Ya, sememangnya kita lebih mampu untuk mengawal diri kita berbanding untuk mengawal orang lain.
Kita cuba sedaya upaya untuk mengelakkan atau mengurangkan punca masalah daripada diri sendiri kita.
Selebihnya, apa tindak-tanduk, sikap dan perbuatan orang lain sudah berada di kemampuan, kawalan, jangkaan dan dugaan kita.
Kita secara optimisnya bersangka baik dengan semua orang. Namun, tahap sangka baik atau expectation perlu hadir dengan keinsafan bahawa mereka juga manusia, terdedah kepada kelemahan dan keburukan sifat insani.
Semua orang adalah pasti untuk sentiasa wajar berusaha membaiki diri dan akhlak. Jika ada yang baik, terus pertahan dan kukuhkan lagi. Tidak dinafi ada ruang kelemahan dan keburukan yang dibaiki.
Sikap dan tindak-tanduk seseorang terhadap orang lain, boleh mencerminkan bagaimana sikapnya terhadap kita.
- Jika dia boleh bercakap tidak baik terhadap orang lain secara ghibah (di belakang orang lain) seperti terus melabel "bodoh", tidak mustahil dia lakukan perkara yang sama kepada kita di belakang kita.
- Nilai persepsi dan sangkaan dia terhadap orang lain. Jika kerap kita mendapati dia banyak bersangka yang tidak sepatutnya kepada orang lain, tidak mustahil dia juga banyak bersangka yang tidak sepatutnya kepada kita.
- Jika cara berinteraksi, bercakap dia dengan orang lain dengan cara keras, kasar, tinggi suara dan seumpamanya, tidak mustahil perkara sama boleh berlaku kepada kita. Sesuatu yang dapat dijangka.
- Jika dia punyai sifat yang agak keras hati, tidak mudah mengaku kesalahan diri, memohon maaf kepada orang lain, tidak mustahil dia juga keras hati terhadap kita, sukar dan berat memohon maaf dari kita.
- Jika dia konsisten menampakkan kesalahan dan punca masalah kepada orang lain dan sangat minimum untuk mengakui punca masalah turut berpotensi datang dari dirinya sendiri, tidak mustahil kita akan kerap dijadikan beban punca masalah, dijadikan kesalahan-kelemahan-kesilapan kita ketara.
- Bagaimana mungkin hati dapat menjadi lembut, sihat, bersih andainya kebiasaan hari dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang sangat sedikit mengingatkan diri terhadap Allah, kepada bacaan Quran, nasihat agama?
Ya, jika kita mahu bertegas dan mahu membetulkan mereka, pasti mereka bersedia untuk membalas, mengungkit-ungkit, menyenaraikan kesalahan kita pada masa lepas : dan akhirnya rumusan dibuat adalah kita sebenarnya yang bermasalah, punca masalah. Mereka pula bersih. Pasti ada saja isu, alasan, sebab untuk mereka tidak menyukai kita, menyalahkan kita, membenci kita, berasa tidak senang dengan kehadiran kita, reaksi muka tidak positif terhadap kita. Takut nak bercakap, nanti ada saja yang tersilap. Mereka jadi marah. Mereka salahkan kita.
Susah untuk mereka menggunakan cara yang lebih insani, damai, mengambil kira pendekatan yang sesuai dengan norma dan emosi insani. Mereka lebih cenderung menyebabkan kita rasa bersalah. Beban punca masalah terasa sebenarnya pada bahu kita saja.
Ya, jika mahu diturut satu-persatu, agak sukar dan akan menjadi terlalu lama untuk menyelesaikannya.
Kita mohon maaf dan halal kepadanya. Kita maafkan mereka terus siap-siap walau mereka berat untuk meminta maaf dan halal daripada kita. Kita move on. Tak pa, biarkan mereka di situ, insya-Allah dengan rahmat-Nya nanti pintu hati mereka diketuk, mereka insaf dengan kesalahan mereka, mereka berusaha membaiki diri. Kita doakan yang baik-baik dan punyai pandangan yang baik terhadap mereka. Kita sudah tidak mampu buat apa-apa lagi, Semua itu berada di luar kawalan kita.
Berkemungkinan, kematian kita sahajalah menjadi kerehatan buat mereka. Mungkin, kita "mati"dahulu sebelum datang ajal.
