Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 2 April 2010

Doa Memohon Dikembalikan Barang yang Hilang




Doa Hilang Barang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.


Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."




Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid.

85 ulasan:

  1. terima kasih atas post ini.lebih baik kita berdoa kpd Allah daripada mencari pertolongan dari bomoh2.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. skjap je da jumpe .. ;)

    BalasPadam
  3. sy punye wallet pun tgh hlang. insyaALLAH, sy akn cube usahakan...

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tuan, saya kehilangan camera sony,.. sebaik sampai di rumah saya google dan terjumpa entry ini lalu saya lakukan solat hajat dan baca doa ini... alhamdulillah camera saya telah dijumpai semula, mohon izinkan saya berkongsi ya. Jazakallahu khairan kathiran!

    BalasPadam
  5. Kpd IstriNizi Momyha dan semua sekali,

    Alhamdulillah, dengan izin-Nya.

    Dijemput untuk ambil, ambil, sebar, kongsi.

    Hadiahkan solawat untuk Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam.

    BalasPadam
  6. mohon izin nak copy ayat ni,,,barang ana hilang..YA ALLAH PERMUDAHKAN PENCARIANKU...

    BalasPadam
  7. Saya punya wallet hilang selepas sy blik dri bli barang bersama kakak dan abg ipar.sy memegang wallet kunci dan plastik yg berisi pakaian.selepas itu sy bawa wellet msuk dlm blik dan letak atas almari rendah.kemudian sy simpan pakaian utk blik kg raya dan beg sy tgk msih ada diatas almari.dan semasa mengambil pakaian atas almari tempat wallet td.keesokkan hrnya apabila nk ke pejabat wallet sy x de dh merata tempat sy cri x jumpa

    BalasPadam
  8. Ya Allah....temukanlah aku dgn barang yang hilang itu dgn bacaan ayt ini....sesungguhnya.....Engkau maha mengetahui.. ~Ameen~

    BalasPadam
  9. Mohon izin nak sebarkan maklumat ni.Syukran jazilan

    BalasPadam
  10. mohon ijin untuk amalkan doa diatas pak ustad agar barang2 saya motor vario, leptop dan uang saya yanghilang dibawa kabur orang segera di kembalikan. terimakasih

    BalasPadam
  11. Boleh saya tahu , bila waktu sesuai untuk mengamalkan doa ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah pada waktu yang baik berdoa seperti selepas solat fardu, ketika antara azan dan iqamah, pada hari Jumaat dan lain-lain.

      Padam
  12. saya minta izin nak amalkan doa ini. Saya baru kehilangan dompet

    BalasPadam
  13. Tuan awang soh;

    Silakan utk amal dan sebarkan. ;)

    BalasPadam
  14. Saya kehilangan handphone.saya minta izin utk amalkan.syukran

    BalasPadam
  15. minta izin utk baca ayat ini.terima kasih

    BalasPadam
  16. Ya Allah hari ini saya perasan saya kehilangan barang bukan sebab brg itu beharga tapi sentimental nya dari ibu dan arwah abah. Harap dpt kembali amin..

    BalasPadam
  17. Sy baru khilangan brg kemas insyaallah sy akan amalkan doa ini..

    BalasPadam
  18. Saya mohon amalkan Dan share ye...
    Amalkan selepas setiap solat ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah boleh amal dan kongsikan...

      Boleh diamalkan selepas solat dan waktu-waktu lain.

      Padam
    2. Maaf, saya nak tahu tentang cara mengamalkannya. Ada yg kata harus baca 10kali sesudah solat. Betul ke?

      Padam
    3. Ustaz tidak maklumkan secara khusus berapa kali.

      Padam
  19. Saya mohon amalkan Dan share ye...
    Amalkan selepas setiap solat ye?

    BalasPadam
  20. Isteri sy kehilangan wallet..minta izin menggunakan mengamalkan dn mohon smua doakn smoga pengambil kembalikn kpd kami..amin

    BalasPadam
  21. Mohon izin diamalkan, bru khlangan laptop

    BalasPadam
  22. Saya ingin bertanya...bagaimana sekiranya seseorang itu dlm keadaan haid...boleh kah mengamalkannya? Atau oerlu tunggu waktu suci?

    Saya kehilangan sebentuk cincin pemberian ibu...kebiasaannya saya meletakkan diatas almari solek...tp skadang2 saya juga jenis.alpa..cuma baru2 ni..ada plumber dlm.membetulkan paip...jadi saya tidak tahu sama ada kehilangan disebabkan oleh kecuaian atau diambil orang...bolehkan saya mebgamalkan doa ini..

