Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad
Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak
Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil
faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.
SEJARAH
PERKEMBANGAN ILMU AKHLAK
› Kita meneliti akhlak sebagai suatu disiplin ilmu yang penting dan tersendiri
termasuk definisi, skop kajian dan sejarah perkembangan ilmu tersebut.
› Ilmu akhlak
merujuk kepada ilmu yang meneliti tentang teori, teknik dan proses untuk
menjana hal-hal kejiwaan seperti rasional, marah dan syahwat supaya berfungsi
dengan sederhana dan harmoni dalam jiwa seseorang manusia.
Definisi
Ilmu Akhlak
› Ilmu Akhlak
Merujuk Kepada Ilmu Yang Dapat Menempa
Suatu Bakat Atau Disposisi Yang Baik Dalam Jiwa Seseorang.
› Imam Al-Ghazali:
Ilmu Yang Mengkaji Persoalan-persoalan Tentang Bagaimana Manusia Dapat
Membentuk Suatu Keadaan Kejiwaan Yang Dapat Melahirkan Tingkah Laku Yang Baik.
› Al-Shirwani:
Ilmu Mengenai Kebaikan Dan Keburukan
Kejiwaan Serta Cara-cara Untuk Mencapai Kebaikan Dan Menghindarkan Keburukan Tersebut
› Maka, Kajian
Ilmu Akhlak Adalah Kajian Tentang
Dimensi Kejiwaan Yang Merangkumi
Ransangan, Kekuatan dan Hal-hal
Kejiwaan Manusia.
Skop Kajian
Ilmu Akhlak
Fokus
kajian disisplin ilmu akhlak adalah:
› Konsep jiwa dan
disposisi jiwa manusia serta kepelbagaian kekuatan jiwa manusia
› Konsep kebaikan
(al-fada’il) dan keburukan (al-radza’il) serta hubungan konsep tersebut dengan pelbagai kekuatan jiwa manusia
› Pendidikan
akhlak ataupun teori-teori tentang
bagaimana cara untuk menjana suatu disposisi yang baik dalam jiwa
seseorang manusia
› Konsep
kebahagiaan
› Isu kesihatan
mental
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.