Ya Allah, ampuni hamba. Terasa tak mampu hadapi pelbagai sikap manusia.
"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Isnin, 30 Disember 2019
Kawal Diri Sendiri Terutamanya
Ahad, 22 September 2019
Tiada Lagi Penat di Akhirat Jika Kita Selamat
Dalam bahasa mudah, di akhirat sana nanti, insya Allah kita mohon agar selamat, di sana... : :)
1. Tiada lagi kepenatan
2. Tiada lagi kesakitan
3. Tiada lagi masalah
4. Tiada lagi kerisauan
5. Tiada lagi kesedihan
6. Tiada lagi kecederaan, tiada parut luka,
7. Tiada lagi kecacatan anggota
8. Tiada lagi kelaparan
9. Tiada lagi kata-kata fitnah, gosip liar, adu domba
10 ..... dan berbagai-bagai lagi
Kemuncak nikmat tertinggi adalah melihat zat Allah
dan keseronokan berada dalam syurga Allah juga kerana adanya Baginda Nabi kita Muhammad sollaAllahu alaihi wa aalihi wa sohbihi wa sallam
Khamis, 12 September 2019
Rebut Peluang Sedeqah Derma Waqaf Sekarang
Segera bersedeqah/derma/infaq/wakaf kerana Allah. Walau serendah RM 1 sebagai permulaan untuk menjinakkan diri ikhlas kepada-Nya. Siapa tahu salah satu daripada amalan ini benar-benar membantu kita selamat dunia akhirat dan diberkati Allah.
- Bila ternampak hebahan dalam Facebook ada saudara kita ditimpa musibah, penyakit
- Bila ternampak iklan atau kertas hebahan peluang derma, waqaf pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain
- Bila ternampak tabung derma di kedai-kedai runcit, makan dan lain-lain
Balik rumah, guna internet banking. Buat seorang diri. Tiada siapa tahu. Insya-Allah peluang untuk tergolong daripada salah satu golongan mendapat naungan arasy di akhirat nanti.
Selasa, 29 Januari 2019
Pengalaman Menduduki Peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) 2018 Sambil Bekerja
Pengalaman Menduduki Peperiksaan STAM
pada Usia Dewasa dan Bekerjaya
Assalamulaikum, bismillah. Insya
Allah pada kesempatan ini, saya berhajat untuk berkongsi pengalaman dalam
menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2018 pada usia 29 tahun sebagai calon
persendirian di Pondok Moden ‘Abaqirah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada sahabat-rakan semua. Sesungguhnya
STAM merupakan salah satu pintu utama yang membawa kita kepada gedung-gedung
ilmu yang lebih luas lagi.
1. Pasangkan Niat Belajar dan Ibadah
Dari awal lagi, marilah bersama-sama kita pasangkan niat belajar ilmu agama ini sebagai ruang untuk beribadah dan membaiki diri. Hal ini akan menjadi pendorong utama kita untuk berkorban dan melaksanakan apa sahaja untuk menjayakan hasrat mulia ini. Salah satu hadis hafazan STAM adalah berkenaan keadaan mayat yang akan dibawa menuju ke perkuburan. Hadis ini benar-benar memberi kesan kepada jiwa.
2. Carilah Guru dan Manfaatkan Ilmu Mereka dengan Penuh Adab
Bermula akhir tahun 2017, saya mencari para guru yang dapat mengajar STAM. Alhamdulillah, dipertemukan dengan mahasiswa-mahasiswa jurusan bahasa Arab di Universiti Malaya. Mereka semua telah menduduki STAM dan ada antaranya merupakan pelajar cemerlang STAM pada peringkat negeri. Pada peringkat awal, saya merujuk dan belajar daripada mereka matapelajaran yang sukar dan memerlukan penerangan guru, contohnya Arudh dan Qofiah. Setiap minggu kira-kira dua kali, saya hadir ke bangunan fakulti bahasa di UM pada waktu malam selepas kerja dan juga pada hujung minggu.
3. Pohon Restu dan Sokongan Ibu Bapa, Isteri dan Ahli Keluarga

Doa, sokongan dan pengorbanan masa
mereka sangat diperlukan.
