Di sini beberapa refleksi saya fikir dan peroleh dari pengalaman Semester 2 PBJJ UKM.
1. Mentaliti dan sikap Get Things Done - kita efisyen perancangan dan pelaksanaan tindakan. Tidak lagi tangguh put on hold.
2. Ask immediately if anything is unclear, and the best person to ask is our dear lecturer. Mereka berkepakaran, dan mereka sendiri juga menilai gred akhir kita. Real case : dalam subjek Usul Fiqh I saya bertemu istilah baru "mundobit", terus ditanya kepada pensyarah, dicatatkan penerangan dalam nota. Dan semalam, keluar soalan tentang maksud mundobit dalam peperiksaan akhir Usul Fiqh I.
3. Maintain networking - walau sekadar tanya sapa, gurau senda, dan lain-lain. Kemesraan ini jadi "pelincir" untuk mudahkan banyak urusan nanti. Apabila diminta bantuan, mudah dan ringan terasa untuk kita respon. Berbanding hanya menjelma dalam situasi genting sahaja.