Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 13 Oktober 2026

Perbincangan Zakat KWSP

 Sumber: Zakat KWSP | LZNK 


Zakat KWSP

Jenis zakat harta yang seterusnya adalah zakat KWSP.
Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, pengeluaran KWSP boleh dilakukan apabila anda capai umur persaraan minimum yang ditetapkan atau mengikut permohonan penyimpan sepertimana syarat-syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.
Apabila wang KWSP dikeluarkan, anda perlu menunaikan zakat KWSP tanpa menunggu tempoh haul setahun.

CARA PENGIRAAN

Cara Pengiraan Zakat KWSP

Mudah sahaja cara kira zakat KWSP. Berikut cara kira zakat KWSP untuk panduan anda:

Jumlah Wang KWSP Dikeluarkan x 2.5 peratus = Jumlah Zakat

RM50,000 x 2.5 peratus = RM1,250


FATWA MENGENAI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman berhubung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut :

Setelah berbincang Jawatankuasa berpendapat Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala diketahui menurut penyata tahunan cukup nisabnya dan genap haulnya dikeluarkan zakatnya.

Oleh kerana menurut peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seseorang itu tidak boleh mengeluarkan wangnya melainkan bila umur pekerja itu 50 tahun iaitu untuk pengeluaran kadar 1/3 dan kesemuanya bila umur pekerja mencapai 55 tahun.

Maka bolehlah dikeluarkan zakatnya pada masa terima wang simpanannya itu dikira dari tarikh mula wang simpanan itu genap haul berserta dengan cukup nisabnya.

Bil. (86) dlm. Agama (KEDAH) P83/3/1/2/3

Bertarikh 11 Februari 1985


NOTA TAMBAHAN

Akaun Fleksibel bagi KWSP dikategorikan sebagai akaun wang simpanan dan ditaksir seperti zakat wang simpanan serta mengikut syarat-syaratnya.


FAQ

Bagaimanakah ketetapan ke atas Zakat KWSP yang masih terkait dengan skim simpanan konvensional?

Penetapan hukum bahawa tiada pembersihan (تصفية) atau (tasfiyyah) keuntungan pelaburan akaun KWSP bagi mereka yang mempunyai simpanan KWSP sebelum pelaksanaan skim simpanan syariah KWSP.

Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya (pokok + dividen) TANPA perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen yang tidak patuh syariah.

Ini kerana para penyimpan diwajibkan mencarum oleh pihak kerajaan tanpa ada pilihan (ijbari).

Penyimpan tidak wajar dibebankan ke atas sesuatu tindakan kerajaan yang di luar kawalan mereka.

Namun setelah skim patuh Syariah diperkenalkan, seseorang pencarum yang masih mencarum dengan skim konvensional perlulah membuat pengasingan dividen dengan nilai pokok, hasil dividen perlulah diserahkan kepada Baitulmal untuk dimanfaatkan kepada masyarakat umum.


Adakah diwajibkan zakat ke atast KWSP jika pengeluaran itu bertujuan untuk memenuhi keperluan asas hidup?

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga Zakat Negeri Kedah bertarikh 18 April 2021 menetapkan bagi situasi jika pengeluaran KWSP dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejasnya sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan asasi diri dan tanggungan maka zakat tidak diwajibkan untuk pengeluaran tersebut.

Pautan lain:

Zakat Pulau Pinang : Zakat KWSP - Zakat MAINPP

Zakat Terenganu : Zakat KWSP

Zakat Pahang : soalan lazim - Pusat Kutipan Zakat Pahang

Khamis, 8 Oktober 2026

Rangka Asas Doa

Permulaan doa :

Puji Allah

Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ

Mohon ampunan Allah bagi diri, ibu bapa dan seluruh Muslimin Muslimat

Pertengahan doa :

Guna teks skrip doa Yasin, doa hajat

Hajat khusus, dalam bahasa Melayu

Penutup doa :

Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ

Ahad, 4 Oktober 2026

Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris Al-Fasi Al-Fihri : Berbuat Baik kepada Wanita

 Sumber : Pencinta Rasulullah SAW

18 September at 19:34 



Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris Al-Fasi Al-Fihri mengatakan dalam syarah hikam,

Rasulullah bersabda, “Berpesanlah supaya berbuat baik kepada wanita. Sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk, dan bahagian tulang rusuk yang paling bengkok ialah bahagian atasnya. Jika engkau cuba meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Jika engkau membiarkannya, ia tetap bengkok. Maka berpesanlah supaya berbuat baik kepada wanita.”
Dalam Sahih Muslim, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk. Dia tidak akan lurus untukmu atas satu keadaan. Jika engkau menikmati kehidupan bersamanya, engkau menikmatinya sedangkan padanya terdapat kebengkokan. Jika engkau cuba meluruskannya, engkau akan mematahkannya, dan mematahkannya ialah menceraikannya.”
Hadis ini mengajar suami supaya bersabar dan berbuat baik dalam kehidupan bersama isterinya.

