Dalam situasi tertentu, pilihan untuk bertindak secara senyap, tidak diperhatikan orang lain adalah lebih baik. Pelbagai manusia dengan pelbagai tahap kematangan, akhlak dan cara berfikir akan mewujudkan banyak tanggapan, sangkaan (baik dan/atau buruk) dan seterusnya menyebabkan usaha baik kita akan terencat.
Contoh: niat baik untuk membersihkan sampah yang tersangkut di jalan utama (dan tiada petugas kebersihan yang diarahkan di situ), maka niat murni kita proaktif untuk alihkan sampah mungkin mengundang pelbagai anggapan.
Pastikan keselamatan dan kesesuaian masa, bertindak tanpa perlu dilihat mereka. Hasil akhir jalan kembali bersih. Kita tak dapat recognition manusia pun tak mengapa. Insya Allah malaikat jadi saksi dan rekod kebaikan kita. Mencari redha Allah. Usaha dan asbab mencari kebahagiaan hakiki di akhirat.
"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Khamis, 27 Januari 2022
Pelbagai Manusia Pelbagai Tahap Intelektual Boleh Rencatkan Usaha Kita
Hukuman Bunuh kepada Pengedar Dadah : Beberapa Catatan
Catatan ini adalah dikumpul berdasarkan literatur yang ada dan dapat dicapai. Kredit kepada penulis asal.
HUKUM MENGEDAR DADAH DARI PERSPEKTIF SYARIAH
Prinsip Islam amat tegas dalam
menyatakan hukum bahawa sesuatu yang menyokong sesuatu kebaikan, maka dia juga
mendapat balasan atas perbuatan tersebut. Begitu juga dalam terlibat dalam
sesuatu maksiat, maka semua yang bersubahat dihukum haram dan berdosa kerana
membantu maksiat. Prinsip ini selari dengan kaedah fiqh yang dinyatakan oleh
Imam Izzuddin bin Abdussalam وما أدى إلى الحرام فهو حرام
(perantaraan
yang membawa kepada tujuan yang haram adalah haram). Jumhur
ulamā berpendapat perbuatan yang terlibat dengan
maksiat dadah seperti membeli, menjual, menjadi perantaraan yang menjual,
mengedar hattta menanam pokok untuk menghasilkan bahan dadah juga dilarang dan
berdosa (Azman Mohd Noor & Mohd
Al-Ikhsan bin Ghazali, 2010).
‘Abd al-Qadīr ‘Audah memperincikan
bahawa apabila seseorang menyebabkan mudarat ke atas orang lain dengan
memberikannya racun dan mangsa menerimanya dengan sengaja dalam keadaan dia
menyedari akan kemudaratannya maka itu dianggap membunuh diri adapun sekiranya
mangsa tidak mengetahui atau dipaksa mengambilnya maka itu merupakan membunuh
dengan sengaja. Dalam hal ini, mana-mana pengedar dadah melakukan kerjanya
adalah dengan sengaja dalam keadaan mengetahui kemudaratannya. Rentetan itu,
secara asasnya pengedar dadah wajar dikenakan hukuman yang diberikan kepada
pembunuh dengan niat sengaja.
Menurut kajian, kebanyakan pengedar
dadah memberikan alasan mereka tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
pelanggan. Mereka berhujah bahawa pengguna dadah membeli dan mengambil dadah
atas kehendak dan pilihan mereka sendiri tanpa dipaksa. Hujah sebegini adalah
tidak berasas kerana penagih dadah mempunyai pilihan yang hendak dibuat namun
kewujudan bahan dadah adalah disebabkan usaha pengedar dadah itu sendiri yang
sengaja membawa masuk dadah dan mengedarkannya bagi mengaut keuntungan atas
dasar kepentingan diri sendiri. Sekiranya tiada pengedaran dilakukan, maka
mustahil penagih untuk mendapatkan bahan tersebut.
Menurut Azman
Mohd Noor & Mohd Al-Ikhsan bin Ghazali (2010), pengedar dadah telah
melakukan dua kesalahan dalam satu masa. Pertama, dia menjadi punca seseorang
menjadi penagih dadah dan keduanya dia juga bertanggungjawab atas sebarang
jenayah yang berlaku berpunca daripada pengambilan dadah itu. Sebagaimana arak
menjadi punca kepada kebanyakan jenayah, lebih dahsyat pengambilan dadah ke
atas diri seseorang.