    BalasPadam
  23. Mohon keluarga dan rakan saya amal kam ye..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum ust..sy mohon utk amalkan doa ini..sy baru jer kehilangan motor..mohon ust doakan agar motor saya dijumpai dgn segera...Jazakallahu khaira..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam wbt Tuan Ali Imran... insyaAllah sama-sama boleh amal.... ikhtiar juga cari dan laporkan kpd polis.

      Padam
  25. Assalam..saya juga baru kehilangan kereta 4x4 saya dan dompet suami saya..Mudahan2an dikembalikan semula..

    BalasPadam
  26. Assalam..saya juga baru kehilangan kereta 4x4 saya dan dompet suami saya..Mudahan2an dikembalikan semula..

    BalasPadam
  27. Assalam...izikn sy amalkan doa nie

    BalasPadam
  28. Saya hilang Rm1300 semalam.. cuai sy x kunci meja ofis..sy kene ganti..sedihnye sy

    BalasPadam
  29. Saya kehilangan hphone, tablet dan helmet...mohon amal dan share doa ini...semoga Allah beri keberkatan dlm hidup tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam wbt Tuan Ali Imran... insyaAllah sama-sama boleh amal.... ikhtiar juga cari dan laporkan kpd polis.

      Padam
    2. Izinkan saya amalkan...

      Padam
  30. Saya kehilangan hphone, tablet dan helmet...mohon amal dan share doa ini...semoga Allah beri keberkatan dlm hidup tuan..

    BalasPadam
  31. terimkasih ustaz..mohon izin utk sy amalkmkn utk ikhtiar temukan semula kereta saya yang hilang..

    BalasPadam
  32. Mohon izin untuk sy amalkan doa ini sbg ikthiar mencari wang sy yg hilang

    BalasPadam
  33. baru lepas hilang wallet dekat hentian rehat serdang masa semayang subuh tadi.. dah viral dalam fb.. sekarang tawakal dengan doa.. mohon nak amalkan doa ni ye..syukran ya syeikh..

    BalasPadam
  34. Alhamdulilah saya amalkan doa ni untuk cari subang emas yang diberikan oleh ibu saya yang hilang dan saya jumpa ,,ALHAMDULILAH ALLAH MAHA BESAR,,THANK YOU ALLAH I LOVE YOU ALLAH

    BalasPadam
  35. Saya baru sahaja kehilangan gelang emas yang saya pakai semalam. Apa yang saya sedih,gelang itu hadiah dari ibu saya yang tercinta. Mohon saya amalkan doa ini ya ustaz. Semoga dipermudahkan dan ditemui semula.

    BalasPadam
  36. Mhn amal dan sebarkan...tuan.

    BalasPadam
  37. Terimakasih banyak saudaraku , barusan tadi saya kehilangan laptop. Semoga dengan izin Allah melalui. Doa ini , barang saya bisa kembali .Amin ya robbal alamin.

    BalasPadam
  38. saya dan ibu baru baru2 ini kehilangan barang kemas pusaka 1 uncang beg dalam simpanan kami yg berbelas-belas tahun di tempat yg sama. Kami sangat sedih, kerana baru terperasan akan kehilangan tersebut. :(

    BalasPadam
  39. tuan. saya minta uzin utk amalkan

    BalasPadam
  40. As salam.maaf baca ayat ni sebanyak berapa kali ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah tiga kali dan ke atas, tiada batasan bilangan. Sebanyak yang boleh.

      Padam
  41. As salam,saya kehilangan barang kemas,saya minta izin utk amalkan dan juga mohon ustaz tolong doakan agar dapat semula barang kemas yang hilang itu, terima kasih ustaz

    BalasPadam
  42. Wassalam. insya Allah selamat beramal. Semoga Allah pertemukan kembali.

    BalasPadam
  43. Alhamdulillah,barang kemas saya yang hilang telah dijumpai petang tadi,jutaan terima kasih ustaz kerana berkongsi doa ini

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum...gelang emas saya hilang..mohon izin utk amalkan doa ini ya ustaz

    BalasPadam
  45. assalamualaikum ustaz.saya telah kehilangan barang kemas saya,saya minta izin untuk amalkan doa serta mohon ustaz doakan agar dapat semula gelang tangan saya yang telah hilang itu terima kasih ustaz.

    BalasPadam
  46. Alhamdulillah. Semalam suami saya hilang wallet. Saya simpan wallet suami dalam poket saya tapi tercicir semasa naik motor. Merata kami cari semalam. Saya google dan jumpa doa ni. Alhamdulillah hari ni ada dapat notis ada yang jumpa wallet suami saya. Terima kasih atas perkongsian doa ini.

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...