Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 6 Disember 2020

Usul Fiqh : Qiyas

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.

AL-QIYAS

 

TAKRIF QIYAS

Pada bahasa

•       Persamaan:  (i) hissiyyah – qiyas sesuatu ke atas sesuatu = menyamakan dengannya (ii) macnawiyyah – seseorang itu diqiyaskan ke atas seseorang = menyamakannya pada semangat dan kemuliaan

•       Taqdir : Mengetahui kadar sesuatu perkara dengan perkara yang lain – sukat baju dengan meter

•       Kedua-duanya sekali: Aku mengqiyaskan perbuatan dengan perbuatan = aku kadarkannya dan samakannya

 

Pada istilah

•       Persamaan hukum furuk dengan asal kerana terdapat persamaan pada cillah

 

RUKUN QIYAS

•       Asal = tempat bergantungnya hukum yang sabit dengan nas atau ijmac

•       Furuc = ‘tempat’ tiada padanya nas atau ijmac

•       cIllah = sifat yang dibina hukum asal ke atasnya

•       Hukum asal = hukum syarak yang terdapat pada asal dan ingin dipindahkan ke furuc

 

Contoh

•       Dadah memabukkan = arak. Apabila arak diharamkan, maka hukum dadah juga adalah haram

•       Arak @ asal

•       Dadah @ furu’

•       Memabukkan @ cillah

•       Haram @ hukum asal

 

SYARAT-SYARAT QIYAS

•       Asal

•       Hukum asal

•       Furuk @ cabang

•       cIllah

 

Asal : Bukan furuk/cabang @ sabit melalui nas atau ijmak

Hukum asal:

•       Sabit melalui al-Quran, al-Sunnah, ijmak

•       ‘Illah boleh ditanggap oleh akal

•       Boleh diaplikasi pada masalah cabang

•       Tidak terkemudian daripada hukum furuc sekiranya hukum furuc tidak ada dalil lain selain qiyas

•       Tidak dimansukhkan

 

Furuk @ cabang

•       Tidak mempunyai dalil tersendiri – nas @ ijmak

•       cIllah yang terdapat pada furuc sama seperti yang terdapat pada asal

•       Tidak wujud terlebih dahulu daripada hukum asal

 

cIllah

•       Jelas dan terang – boleh dipastikan ‘kewujudannya’ pada asal dan furuk

•       ‘Illah merupakan petanda dan pengenal kepada kewujudan hukum

•       Tidak menjadi pengenal jika tidak dapat ditanggap oleh pancaindera

•       Cth : memabukkan pada pengharaman arak

•       Sifat yang mundhabit – tertentu dan terbatas @ tidak berubah dengan perubahan masa dan individu

•       Cth : Sifat bunuh yang menghalang pembunuh daripada menerima pusaka, memabukkan pada pengharaman arak

•       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk – ‘illah mesti tertentu

 

•       Sifat yang munasabah bagi hukum – zann yang kuat terealisasi hikmah daripada pensyariatan hukum

•       Bunuh dengan sengaja merupakan sifat yang sesuai dikenakan qisas – merealisasi hikmah menjaga jiwa

•       Sifat yang tidak ada munasabah @ tardiyy tidak boleh menjadi ‘illah – warna, kecairan, rasa arak

•       Menjangkaui masalah yang lain – tidak terbatas pada asal sahaja

•       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk

•       Jika terhad kepada asal –> tiada qiyas

•       Buih sebagai ‘illah pengharaman arak

•       Tidak bertentangan dengan nas dan ijmak

•       Pensabitan hukum ialah sama ada melalui nas ataupun ijmak – bukan cillah

•       Cth : berpuasa sebagai permulaan kepada kaffarah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang raja pada siang hari Ramadhan

•       عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ فَقَالَ وَمَا أَهْلَكَكَ قَالَ وَاقَعْتُ امْرَأَتِي فِي شَهْرِ رَمَضَانَ قَالَ فَأَعْتِقْ رَقَبَةً قَالَ لَيْسَ عِنْدِي قَالَ فَصُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ فَأَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا

 

KEHUJAHAN QIYAS

•       Jumhur ulama : Harus pada akal serta wajib beramal dan berhujjah dengannya

•       Syicah Imamiyyah, Nazzam dan al-Zahiriyyah : Tidak hujah

 

Hujah jumhur(‘aqliyy):

·       Qiyas bukanlah suatu yang mustahil untuk berlaku dan yang demikian itu harus pada akal, justeru, qiyas harus berlaku

 

