwayat Muslim)

Khamis, 6 Mei 2010

Laksanakanlah Kebaikan Walau Sekecil Manapun.


Sumber gambar.

Assalaa mu'alaikum w.b.t.,


Laksanakanlah Kebaikan Walau Sekecil Manapun.


Kebaikan, walau kita nampak seperti kecil, namun pada sisi Allah s.w.t. kebaikan tersebut diiktiraf serta diberikan balasan kebaikan yang berganda-ganda (10 hingga 700).

Sabda Rasulullah s.a.w. tercinta, terjemahannya berbunyi:

“Janganlah kamu memperkecil nilai kebajikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (ramah-tamah).”

(Hadits Riwayat Muslim)

Firman Allah s.w.t. yang terjemahan berbunyi:

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”
(Surah Al-Zalzalah : 7-8)


Jom kita beramal, Islam itu mudah dan kasih sayang Allah amat besar terhadap kita.



Doa kita bersama:


Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Rabu, 5 Mei 2010

Keampunan Allah Tersedia Luas kepada Hamba-Nya yang Ingin Kembali Bertaubat




Pohonlah keampunan daripada Allah Tuhan kita Yang Maha Luas Keampunan-Nya. Kita tidak terjamin terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan dosa dan kesilapan ialah orang yang segera membetulkan keadaan tersebut dan terus menerus memohon keampunan-Nya.
Sumber gambar.


Assalaa mu'alaikum w.b.t.,


Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang berbunyi:




Terjemahan:

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah kurniaan Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar."

(Surah Al-Hadid, 57 : 21)


Merujuk kepada satu hadits yang dicatatkan oleh Syaikhul Islam Al-Imam An-Nawawi rohimahullahu Ta'ala dalam kitab beliau yang berjudul Riyadhus Sholihin, dikhabarkan kepada kita perkara berikut (terjemahannya):

Dalam laporan lain yang direkodkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w. menyebut:

"Sesiapa yang mengaku percaya, tidak ada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad ialah utusan Allah, Allah tidak benarkan dia kekal di dalam neraka."


Abu Zar melaporkan: Nabi Muhammad shollalLahu a'laihi wasallam berkata: Allah berfirman:

"Sesiapa yang melakukan perkara-perkara baik, dia mendapat pahala 10 kali ganda atau lebih. Sesiapa yang melakukan perkara-perkara jahat itu dibalas dengan satu hukuman atau diampunkan. Sesiapa yang datang dekat kepada-Ku sejengkal, Aku datang dekat kepadanya sehasta. Sesiapa datang dekat kepada-Ku sehasta, Aku datang dekat kepadanya sedepa. Sesiapa yang datang berjalan kepada-Ku, Aku datang berlari-lari kepadanya. Sesiapa yang datang berjumpa dengan-Ku membawa kesalahan sepenuh isi bumi tetapi tidak mensyirikkan-Ku, Aku berjumpa dengannya dengan membawa keampunan sebanyak itu juga."



Dicatatkan oleh penulis blog ini, yang sentiasa mengharapkan keampunan dan rahmat kasih sayang Allah, untuk ditujukan kepada dirinya sendiri dan para pembaca serta umat Islam yang dikasihi sekalian:


Benarlah sebagaimana yang dikatakan oleh orang soleh kepada kita: "Allah tidak mahu memasukkan kita ke dalam neraka, tetapi kita sendiri yang mahu memasukkan diri kita ke dalam neraka."

Bagaimana yang dikatakan Allah tidak mahu memasukkan kita ke dalam neraka?

Kita merujuk kepada dalil-dalil yang dinyatakan di atas.

  1. Allah menyeru kita untuk berlumba-lumba untuk mencari keampunan-Nya. Bukankah ini menggambarkan keagungan dan kebesaran sifat Maha Pengampun Allah? Tuhan yang menciptakan kita sendiri yang begitu pengasih-Nya mengkhabarkan perkara agung ini kepada kita.
  2. Dinyatakan juga oleh Allah sendiri bahawa Dia menyediakan syurga-Nya kepada para hamba-Nya yang beriman.
  3. Allah mengingatkan kepada kita, supaya kita sentiasa bertambah yakin bahawa Dia mempunyai kurniaan yang besar. Kurniaan yang tiada tandingannya. Tidak sama sekali dengan apa yang tergambar oleh fikiran kita, tidak pernah ternampak oleh mata kita. Tidak terdengar oleh telinga kita. Kekayaan kurniaan Allah pula sama sekali tidak akan berkurangan.
  4. Andai seseorang hamba beriman kepada Allah, Dia tidak membiarkan dia kekal di dalam neraka. Hamba yang dimasukkan ke neraka itu mungkin kerana ada dosa yang disengajakan, yang dia sendiri tidak selesai memohon ampunan Allah semasa di dunia.
  5. Allah memberikan balasan bagi kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas sepuluh kali ganda (secara minimumnya) dan boleh jadi lebih besar lagi gandaan balasan kebaikan tersebut kerana sifat Allah itu Maha Pemurah, Maha Kaya, Maha Memberi.
  6. Andai kita melakukan dosa, kita hanya diberi satu balasan keburukan, ataupun Allah akan mengampunkannya.
  7. Sebesar mana sekalipun usaha yang kita lakukan, untuk mendapatkan keampunan, kasih sayang, rahmat Allah serta mentaati-Nya (menghampirkan jiwa kita kepada Allah), maka lagi besar apa yang dilakukan oleh Allah kepada kita berbanding apa yang kita lakukan keapda-Nya. (Allah menghampiri kita, dalam erti kata Dia mengampuni dosa kita, memberi rahmat dan ketenangan.)
  8. Jika benar kita sama sekali tidak mensyirikkannya, sebesar mana sekalipun dosa yang kita bawa untuk pertemuan dengan-Nya, maka sebesar itu juga Allah bawa pengampunan untuk itu dosa tersebut. (diberikan perbandingan sepenuh isi bumi, menggambarkan betapa banyaknya dosa tersebut)
  9. Inilah yang hampir kepada apa yang disebutkan oleh Imam Syafi'ie rohimahullahi Ta'ala, hampir begini: "Sebesar-besar dosaku ya Allah, besar lagi keampunan-Mu padaku."

