Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad
Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak
Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil
faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.
TAKRIF
DAN KEPENTINGAN AKHLAK
AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ILMU BARAT
v Akhlak dalam
ilmu barat dikenali sebagai etika dan moral
v Daripada sudut
bahasa, etika dan moral merujuk kepada tabiat, adat kebiasaan, susila, niat,
sikap, pandangan hidup, maruah, agama dan disposisi rohaniah seseorang.
v Daripada sudut
istilah: etika dan moral merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang
tingkah laku manusia termasuk tentang
nilai yang berkaitan dengan perlakuan manusia, kriteria kebaikan dan keburukan,
serta tentang peranan dimensi rohaniah terhadap sesuatu perbuatan.
AKHLAK
DALAM ISLAM
q Akhlak adalah
istilah yang diperkenal dan diterima pakai oleh orang-orang islam bersumberkan
al-quran
q (68:4)
q ( 26:137)
q Rasulullah
s.a.w merupakan model dan contoh ikutan akhlak terbaik kepada orang-orang
islam.
q Rasulullah
sendiri merealisasikan prinsip-prinsip akhlak al-quran dalam realiti kehidupan
baginda.
DEFINISI
AKHLAK
q Istilah akhlaq
berasal daripada bahasa arab dan merupakan jamak kepada perkataan khuluq,
pecahan daripada kata khalq. Mengikut kamus al-Muhit, akhlak berasal
daripada kalimah al-khuluq yang membawa empat pengertian: perangai,
tabiat, maruah, agama
q Menurut Ibn Athir
(al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar), khuluq atau akhlaq
itu ialah bentuk (kejadian) manusia dari sudutnya yang batin, sementara khalq
pula ialah bentuk (kejadian) manusia daripada sudutnya yang lahir. Pendapat Ibn Athir itu jelas menghubungkan
akhlak itu dengan bentuk kejadian manusia iaitu paduan antara bentuk kejadian
yang lahir (jasmani) dan bentuk kejadian yang batin (rohani).
q Secara umumnya,
ia merujuk kepada sifat semulajadi, tabiat, adat, kebiasaan, maruah dan gaya
hidup seseorang atau sekumpulan individu.
AKHLAK
MENURUT IBN MISKAWAYH
- Situasi kejiwaan yang mendorong
seseorang insan melakukan sesuatu perbuatan
- Ia dilakukan dengan senang, tanpa
berfikir dan perencanaan rapi
- Ia bersifat tabii
- Melalui disiplin diri dan
latihan
AKHLAK
MENURUT AL-GHAZALI
• Suatu disposisi
jiwa yang mantap dan ia menjadi punca kepada semua perbuatan yang dilakukan
oleh seseorang manusia dengan mudah,
tanpa melibatkan daya pemikiran
• Bukan ilmu
• Bukan kekuasaan
(kudrat)
• Bukan perbuatan
• Suatu
disposisi jiwa yang mantap
• Wujudnya
kestabilan
• Direalisasikan
dengan senang, mudah dan spontan
Akhlak adalah
dimensi rohaniah ( hal, disposisi dalam jiwa) – punca kepada perbuatan pendorong manusia untuk melakukan sesuatu
perbuatan
Akhlak – bahagian dalaman, penyebab kepada
perbuatan
Perbuatan – bahagian luaran, memanifestasikan situasi jiwa
Akhlak juga bukan jiwa
Jiwa dijadikan oleh Allah secara tabii,
manakala akhlak merupakan suatu
disposisi yang terbentuk dan bertempat di dalam jiwa tersebut.
Akhlak
dapat berubah dan responsif
UKURAN
PERBUATAN
• Bagaimana
dapat mengetahui sesuatu perbuatan itu
baik atau buruk?
• Melalui pertimbangan:
•
Syariat
•
Akal
AKHLAK
ADALAH DISPOSISI JIWA
AKHLAK DAPAT DIASUH
• Akhlak manusia
dapat diasuh menjadi baik dan mulia kerana:
ü Disposisi jiwa
tidak bersifat jumud, beku, statik
ü Responsif
terhadap pendidikan, latihan, disiplin
ü Kewujudan
syariat, kenabian, sekolah, universiti
• Tahap
pencapaian / penerimaan seseorang itu
adalah berbeza
KEPENTINGAN
AKHLAK DALAM ISLAM
Menurut Ibn Miskawayh dan al-Tusi; ilmu akhlak menduduki tempat yang paling mulia antara ilmu-ilmu yang ada:
• kerana ia membimbing manusia
• mencapai kesempurnaan kejadiannya
• memperolehi kebahagiaan yang hakiki di akhirat.
Akhlak menduduki tempat yang sangat penting dan dominan dalam Islam.
o Ia memaksi dimensi roh kepada agama Islam itu sendiri
o Setiap aspek seperti ilmu, iman, badat, ekonomi,politik dan sosial disahkan oleh akhlak
Akhlak sebagai
kriteria yang dapat mengesahkan darjat orang yang berilmu dan bertakwa
- orang yang beriman tidak akan benar-benar beriman kecuali disokong oleh akhlak yang baik
Akhlak menjadi
fundamental kepada syariat dan semua tingkah laku manusia.
- semua perbuatan dilihat dalam konteks sama ada mematuhi atau sebaliknya melanggar undang-undang Allah
Akhlak boleh menjadi
kriteria penentu status manusia sama ada menjadi lebih mulia atau lebih buruk
Akhlak memainkan
peranan yang sangat penting dan dominan dalam menjana pembentukan sahsiah diri
manusia dan juga masyarakat dan negara
Kesimpulan
• Akhlak merujuk kepada suatu hal atau
disposisi yang terjana dalam jiwa (nafs/soul) setiap insan.
• Akhlak
yang baik dapat direalisasikan melalui keharmonian antara kekuatan
rasional, marah dan syahwat.
• Akhlak boleh mengalami perubahan sama ada
kearah baik ataupun buruk kerana ia bersifat responsif terhadap pendidikan, nasihat, latihan, agama,
undang-undang dan disiplimn.
• Kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat dapat dicapai dengan jayanya sekiranya seseorang itu berakhlak dengan
akhlak yang baik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.