Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad
Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak
Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil
faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.
AL-MANTUQ & AL-MAFHUM
TAKRIF AL-MANTUQ
• Pada bahasa: Perkara
yang dilafazkan
• Pada istilah: MAKNA
yang difahami daripada lafaz pada TEMPAT CAKAPAN (tersurat)
• Contoh: وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
• Jual beli =
halal
• Riba = haram
PEMBAHAGIAN AL-MANTUQ
• Dari aspek terdapat ANDAIAN
makna yang lain atau tidak
• Dari aspek KEJELASAN
makna
Dari Aspek Terdapat Andaian Makna
Lain
• Al-Nass – lafaz itu TIDAK mempunyai andaian makna
yang lain – جاء
زيد
• Orang tertentu
• Al-Zahir – lafaz itu mempunyai andaian MAKNA LAIN
YANG MARJUH/LEMAH – رأيت أسدا
• Makna zahir iaitu
singa
• Makna lain (lemah) –
seorang yang berani
• Al-Mantuq al-Sarih
• Makna yang difahami
daripada lafaz pada tempat yang dicakapkan itu JELAS
• Al-Mantuq Ghayr
al-Sarih
• Makna yang difahami
daripada lafaz pada tempat yang dicakapkan itu TIDAK JELAS
Al-Mantuq
al-Sarih
• Dalalat
al-Mutabaqah (دلالة المطابقة)
• Dalalat
al-Tadammun (دلالة التضمن)
دلالة المطابقة
• Dalalah lafaz kepada maknanya secara TEPAT @
SEMPURNA
• إنسان = حيوان ناطق
دلالة التضمن
• Dalalah lafaz kepada SEBAHAGIAN MAKNANYA
• إنسان = حيوان sahaja atau ناطق
sahaja
Al-Mantuq
Ghayr al-Sarih
• Dalalat al-Iltizam
(دلالة الالتزام)
• Dalalat al-Iqtida’ (دلالة الاقتضاء)
• Dalalat al-Ima’ (دلالة الإيماء)
• Dalalat al-Isharah (دلالة الإشارة)
دلالة الالتزام
• Dalalah lafaz kepada LAZIM MAKNANYA
•
إنسان = كاتب atau ضاحك
دلالة الاقتضاء
• Kesahihan mantuq
terletak kepada SUATU TAKDIRAN dan ia
dikehendaki oleh yang bercakap
• وَاسْأَلِ
الْقَرْيَةَ = tanyalah AHLI kampung itu
دلالة الإيماء
• Sesuatu lafaz itu
terdapat qarinah yang diketahui melalui sifat yang menunjukkan ia adalah
‘illah kepada hukum – lafziyyah atau ma’nawiyyah
• وَالسَّارِقُ
وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا
• Melalui qarinah
huruf al-fa’, maka dapat difahami bahawa sifat mencuri itu menjadi ‘illah
kepada hukum potong tangan (qarinah lafziyyah)
• لا
يقضى القاضى بين اثنين وهو غضبان
• Sifat marah = ‘illah
tidak menjatuhkan hukuman (qarinah ma’nawiyyah)
دلالة الإشارة
• Dalalah lafaz kepada makna yang tidak dimaksudkan oleh
orang yang bercakap
• وَوَصَّيْنَا
الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ
كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً
• وَفِصَالُهُ
فِي عَامَيْن
• Gabungan kedua-dua
ayat ini – DIFAHAMI SECARA ISYARAT bahawa masa minima mengandung ialah 6 bulan
TAKRIF AL-MAFHUM
• Pada bahasa : Perkara yang dapat diambil daripada lafaz
• Pada istilah : Makna yang difahami daripada lafaz tidak pada tempat cakapan (tersirat) @ PEMAHAMAN
MAKNA DARIPADA LAFAZ SECARA TERSIRAT
PEMBAHAGIAN AL-MAFHUM
• Mafhum al-Muwafaqah (مفهوم الموافقة)
• Mafhum
al-Mukhalafah (مفهوم المخالفة)
مفهوم الموافقة
• Makna yang difahami
daripada lafaz pada tempat diam SAMA dengan makna yang difahami daripada lafaz
pada tempat cakapan
• Makna yang TERSIRAT
SAMA dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT
مفهوم المخالفة
• Makna yang difahami
daripada lafaz pada tempat diam BERTENTANGAN dengan makna yang difahami
daripada lafaz pada tempat cakapan
• Makna yang TERSIRAT
BERLAWANAN dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT
PEMBAHAGIAN MAFHUM
AL-MUWAFAQAH
• Mafhum al-Awla (مفهوم الأولى)
• Mafhum al-Musawi (مفهوم المساوى)
مفهوم الأولى
• Hukum ‘perbuatan
mukallaf’ pada tempat yang tersirat LEBIH UTAMA daripada hukum pada tempat yang
tersurat
• فَلَا
تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ
• mantuq – larangan mengatakan ‘ah’ – secara mafhum
– larangan memukul adalah lebih utama
مفهوم المساوى
• Hukum ‘perbuatan
mukallaf’ pada tempat yang tersirat SAMA dengan tempat yang tersurat
• إِنَّ
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
• Mantuq – haram memakan harta anak yatim – mafhum
– haram membakar kerana terdapat persamaan iaitu membinasakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.