Universiti Azhar Syarif, simbol bagi keilmuan.
"Ilmu bukan diukur dengan banyaknya pengetahuan, tapi sebanyak mana ia dapat diterjemahkan melalui kehidupan."-dipetik daripada laman Akhuna Thaqif Ilman Al-Muqri
"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Universiti Azhar Syarif, simbol bagi keilmuan.
"Ilmu bukan diukur dengan banyaknya pengetahuan, tapi sebanyak mana ia dapat diterjemahkan melalui kehidupan."-dipetik daripada laman Akhuna Thaqif Ilman Al-Muqri
"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memlihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka."Surah An-Nuur, 24: 30
"Setiap nafas hayat yang diberikan Allah, digunakan untuk kebaikan adalah lebih berharga daripada dunia dan seisinya."
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
“Dan sesiapa yang yang bercita-cita untuk bertemu dengan Tuhannya hendak beramal dengan amalan saleh dan jangan dia mensyirikkan Allah dengan sesuatupun dalam ibadahnya."(al-Kahfi:110)
“Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Sesungguhnya ia adalah hati.”
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad kamu, atau pun lahiriah kamu tetapi Dia memandang kepada hati-hati kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.”(Al-A`raf:33)
“Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan yang terang daripadanya dan yang tersembunyi.”(al-An`am:151)
“Iman itu mempunyai lebih daripada 70 cabang. Maka yang paling tinggi ialah ucapan “Tiada Tuhan melainkan Allah”, dan yang paling rendah ialah membuang perkara yang menyakitkan dari jalan, dan malu adalah satu cabang dari iman.”
“Suruhlah melakukan kebaikan dan jauhilah perbuatan mengadu domba, mengumpat, dan perkara keji;Seperti ujub, takabbur dan penyakit hasad, riya’ dan gemar berdebat, maka berpegang teguhlah.”
Tasawwuf ialah ilmu yang diketahui dan dikenali dengannya cara membersihkan batin daripada kekotoran nafsu. Iaitu daripada keaiban dan sifat-sifatnya yang tercela seperti hasad dengki, tipu, sukakan pujian, bersifat takabbur, riya’, pemarah, tamak, bakhil, memuliakan orang-orang kaya dan menghina orang-orang miskin kerana ilmu tasawwuf ialah ilmu bagi mengkoreksi keaiban, merawatnya dan menunjukkan jalan praktikalnya.
“Masuk ke dalam jalan sufi adalah fardhu ‘ain kerana tiada seorang pun yang terselamat daripada keaiban dirinya melainkan para Nabi AS.”(Syeikh Abdul Qadir Isa, Haqaiq ‘an al Tasawwuf H: 26-35).
“Sesiapa yang tidak menekuni ilmu ini (tasawwuf), ditakuti akan mati dalam keadaan melakukan dosa besar (dosa hati) sedangkan dia tidak menyedarinya!”.
Video di atas adalah mengenai Tausiyah yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki.
Catatan al-Faqir mengenai video di atas:
- Kita bersyukur kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala kerana dihidangkan dengan hidangan 'ilmu dan ma'rifah.
- Seseorang wali Allah, kekasih Allah itu, dia mendapat perhatian, kasih sayang Allah terlebih dahulu sebelum dia dapat mengasihi Allah.
- Sebaik-baik orang yang beradab ialah orang yang mengikuti perjalanan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Adab paling pertama adalah terhadap Allah, kedua terhadap Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam, ketiga terhadap para 'ulama yang ber'amal dengan 'ilmunya, dan keempat terhadap para wali Allah.
-Berkata Al-Imam Abdullah Al-Haddad, hampir begini:
"Pertama-tama sekali untuk orang yang suluk kepada Allah (berjalan kepada Allah) adalah beradab dengan Allah, beradab terhadap sifat Allah sebagaimana yang disifatkan-Nya, dan kemudian dengan sifat sebagaimana yang disifatkan Baginda Shollallahu a'laihi wa sallam.
Kesucian dan keagungan Allah tiada tandingan-Nya baik di langit mahupun di bumi. Hendaklah kalian mensucikan Allah, Pencipta alam ini, Pentadbir alam ini. Hendaklah kalian membersihkan Allah."
-Dalam 'ibadah solat kita, mengikut sunnah Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam, ketika bertasbih, kemudian bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Ketika mendahului mensucikan Allah, kemudian baru memuji dan membesarkan-Nya.
-Sahabat bertanya kepada Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam mengenai makna subhanallah. Baginda menjawab subhanallah ialah "tanzihullah min kulli suu" (mensucikan, membersihkan, dan membebaskan Allah daripada segala perkara yang buruk).
-Antara perkara yang buruk bagi Allah ialah sifat manusia. Allah menyatakan bahawa manusia diciptakan dalam keadaan lemah.
-Antara perkara yang buruk bagi Allah adalah dengan kita menyatakan Allah duduk di atas kursi, bersandar padanya, menunjukkan Allah berhajat sebagaimana berhajatnya manusia.
-'Aqidah Al-Imam Abdullah Al-Haddad adalah membersihkan Allah daripada penyerupaan dengan sebarang makhluk sama ada di langit mahupun di bumi.
Doa kita bersama:
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.
Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.
Gambar Hiasan : Tidak lengkap agama seseorang tanpa rukun Islam, iman dan ihsan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembahagian agama ini telah disebut di dalam hadis Jibril a.s yang masyhur dan panjang itu. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa dialog antara baginda SAW dan Jibril a.s adalah untuk mengajar tentang al-Din agama itu sendiri.