·       فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

 

o   Perintah – ictibar  = perpindahan dari sesuatu kepada yang lain.

o   Qiyas = pemindahan hukum dari asal kepada furuc – makna ictibar ialah melintas, melampaui dan berpindah dari sesuatu kepada sesuatu yang lain.

o   Qiyas juga melampaui daripada hukum asal kepada kepada furuc, maka ia turut termasuk dalam perkara yang diperintahkan dan wajib beramal

 

·       كَيْف تَقْضِي قَالَ بِكِتَابِ اللَّه قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهَا وَلَا فِي كِتَاب اللَّه قَالَ أَجْتَهِد فَقَالَ الْحَمْد لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُول رَسُوله لِمَا هُوَ مِنْ رَسُوله

 

o   Rasul (s.a.w) memperaku Mucaz untuk berijtihad pada perkara-perkara yang tidak ada nas – termasuk qiyas. Kebenaran berijtihad bagi mengeluarkan hukum yang diberikan ini  menunjukkan bahawa qiyas adalah seperti al-Quran dan al-Sunnah – wajib beramal dengannya sama seperti wajib beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah

 

•       Para Sahabat r.a telah beramal dengan qiyas tanpa bantahan – IJMAK

 

•       Had peminum arak – Saidina Ali berkata : siapa yang minum arak maka dia mabuk, siapa yang mabuk maka dia merepek, siapa yang merepek, maka dia berdusta dan melakukan fitnah – qiyas peminum arak kepada had orang yang membuat fitnah

•       Pemilihan khalifah – Umar r.a berkata : apakah kamu tidak redha bagi perkara dunia kamu dengan siapa yang diredhai oleh Rasul (s.a.w) pada perkara  agamamu?

 


Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

•       Allah SWT melarang daripada mengutamakan sesuatu selain daripada al-Quran dan al-Sunnah

•       Menerima al-qiyas bererti membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah

•       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)

•       Al-Qiyas beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah – diperintah – wajib

•       فَاعْتَبِرُوا

•       Kisah Muaz bin Jabal

 

Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

 

وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ & وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

•       Al-Qiyas = berhujah tanpa ilmu – dilarang

•       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

•       Oleh itu, berhujah menggunakan al-qiyas adalah batal dan tidak diterima

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

•        Al-Qiyas bersandarkan kepada ilmu

•       Zann seseorang mujtahid bahawa hukum asal terdapat pada furuk – disepakati wajib untuk diamalkan

•       Al-Qiyas bersifat zanniyy = wajib diamalkan

 

PEMBAHAGIAN AL-QIYAS

•       Aspek CAKUPAN MAKNA yang menyeluruh antara asal dan furuk

•       Qiyas al-Awla

•       Qiyas al-Musawi

•       Qiyas al-Adna

 

•       Aspek KEKUATAN HUJAH

•       Qiyas jaliyy

•       Qiyas khafiyy

 

Qiyas al-Awla

•       cIllah pada furuc LEBIH KUAT dalam menentukan hukum daripada cillah asal

•       Qiyas memukul ke atas 'ah' kerana memukul lebih munasabah kepada pengharaman daripada mengatakan 'ah'

 

Qiyas al-Musawi

•       cIllah pada furuc MENYAMAI dengan cillah pada asal ketika menentukan hukum 

•       Qiyas membakar harta anak yatim ke atas memakan hartanya yang diharamkan oleh Allah SWT dengan cillah memusnahkan harta tersebut

 

Qiyas al-Adna

•       cIllah hukum furuc LEBIH LEMAH daripada cillah pada asal dalam menentukan hukum 

•       Sabitkan riba pada timun yang diqiyaskan kepada gandum – hukum furuc tidak mempunyai cillah sekuat asal kerana asal iaitu gandum tetap haram sama ada cillahnya adalah makanan atau tidak. Ini disebabkan terdapat kemungkinan-kemungkinan cillah yang lain iaitu makanan asasi atau timbangan

 

 

Qiyas jaliyy

•       PENAFIAN KESAN perbezaan di antara asal dan furuc ketika menentukan hukum adalah JELAS dan PASTI

•       Qiyas hamba perempuan ke atas hamba lelaki untuk dibebaskan

 

Qiyas khafiyy

•       TIDAK DAPAT DIPASTIKAN berlakunya penafian kesan perbezaan di antara hukum asal dengan furuc 

•       Qiyas membunuh dengan sesuatu yang berat ke atas sesuatu yang tajam dengan cillah membunuh dengan sengaja bagi mensabitkan qisas

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...