Ulama Benteng

Ulama Benteng
Memaparkan catatan dengan label Usul Fiqh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usul Fiqh. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2020

Usul Fiqh : Qiyas

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.

AL-QIYAS

 

TAKRIF QIYAS

Pada bahasa

       Persamaan:  (i) hissiyyahqiyas sesuatu ke atas sesuatu = menyamakan dengannya (ii) macnawiyyah – seseorang itu diqiyaskan ke atas seseorang = menyamakannya pada semangat dan kemuliaan

       Taqdir : Mengetahui kadar sesuatu perkara dengan perkara yang lain – sukat baju dengan meter

       Kedua-duanya sekali: Aku mengqiyaskan perbuatan dengan perbuatan = aku kadarkannya dan samakannya

 

Pada istilah

       Persamaan hukum furuk dengan asal kerana terdapat persamaan pada cillah

 

RUKUN QIYAS

       Asal = tempat bergantungnya hukum yang sabit dengan nas atau ijmac

       Furuc = ‘tempat’ tiada padanya nas atau ijmac

       cIllah = sifat yang dibina hukum asal ke atasnya

       Hukum asal = hukum syarak yang terdapat pada asal dan ingin dipindahkan ke furuc

 

Contoh

       Dadah memabukkan = arak. Apabila arak diharamkan, maka hukum dadah juga adalah haram

       Arak @ asal

       Dadah @ furu

       Memabukkan @ cillah

       Haram @ hukum asal

 

SYARAT-SYARAT QIYAS

       Asal

       Hukum asal

       Furuk @ cabang

       cIllah

 

Asal : Bukan furuk/cabang @ sabit melalui nas atau ijmak

Hukum asal:

       Sabit melalui al-Quran, al-Sunnah, ijmak

       ‘Illah boleh ditanggap oleh akal

       Boleh diaplikasi pada masalah cabang

       Tidak terkemudian daripada hukum furuc sekiranya hukum furuc tidak ada dalil lain selain qiyas

       Tidak dimansukhkan

 

Furuk @ cabang

       Tidak mempunyai dalil tersendiri – nas @ ijmak

       cIllah yang terdapat pada furuc sama seperti yang terdapat pada asal

       Tidak wujud terlebih dahulu daripada hukum asal

 

cIllah

       Jelas dan terang – boleh dipastikan ‘kewujudannya’ pada asal dan furuk

       ‘Illah merupakan petanda dan pengenal kepada kewujudan hukum

       Tidak menjadi pengenal jika tidak dapat ditanggap oleh pancaindera

       Cth : memabukkan pada pengharaman arak

       Sifat yang mundhabit – tertentu dan terbatas @ tidak berubah dengan perubahan masa dan individu

       Cth : Sifat bunuh yang menghalang pembunuh daripada menerima pusaka, memabukkan pada pengharaman arak

       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk – ‘illah mesti tertentu

 

       Sifat yang munasabah bagi hukum – zann yang kuat terealisasi hikmah daripada pensyariatan hukum

       Bunuh dengan sengaja merupakan sifat yang sesuai dikenakan qisas – merealisasi hikmah menjaga jiwa

       Sifat yang tidak ada munasabah @ tardiyy tidak boleh menjadi ‘illah – warna, kecairan, rasa arak

       Menjangkaui masalah yang lain – tidak terbatas pada asal sahaja

       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk

       Jika terhad kepada asal –> tiada qiyas

       Buih sebagai ‘illah pengharaman arak

       Tidak bertentangan dengan nas dan ijmak

       Pensabitan hukum ialah sama ada melalui nas ataupun ijmak – bukan cillah

       Cth : berpuasa sebagai permulaan kepada kaffarah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang raja pada siang hari Ramadhan

       عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ فَقَالَ وَمَا أَهْلَكَكَ قَالَ وَاقَعْتُ امْرَأَتِي فِي شَهْرِ رَمَضَانَ قَالَ فَأَعْتِقْ رَقَبَةً قَالَ لَيْسَ عِنْدِي قَالَ فَصُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ فَأَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا

 

KEHUJAHAN QIYAS

       Jumhur ulama : Harus pada akal serta wajib beramal dan berhujjah dengannya

       Syicah Imamiyyah, Nazzam dan al-Zahiriyyah : Tidak hujah

 

Hujah jumhur(‘aqliyy):

·       Qiyas bukanlah suatu yang mustahil untuk berlaku dan yang demikian itu harus pada akal, justeru, qiyas harus berlaku

 

·       فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

 

o   Perintah – ictibar  = perpindahan dari sesuatu kepada yang lain.

o   Qiyas = pemindahan hukum dari asal kepada furuc – makna ictibar ialah melintas, melampaui dan berpindah dari sesuatu kepada sesuatu yang lain.