Dalam hadis tersebut, rukun ihsan telah dijelaskan oleh Nabi SAW sebagai: Ihsan itu adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. (riwayat Muslim dan Imam Ahmad dalam Musnadnya)
Hadis ini menjelaskan tentang rukun-rukun dalam agama. Sangat wajarlah jika hadis ini yang sering ditekankan di tengah masyarakat agar mereka memperoleh tasawur (world view) yang lebih lengkap tentang agama.
Sebaliknya, terlalu menekankan hadis tentang bidaah akan memberi kesan yang berbeza.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (691 H - 751 H) mensyarahkan perkataan al-Harawi di atas dengan katanya: "Asal tarekat adalah untuk menyempurnakan makrifat, melazimkan muraqabah kepada Allah dalam setiap gerak geri, hembusan nafas dan langkah sehingga hati dikuasai oleh kebenaran dan terputus darinya segala hubungan keduniaan".
Daripada sini, dapat difahami bahawa rukun ihsan itu terbahagi kepada dua tahap iaitu muraqabah dan musyahadah.
Di dalam hadis di atas, musyahadah (kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya), disebut sebelum muraqabah (sekiranya kamu tidak melihat-Nya, maka Allah memandang kamu).
Ini menunjukkan ketinggian dan kemuliaan musyahadah melebihi muraqabah.
Dalam suluk atau perjalanan kerohanian tasauf dan peningkatan tahapnya atau dikenali juga sebagai makam, biasanya dimulai dengan muraqabah. Dengan berterusan atas muraqabah, seseorang itu akan diwariskan pula dengan musyahadah.
Keselarian sifat dua makam utama dalam ilmu tasauf ini dengan rukun ihsan jelas menunjukkan bahawa tasauf menempati kedudukan yang sangat asasi dalam agama kita.
Tasauf sebagai hakikat agama
Tasauf sebagai rukun ihsan juga turut diistilahkan oleh para ulama bahawa ialah adalah hakikat agama. Cuma harus diingat, penggunaan istilah hakikat di sini adalah dalam konteks yang khusus dan bukannya dengan erti sesuatu yang berlawanan dengan dakwaan atau gambaran.
Tasauf sebagai hakikat agama difahami sebagai salah satu dimensi dan rukun yang tidak terpisah dengan syariat. Hakikat dan syariat bukannya saling bercanggah sebaliknya berjalan seiringan dan saling memerlukan.
Dalam hal ini, telah masyhur kata-kata Imam Malik r.a:
"Sesiapa yang belajar tasauf tetapi tidak mempelajari ilmu fikah (dan tauhid), maka ia adalah zindiq. Sesiapa yang belajar ilmu fikah (dan tauhid) tetapi tidak belajar tasauf maka ia adalah fasik, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka ia adalah ahli hakikat".
Golongan yang pertama dikira zindiq kerana hanya memandang kepada hakikat tanpa disertai dengan syariat.
Golongan yang kedua dianggap fasik kerana tidak masuk ke dalam hatinya cahaya ketakwaan, rahsia keikhlasan, peringatan muraqabah dan jalan muhasabah sehingga dia tidak mengenal pasti maksiat yang dilakukan.
Golongan yang ketiga menjadi ahli hakikat kerana dia mengumpulkan kesemua rukun agama; iaitu iman, Islam dan ihsan sebagaimana yang dihimpunkan di dalam hadis Jibril di atas. (Al-Muhaddith Abdullah al-Ghumari, Al-I'lam Bianna al-Tasauf min Syariah al-Islam, H: 25)
Melihat tasauf sebagai hakikat agama juga disandarkan oleh para ulama kepada hadis Muaz ibn Jabal r.a yang telah dikeluarkan Abu Nu'aim r.a di dalam Hilyah al Auliya' daripada Anas ibn Malik r.a, bahawa Muaz ibn Jabal bertemu Rasulullah SAW, maka nabi SAW bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada pagi ini, wahai Muaz?"
Jawab Muaz r.a, "Aku pada pagi ini benar-benar beriman kepada Allah SWT".
Sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya setiap perkataan ada tanda kebenarannya, setiap kebenaran ada hakikatnya, maka apakah tanda kebenaran yang kamu katakan?"
Jawabnya,
"Wahai Nabi Allah! Tidaklah aku berpagi-pagi pada setiap pagi, melainkan aku menyangka bahawa usiaku tidak sampai ke petang, dan tidaklah aku berpetang-petang melainkan aku menyangka bahawa umurku tidak akan sampai ke Subuh. Tidaklah aku melangkah dengan satu langkah melainkan aku menyangka bahawa aku tidak akan berkesempatan melangkah seterusnya dan aku seolah-olah sedang melihat sekalian umat yang sedang duduk diseru melihat kitabnya (buku catatan amalan masing-masing untuk dihisab) bersamanya ada nabinya dan berhala-berhala yang telah mereka sembah selain Allah, dan seolah-olah aku sedang melihat kepada balasan azab ahli neraka dan balasan pahala ahli syurga".
Sabda Baginda SAW,
"Engkau telah mengetahuinya, maka teruskanlah (apa yang telah diamalkan oleh Muaz r.a tersebut sehingga dikurniakan nikmat yang disebutkan di atas)".
Kita mencadangkan di sini bahawa kunci kepada memahami tasauf adalah dengan mendekatinya sebagai ilmu yang menghuraikan rukun ihsan dan hakikat agama kita.
Dengan izin-Nya, kita akan mengembangkan perbincangan tentang perkara ini dengan turut mengaitkannya dengan satu lagi istilah yang sangat rapat dengan tasauf dan sering menjadi punca kekeliruan iaitu tarekat.