4. Banyakkan Doa Pohon Bantuan Allah Agar Dimudahkan Usaha
4. Banyakkan Doa Pohon Bantuan Allah Agar Dimudahkan Usaha
5. Rancang Masa Dari Awal Tahun
Perancangan masa adalah sangat
kritikal. Biasanya pendaftaran STAM dibuat hanya dalam tempoh masa satu bulan sepanjang
bulan Februari atau Mac (sila rujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri). Selain
itu, masa diperlukan untuk menyiapkan dua buah kerja kursus (subjek Balaghah
dan Adab Nusus) yang ditetapkan tarikh penghantarannya. Sekitar bulan Mei –
Jun, diadakan ujian lisan bagi subjek Hafazan Al-Quran, Hadis, Insyak Mutolaah
serta pembentangan kerja kursus tersebut. Apabila jadual peperiksaan
dikeluarkan, cuti tahunan wajar disusun. Keseluruhannya, 6 hari cuti tahunan
digunakan bagi tujuan STAM.
6. Dapatkan Bahan Belajar, Latihan dan Persiapan Secukupnya
Kita boleh merujuk pembekal buku berkenaan STAM. Contohnya bukustam.blogspot.com yang mempunyai banyak bahan, lebih-lebih lagi nota padu, jelas, ringkas yang disediakan oleh guru-guru STAM yang berpengalaman dalam subjek tersebut.
Di samping itu, Telegram Nota-nota STAM menyediakan seribu satu bahan STAM dalam pelbagai bentuk yang sangat bermanfaat.
7. Persiapkan Hafazan STAM
STAM mempunyai hafazan dalam subjek : a) Hifz Quran : Surah Luqman, Sajdah, Sabak dan Fatir b) Hadis : sekitar 12 buah hadis dan c) Adab Nusus : beberapa potongan syair
Jadi, masa yang lebih diperlukan untuk kukuhkan hafazan. Lebih-lebih lagi hafazan Quran dan hadis yang akan diuji pada sekitar pertengahan tahun.

8. Banyakkan Latihan dan Analisis
Soalan-soalan Sebenar Tahun-tahun Lepas
Ada subjek yang mempunyai pola keberangkalian tajuk yang keluar mengikut tahun. Hal ini dapat dimanfaatkan sebagai strategi kita untuk susun atur keutamaan. Disebutkan oleh guru kita : iza takarrara, tahaqqaqa (apabila diulang-ulang, maka akan menjadi mantap)
9. Jangan Abaikan Soalan-soalan Percubaan STAM yang Disusun oleh JAKIM, Yayasan Islam Kelantan (dan lain-lain jika ada) serta Ramalan
Umpamanya, subjek hadis, agak tinggi kebarangkalian tajuk hadis yang telah diuji dalam soalan percubaan dan dinyatakan dalam ramalan untuk keluar.

10. Susun Atur Masa Belajar
Cabaran bagi yang bekerjaya adalah mencari ruang masa. Antara yang boleh dimanfaatkan adalah dengan menggunakan kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Contohnya dengan menaiki MRT dan LRT ke tempat kerja, setiap hari kita peroleh masa sekitar 2 jam untuk bacaan dan ulang kaji STAM. Di samping itu, boleh kuatkan mujahadah untuk memperuntukkan sebahagian masa rehat tengah hari untuk belajar STAM, stay back di surau pejabat kira-kira satu jam selepas kerja.
11. Tawakkal kepada Allah
Kita usaha yang terbaik, serahkan jiwa sepenuhnya kepada Allah.
Demikianlah serba sedikit secara ringkas pengalaman yang boleh saya kongsikan. Pastinya ada sangat banyak perkara untuk dikongsikan, namun kesempatan adalah terbatas.

Kelayakan STAM adalah setaraf dengan
STPM dan Sijil Menengah Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar Asy-Syarif di Mesir. Calon
boleh memohon masuk universiti dengan kelayakan STAM.
Pentauliahan bagi tenaga pengajar agama Islam contohnya di Selangor juga menjadikan kelayakan STAM sebagai salah satu kayu ukurnya.
Pentauliahan bagi tenaga pengajar agama Islam contohnya di Selangor juga menjadikan kelayakan STAM sebagai salah satu kayu ukurnya.
Selamat maju jaya. Semoha dipermudahkan Allah.
Akhukum,
Mohd Ikhwan Zhaki
9 Februari 2019
Selangor
Selangor
Labels:
Arkib,
STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia),
TD
Langgan:
Catatan (Atom)