o   Qiyas juga melampaui daripada hukum asal kepada kepada furuc, maka ia turut termasuk dalam perkara yang diperintahkan dan wajib beramal

 

·       كَيْف تَقْضِي قَالَ بِكِتَابِ اللَّه قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهَا وَلَا فِي كِتَاب اللَّه قَالَ أَجْتَهِد فَقَالَ الْحَمْد لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُول رَسُوله لِمَا هُوَ مِنْ رَسُوله

 

o   Rasul (s.a.w) memperaku Mucaz untuk berijtihad pada perkara-perkara yang tidak ada nas – termasuk qiyas. Kebenaran berijtihad bagi mengeluarkan hukum yang diberikan ini  menunjukkan bahawa qiyas adalah seperti al-Quran dan al-Sunnah – wajib beramal dengannya sama seperti wajib beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah

 

       Para Sahabat r.a telah beramal dengan qiyas tanpa bantahan – IJMAK

 

       Had peminum arak – Saidina Ali berkata : siapa yang minum arak maka dia mabuk, siapa yang mabuk maka dia merepek, siapa yang merepek, maka dia berdusta dan melakukan fitnah – qiyas peminum arak kepada had orang yang membuat fitnah

       Pemilihan khalifah – Umar r.a berkata : apakah kamu tidak redha bagi perkara dunia kamu dengan siapa yang diredhai oleh Rasul (s.a.w) pada perkara  agamamu?

 


Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

       Allah SWT melarang daripada mengutamakan sesuatu selain daripada al-Quran dan al-Sunnah

       Menerima al-qiyas bererti membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah

       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)

       Al-Qiyas beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah – diperintah – wajib

       فَاعْتَبِرُوا

       Kisah Muaz bin Jabal

 

Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

 

وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ & وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

       Al-Qiyas = berhujah tanpa ilmu – dilarang

       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

       Oleh itu, berhujah menggunakan al-qiyas adalah batal dan tidak diterima

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

        Al-Qiyas bersandarkan kepada ilmu

       Zann seseorang mujtahid bahawa hukum asal terdapat pada furuk – disepakati wajib untuk diamalkan

       Al-Qiyas bersifat zanniyy = wajib diamalkan

 

PEMBAHAGIAN AL-QIYAS

       Aspek CAKUPAN MAKNA yang menyeluruh antara asal dan furuk

       Qiyas al-Awla

       Qiyas al-Musawi

       Qiyas al-Adna

 

       Aspek KEKUATAN HUJAH

       Qiyas jaliyy

       Qiyas khafiyy

 

Qiyas al-Awla

       cIllah pada furuc LEBIH KUAT dalam menentukan hukum daripada cillah asal

       Qiyas memukul ke atas 'ah' kerana memukul lebih munasabah kepada pengharaman daripada mengatakan 'ah'

 

Qiyas al-Musawi

       cIllah pada furuc MENYAMAI dengan cillah pada asal ketika menentukan hukum 

       Qiyas membakar harta anak yatim ke atas memakan hartanya yang diharamkan oleh Allah SWT dengan cillah memusnahkan harta tersebut

 

Qiyas al-Adna

       cIllah hukum furuc LEBIH LEMAH daripada cillah pada asal dalam menentukan hukum 

       Sabitkan riba pada timun yang diqiyaskan kepada gandum – hukum furuc tidak mempunyai cillah sekuat asal kerana asal iaitu gandum tetap haram sama ada cillahnya adalah makanan atau tidak. Ini disebabkan terdapat kemungkinan-kemungkinan cillah yang lain iaitu makanan asasi atau timbangan

 

 

Qiyas jaliyy

       PENAFIAN KESAN perbezaan di antara asal dan furuc ketika menentukan hukum adalah JELAS dan PASTI

       Qiyas hamba perempuan ke atas hamba lelaki untuk dibebaskan

 

Qiyas khafiyy

       TIDAK DAPAT DIPASTIKAN berlakunya penafian kesan perbezaan di antara hukum asal dengan furuc 

       Qiyas membunuh dengan sesuatu yang berat ke atas sesuatu yang tajam dengan cillah membunuh dengan sengaja bagi mensabitkan qisas

 

 

 

 

Sabtu, 5 Disember 2020

Usul Fiqh : Ijmak

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


IJMAK

Takrif Ijmak

Pada Bahasa:

o Kata terbitan daripada perkataan أجمع يجمع

o Al-’Azm (keazaman) – فَأَجْمِعُواْ أَمْرَكُمْ

o Al-Ittifaq (kesepakatan) – أجمعوا علي كذا

Pada Istilah:

o Persepakatan ahl al-hall wa al-‘aqd daripada umat Muhammad (s.a.w) mengenai sesuatu perkara selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w)

