Setiap ilmu wajar dimuliakan. Seumpama hasil kelas tadi, perbincangan berkenaan aqsaamul kalimah (pembahagian jenis perkataan) dalam surah Al-Fatihah.
Berkat keikhlasan sahabat yang belajar ingin tahu dan tanya soalan: memberikan dorongan dan kekuatan saya untuk membuka dan merujuk syarah bagi i'rob bagi surah Al-Fatihah. (kebanyakan mereka latar belakang profesional - seumpama jurutera lepasan dari Kanada, calon sarjana Matematik di UM dll)
Ya, kadang-kadang terasa ilmu nahu / tatabahasa bahasa Arab (dan bahasa lain) seperti tidak sebesar sehebat ilmu perbahasan teknikal dan falsafah yang lain - tetapi sebenarnya ilmu nahu ini menjadi ilmu alat dan asas dan kayu pengukur 'maruah' kita. Sebagaimana terasa tak kena kalau dibuat ayat 'I does not like to eating', maka lebih-lebih lagi kalau salah dibaca baris dalam ayat bahasa Arab.
Ya Allah, bantu dan pimpinlah kami dengan ilmu yang bermanfaat Kau redhai, moga kami selamat hingga akhirat kelak.
"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Memaparkan catatan dengan label Nahu Bahasa Arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nahu Bahasa Arab. Papar semua catatan
Ahad, 14 Ogos 2016
Labels:
Arkib,
Nahu Bahasa Arab
Langgan:
Catatan (Atom)