Memetik wasitah nirmala dari Rosni
Wazir et. al (2019), hukuman asas kepada penagih dadah wajar dikiaskan kepada
pengguna arak. Hukuman had kepada peminum arak dikenakan 40 kali sebatan.
Pemerintah dengan kuasa takzirnya harus menjalankan hukuman tersebut sehingga
80 kali sebatan selaras dengan tindakan Saidina Umar bin al-Khattab. Setelah
Nabi SAW mendapat syariat pengharaman arak, baginda melaknat golongan yang
terlibat dengan arak. Ini isyarat kepada seseorang yang terlibat dan bersubahat
dalam sesuatu maksiat maka dia mendapat saham dosanya juga. Menurut Ibn Asyur
(1984), maqasid sunnah dalam syariat hukuman sebatan ini adalah bagi
melaksanakan tuntutan pencegahan ke atas umum. Hukuman akan membentuk suatu
amaran dan mewujudkan perasaan gerun terhadap orang lain yang hendak melakukan
jenayah yang sama.
Hanis Camelia et.al (2017) dalam
kertas kerjanya berpendapat kewajaran peruntukan hukuman menurut syarak ke atas
penagih dadah kali pertama dikenakan 40 kali sebatan dan kesalahan berulang
dikenakan dalam kiraan yang sama sebanyak dua kali ganda. Kesalahan berikutnya
diperuntukan bawah prinsip takzir samada dikenakan 120 kali sebatan atau
penjara dalam suatu tempoh masa yang bersesuaian. Kewajaran peruntukan hukuman
ini adalah berdasarkan kepada had yang dikenakan kepada peminum arak. Manakala,
pengedar dadah wajar dikenakan hukuman mati qiyas kepada niat sengaja untuk
membunuh ketika pengedar melakukan jenayahnya.
KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN MATI KE ATAS
PENGEDAR DADAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Ketepatan
hukuman gantung ke atas pengedar dadah akan dinilai berteraskan kaedah Siyasah
Syar’iyyah, merangkumi:
a.
Berdasarkan
kehendak nas-nas syarak dan hukuman bunuh dalam konteks hukuman takzir
b.
Berdasarkan
keadah ijtihad
c.
Berdasarkan
qawa’id fiqhiyyah
Kehendak nas-nas syarak dan hukuman bunuh dalam konteks
hukuman takzir
Apabila dilihat ketepatan hukuman
gantung sampai mati ke atas pengedar dadah menurut nas-nas syarak, diamati
tiada percanggahan yang berlaku. Hal ini menjadi lebih utama seandainya hukuman
itu bagi memelihara, mencegah, membaiki dan melindungi masyarakat dari segala
bahaya. Kesemua ini adalah selaras dengan matlamat berkenaan mendokong tujuan
pelaksanaan undang-undang Islam.
Seterusnya, ketepatan hukuman
gantung sampai mati dilaksanakan kepada pengedar dadah dengan merujuk kehendak
nas-nas syarak adalah berteraskan keharusan hukuman itu dijalankan dalam
konteks hukuman takzir. Penentuan hukuman bunuh dalam hukuman takzir ditentukan
berpandukan kaedah dilalah al-nas, iaitu dengan meluaskan pemakaian nas
kepada kes-kes baru melalui tafsiran nas. Oleh sebab yang demikian, melalui
kaedah ini, hukuman bunuh boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah kerana
jenayah berkenaan mempunyai ‘illah yang sama tahap kritikal dengan
jenayah al-hirabah.
Berdasarkan Kaedah Ijtihad
Bagi mengkaji ketepatan hukuman
bunuh ke atas pengedar dadah, tiga kaedah ijtihad akan digunakan iaitu Istislah
(Masalih Mursalah), Sad al-Zara’i dan Qiyas. Ketiga-tiga
kaedah ini diutamakan kerana lebih bersesuaian dalam menguraikan permasalahan
ini.