 

KEHUJAHAN IJMAK

       Jumhur  : Hujah

       Nazzam, Khawarij dan Rafidah : Tidak hujah

 

Dalil jumhur:

       وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً

       Mengikut jalan bukan ORANG-ORANG MUKMIN – dimasukkan ke dalam neraka  @ haram mengikuti jalan mereka = wajib ikut

 

       وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً

       وَسَطاً = عدلا- setiap hasil ijmak yang lahir daripada umat yang adil adalah adil

       Wajib mengikut ijmak yang dikeluarkan oleh umat yang adil sama seperti wajib menerima kesaksian individu yang adil

 

       إن أمتي لا تجتمع على ضلالة ، فإذا رأيتم اختلافا فعليكم بالسواد الأعظم

 

       إن الله قد أجار أمتى أن تجتمع على ضلالة

 

       ما رأى المسلمون حسنا فهو عند الله حسن وما رآه المسلمون سيئا فهو عند الله سيىء

 

 

SYARAT-SYARAT IJMAK

       Persepakatan SEMUA mujtahid pada satu-satu masa selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w)

       Adil

       Lebih daripada seorang mujtahid

       Persepakatan secara jelas – perkataan @ perbuatan

       Terdapat dalil/sandaran – nas @ qiyas

 

PEMBAHAGIAN IJMAK

       Ijmak Sarih 

       Ijmak yang jelas sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan

       Ijmak Ghayr Sarih @ Ijmak Sukuti

       Sebahagian mujtahid sahaja menjelaskan pendirian manakala sebahagian yang lain diam tanpa sebarang syubhat seperti takut dll

 

HUKUM IJMAK

       Jika dalalahnya qat’iyy @ ijmak sarih

       Tidak boleh menyalahinya – jika diingkari dengan sengaja, boleh menjadi kufur

       Jika dalalahnya zanniyy @ ijmak sukuti

       Tidak kafir jika menyalahinya

 

 

Usul Fiqh : Mafhum Mukhalafah

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


TAKRIF MAFHUM AL-MUKHALAFAH (PADA BAHASA)

       Makna yang difahami daripada lafaz secara bertentangan @ berlawanan

 

TAKRIF MAFHUM AL-MUKHALAFAH (PADA ISTILAH)

       Makna yang difahami daripada lafaz di tempat yang tidak disebut BERTENTANGAN dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan

       Makna yang TERSIRAT BERTENTANGAN dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT

 

PEMBAHAGIAN MAFHUM AL-MUKHALAFAH

       Mafhum al-Sifah

       Mafhum al-Shart

       Mafhum al-Ghayah

       Mafhum al-‘Adad

       Mafhum al-Laqab

       Mafhum al-Hasr

 

Mafhum al-Sifah

Dalalah lafaz yang diikat dengan SESUATU SIFAT yang menafikan hukum ketika sifat itu tiada

       وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ مِنْكُمْ طَوْلًا أَنْ يَنْكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ

       فَتَيَاتِكُمُ dikaitkan dengan الْمُؤْمِنَاتِmafhum mukhalafah = tidak boleh kahwin hamba yang tidak beriman

 

Mafhum al-Shart

Dalalah lafaz yang hukumnya bergantung kepada SYARAT yang menafikan hukum dengan ternafi syarat

       إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يُنَجِّسْهُ شَىْءٌ

       Air yang terkena najis akan bertukar menjadi mutanajjis sekiranya tidak mencukupi dua kolah

 

Mafhum al-Ghayah

Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan GHAYAH yang mensabitkan hukum yang berlawanan selepas ghayah

       وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

       Pengharaman makan dan minum selepas terbit fajar

 

Mafhum al-‘Adad

Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan BILANGAN yang menafikan hukum selain daripada bilangan tersebut

       الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ

       Tidak harus menyebat lebih atau kurang daripada bilangan 100

 

Mafhum al-Laqab

Mengaitkan hukum dengan ISIM sama ada isim ‘alam atau isim jenis

       علي زيد حج                                       

       Tidak wajib haji ke atas selain daripada Zaid

       في الغنم زكاة         

       Tidak wajib zakat selain daripada binatang ternakan

 

Mafhum al-Hasr حصر

Mensabitkan hukum kepada yang disebut dan menafikan sebaliknya

       إنما الأعمال بالنيات

       Mantuq – penerimaan amalan TERBATAS kepada niat – Mafhum – amalan yang tidak diniatkan kerana Allah tidak diambil kira

 

Usul Fiqh : Mantuq & Mafhum

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


AL-MANTUQ & AL-MAFHUM

 