Mudah-mudahan, Allah menjadikan kita para hamba-Nya yang sentiasa ikhlas dan berusaha membersihkan diri daripada dosa.




Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Selasa, 4 Mei 2010

Rahmat Allah Mengatasi Kemurkaan-Nya

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan Yang Esa, Tiada Tuhan Melainkan-Mu. Kami menyeru-Mu Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Menyayangi hamba-Nya yang beriman dan sentiasa menyebut nama-Nya. Selamatkan kami ya Allah, di dunia ini dan di akhirat sana.



Assalaa mu'alaikum w.b.t.,



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَمَّا خَلَقَ اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِي كِتَابِهِ وَهُوَ يَكْتُبُ عَلَى نَفْسِهِ وَهُوَ وَضَعَ عِنْدَهُ عَلَى اْلعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِيْ تَغْلِبُ غَضَبِيْ

( صحيح البخاري )


Terjemahan:

“ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Ketika Allah menciptakan makhluk, Allah menulis di dalam kitab-Nya, Dia (Allah) menulis atas diri-Nya, lalu Dia s.w.t. meletakkan di sisi-Nya pada Arasy : "Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku”.

( Shahih Al Bukhari )

Sabda Baginda Muhammad s.a.w. :


لَمَّا خَلَقَ اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِي كِتَابِهِ وَهُوَ يَكْتُبُ عَلَى نَفْسِهِ وَهُوَ وَضع عِنْدَهُ عَلَى اْلعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِيْ تَغْلِبُ غَضَبِيْ

( صحيح البخاري )


Terjemahan:

Maka ketika Allah telah menciptakan alam semesta dan segenap ciptaan , lalu Allah menulis di ‘arsy , alam yang tertinggi dari semua alam yang diciptakan Allah dengan tulisan :

رَحْمَتِيْ تَغْلِبُ غَضَبِيْ

“ Kelembutan dan kasih sayang-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku”



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

اَلدُّنيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ اْلكَافِرِ

“ Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir ”





Petikan hadits dan terjemahannya di atas dipetik daripada laman Majelis Rasulullah s.a.w. Huraian yang lengkap dapat dicapai pada laman tersebut. Klik di sini.






Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.

Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Isnin, 3 Mei 2010

Mencari MP3 Alunan Qasidah?


As-Salaa mu 'alaikum,

Anda mencari bahan untuk didengari yang dapat membentuk jiwa, meningkatkan kecintaan akan Allah dan Rasul-Nya?

Bahan yang saya maksudkan ialah qasidah. Insya Allah, andai kita memahami lirik qasidah tersebut adalah lebih membantu untuk kita memahami apakah mesej yang terkandung dalam qasidah tersebut.


Mudah-mudahan Allah s.w.t. mengekalkan kita dalam keikhlasan dan kebenaran.

Ahad, 2 Mei 2010

Lebihkan Zikir di Dunia ini


"Semulia-mulia Tuhan adalah Tuhan kalian. Sang Pemilik kalianlah Yang Paling Indah. Bermohonlah kepada-NYA dengan sanubarimu dan seluruh sel tubuhmu. DIAlah yang Maha Tunggal, yang Maha Mampu Menyingkirkan semua musibah yang datang kepadamu dunia dan akhirat. DIAlah pula yang Maha Tunggal yang Maha Melimpahkan semua kebahagiaan dunia dan akhirat, maka mintalah kepada-NYA dan berharaplah."

- al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى


Kredit gambar.

Sabtu, 1 Mei 2010

Ingatlah Allah ketika di Dunia ini, Moga Dia ingat akan kita pada saat huru-hara nanti.



Buat diriku dan semua yang dicintai kerana-Nya,

Ingatlah kepada Allah dengan sesungguh-sungguh ingatan, kerana tiada siapa lagi yang akan menyelamatkan kita dalam huru-hara Hari Kebangkitan kelak melainkan Dia. Hanya kepada Dia kita betul-betul bermohon keampunan dan keselamatan di sana nanti.

Maha Suci Allah Tuhan kita, Dia Maha Menghargai para hamba-Nya yang beriman dan bersyukur. Dia Maha Maha Mengetahui dan Maha Membalas bibir-bibir yang bergetar menyeru nama-Nya.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. ingat akan kita kelak nanti, pada saat kita sudah tidak mampu lagi menyelamatkan diri dalam keadaan huru-hara yang dahsyat.

Allahu Allah.....


Setinggi-tinggi keni'matan di syurga adalah peluang bertemu dengan-Nya.

Kredit gambar.


Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Allah Tidak Akan Menyeksa Kita Jika Kita Beriman dan Bersyukur

Allah tidak akan menyeksa kita jika kita bersyukur dan beriman.

$¨B ã@yèøÿtƒ ª!$# öNà6Î/#xyèÎ/ bÎ) óOè?ös3x© öNçGYtB#uäur 4 tb%x.ur ª!$# #·Å2$x© $VJŠÎ=tã ÇÊÍÐÈ

Allah tidak akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri (memberi pahala terhadap amal hamba-Nya, memaafkan kesalahannya dan menambah nikmat-Nya), Maha Mengetahui.

Surah An-Nisa’,4: 147


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...