Nota diambil daripada Facebook Ustaz Azhar Ramli (entri pada 21 Julai 2025) untuk tujuan rujukan ilmu.
ISU JUAL BELI DURIAN.
Hari ni ke Pondok Sg Bayor hantar anak, blk singgah di kedai Rezeki Durian Ijok area Batu Kurau beli durian, katanya antara durian kampung yg isinya sedap area sini.
Cara peniaga berurusniaga di kedai ni pun bagus, patuh muamalat.
1. Peniaga offer samada pembeli nak pilih jual beli dgn cara longgok satu bekas atau cara timbang perkilo.
Harga ditetapkan jelas secara perkilo dan juga secara longgok.
Dalam peraturan jual beli barangan telah ditetapkan pada "mi'yari syar'ie" atau kadar timbangan syarak yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW.
Buah-buahan dan bijirin seperti gandum, beras, barli dan sebagainya dijual dengan cara "sukatan" tidak menggunakan cara "timbangan".
Oleh sebab itu, durian eloknya dikira longgok atau harga perguni.
Tetapi sekiranya ditimbang perkilo tetap sah sekiranya redha daripada pembeli dan thabit khiyar sekiranya berlaku kerosakan pada buah samada jualan secara longgok atau perkilo.
Hal ini, berdasarkan kaedah feqah menyebut:
الأصل في العقود هو التراضي
Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredhaan dua belah pihak.
2. Buah gred A peniaga offer kpd pembeli samada nak tebuk tengok buah atau tak nak buka, pembeli sudah tentunya memilih untuk buka tengok isi dalam elok atau tidak.
Dalam syarat melihat buah durian yang ditetapkan dalam peraturan jual beli, tidak wajib peniaga membuka kulit luar kerana kulit durian termasuk buah yang mempunyai satu kulit sahaja yang menjaga isi dalam tidak wajib dibuka.
Aqad jual beli tanpa melihat isi dalam adalah sah dan thabit khiyar sekiranya isi dalam tidak elok atau rosak.
P/S - buah durian Batu Kurau memang betul sedap seperti dikata, tengok buah biasa je kecik, kementok, tapi rasa lain macam.
Hantu durian blh try, harga murah bedooh