TAKRIF AL-MANTUQ

       Pada bahasa: Perkara yang dilafazkan

       Pada istilah: MAKNA yang difahami daripada lafaz pada TEMPAT CAKAPAN (tersurat)

       Contoh: وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

       Jual beli = halal

       Riba = haram

 

PEMBAHAGIAN AL-MANTUQ

       Dari aspek terdapat ANDAIAN makna yang lain atau tidak

       Dari aspek KEJELASAN makna


Dari Aspek Terdapat Andaian Makna Lain

       Al-Nass – lafaz itu TIDAK mempunyai andaian makna yang lain – جاء زيد

       Orang tertentu

       Al-Zahir – lafaz itu mempunyai andaian MAKNA LAIN YANG MARJUH/LEMAH – رأيت أسدا

       Makna zahir iaitu singa

       Makna lain (lemah) – seorang yang berani

       Al-Mantuq al-Sarih

       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat yang dicakapkan itu JELAS

       Al-Mantuq Ghayr al-Sarih

       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat yang dicakapkan itu TIDAK JELAS

 

Al-Mantuq al-Sarih

       Dalalat al-Mutabaqah (دلالة المطابقة)

       Dalalat al-Tadammun (دلالة التضمن)

 

دلالة المطابقة

       Dalalah lafaz kepada maknanya secara TEPAT @ SEMPURNA

       إنسان = حيوان ناطق

 

دلالة التضمن

       Dalalah lafaz kepada  SEBAHAGIAN MAKNANYA

       إنسان = حيوان sahaja atau ناطق sahaja

 

Al-Mantuq Ghayr al-Sarih

       Dalalat al-Iltizam (دلالة الالتزام)

       Dalalat al-Iqtida’ (دلالة الاقتضاء)

       Dalalat al-Ima’ (دلالة الإيماء)

       Dalalat al-Isharah (دلالة الإشارة)

 

دلالة الالتزام

       Dalalah lafaz kepada LAZIM MAKNANYA

       إنسان = كاتب atau ضاحك

 

دلالة الاقتضاء

       Kesahihan mantuq terletak kepada  SUATU TAKDIRAN dan ia dikehendaki oleh yang bercakap

       وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ = tanyalah AHLI kampung itu

 

دلالة الإيماء

       Sesuatu lafaz itu terdapat qarinah yang diketahui melalui sifat yang menunjukkan ia adalah ‘illah kepada hukum – lafziyyah atau ma’nawiyyah

       وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا

       Melalui qarinah huruf al-fa’, maka dapat difahami bahawa sifat mencuri itu menjadi ‘illah kepada hukum potong tangan (qarinah lafziyyah)

       لا يقضى القاضى بين اثنين وهو غضبان

       Sifat marah = ‘illah tidak menjatuhkan hukuman (qarinah ma’nawiyyah)

دلالة الإشارة

       Dalalah lafaz kepada makna yang tidak dimaksudkan oleh orang yang bercakap

       وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً

       وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْن

       Gabungan kedua-dua ayat ini – DIFAHAMI SECARA ISYARAT bahawa masa minima mengandung ialah 6 bulan

 

TAKRIF AL-MAFHUM

       Pada bahasa  : Perkara yang dapat diambil daripada lafaz

       Pada istilah  : Makna yang difahami daripada lafaz tidak pada tempat cakapan (tersirat) @ PEMAHAMAN MAKNA DARIPADA LAFAZ SECARA TERSIRAT

 

PEMBAHAGIAN AL-MAFHUM

       Mafhum al-Muwafaqah (مفهوم الموافقة)

       Mafhum al-Mukhalafah (مفهوم المخالفة)

 

مفهوم الموافقة

       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat diam SAMA dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan

       Makna yang TERSIRAT SAMA dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT

 

مفهوم المخالفة

       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat diam BERTENTANGAN dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan

       Makna yang TERSIRAT BERLAWANAN dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT

 

PEMBAHAGIAN MAFHUM AL-MUWAFAQAH

       Mafhum al-Awla (مفهوم الأولى)

       Mafhum al-Musawi (مفهوم المساوى)


مفهوم الأولى

       Hukum ‘perbuatan mukallaf’ pada tempat yang tersirat LEBIH UTAMA daripada hukum pada tempat yang tersurat

       فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ

       mantuq – larangan mengatakan ‘ah’ – secara mafhum – larangan memukul adalah lebih utama

مفهوم المساوى

       Hukum ‘perbuatan mukallaf’ pada tempat yang tersirat SAMA dengan tempat yang tersurat

       إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

       Mantuq – haram memakan harta anak yatim – mafhum – haram membakar kerana terdapat persamaan iaitu membinasakan

 

 

 

 

 

 

 

 


Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...