Jumaat, 2 Oktober 2026

Doa bagi Pembukaan Majlis COP

 

Doa For Official Opening BACOP Growth Day 2026

 

Alhamdulillahi rabbil a’lamin. Wassolatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiyaa-I walmursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajma’iin.

Selawat
Doa Mohon Ampunan

 

Oh Allah, The Most Merciful and Most Compassionate,

 

We thank You for our good health, peace and harmony, allowing us to be here today for this important meeting.

 

Oh Allah, we ask You for Your blessings, to make the BACOP Growth Day 2026, a successful and memorable event.

 

With the theme “UNEARTH THE FUTURE, Discovering Opportunities, Driving Excellence”, guide us as we journey towards a better and brighter world to come.

 

We seek strength from our Deen, to give us the patience and to open our hearts to adapt to the changing world, and embrace the uncertainties with confidence.

 

We ask you to light our way in seeking out new strategy in doing business and may this event benefit us all in knowledge and wisdom.

Ya Allah, please accept all our good deeds, keep us steadfast on Imaan, grant us a good ending and admit us into Jannatul Firdaus, and the companionship of Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) in the highest levels of the eternal Paradise.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ، وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

 

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَوْلٍ لَا يُسْمَعُ، وَعَمَلٍ لَا يُرْفَعُ، وَقَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَعِلْمٍ لَا يَنْفَعُ

 

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

 

Doa Selamat

 

 






Berkatilah PETRONAS dan segala usaha yang dilaksanakannya, dan rahmatlah di bawah perlindungan-Mu dan sekelian yang bersangkutan dengannya. Berikanlah keselamatan dan kejayaan.

Secara khususnya dalam permohonan kami ini, kami memohon diberikan keselamatan, kelancaran, kejayaan bagi Decommissioning & Abandonment Activities yang dijalankan.

Seterusnya, kami memohon dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kebaikan buat semua warga IVA. 






Jumaat, 25 September 2026

𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐔𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔

Penulisan ini adalah milik penulis seperti yang dinyatakan. 

Saya mengambil, menyiarkan di sini dengan tujuan rujukan ilmu dan dengan harapan dapat disebarluaskan.

Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan kepada penulis. 



𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐔𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔
Imam Abū Zakariyya Muhyiddin Yahya Bin Syaraf Al-Nawawiy (wafat 676 Hijriyyah) رحمه الله berkata di dalam kitabnya, Riyād Al-Sōlihīn (taman orang soleh):
باب التوبة
“Bab Taubat”
قال العلماء: التوبة واجبة من كل ذنب، فإن كانت المعصية بين العبد وبين الله تعالى لا تتعلق بحق آدمي فلها ثلاثة شروط:
أحدها: أن يقلع عن المعصية.
والثاني: أن يندم على فعلها.
والثالث: أن يعزم أن لا يعود إليها أبدا.
فإن فقد أحد الثلاثة لم تصح توبته.
“Ulama’ berkata: Bertaubat daripada setiap dosa itu hukumnya wajib.
Jika maksiat itu di antara seorang hamba dan Allah Ta’ālā, tidak bersangkut paut/berkaitan dengan hak anak Adam/orang lain, maka ada baginya tiga syarat:
Pertama: bahawa hendaklah dia (pelaku maksiat) mencabut yakni berhenti daripada melakukan maksiat tersebut.
Kedua: bahawa hendaklah dia menyesali dengan sebenar-benarnya di atas perbuatan maksiat itu.
Ketiga: bahawa hendaklah dia berazam sepenuh hati tidak akan kembali kepada maksiat itu selama-lamanya.
Jika luput/tidak terpenuhi salah satu daripada tiga syarat ini, maka tidak sah taubatnya [yakni tidak sah taubatnya yang sempurna التوبة التامة namun taubat التوبة الناقصة nya tetap sah].
وإن كانت المعصية تتعلق بآدمي فشروطها أربعة: هذه الثلاثة، وأن يبرأ من حق صاحبها، فإن كانت مالا أو نحوه رده إليه، وإن كانت حد قذف ونحوه مكنه منه أو طلب عفوه، وإن كانت غيبة استحله منها.
Manakala jika maksiat itu bersangkut paut dengan anak Adam/orang lain, maka syarat taubatnya empat perkara:
Pertama, kedua dan ketiga: Tiga syarat sama di atas.
Keempat: bahawa hendaklah dia melepaskan dirinya daripada hak tuannya, jika maksiat itu ialah harta dan seumpamanya maka hendaklah dia mengembalikannya/memulangkannya kembali kepada tuannya. [Jika harta tersebut sudah tiada, maka gantikan dengan sesuatu yang sama sepertinya atau senilainya].
Jika maksiat itu ialah had qazaf (menuduh orang lain berzina tanpa mendatangkan 4 orang saksi yang adil) dan seumpamanya (seperti bunuh) maka hendaklah dia (menyerah diri) membolehkan tuan hak itu mengambil tindakan hudud ke atasnya atau meminta kemaafan daripadanya untuk digugurkan hukuman hudud ke atasnya.
Jika maksiat itu ialah ghibah/mengumpat maka hendaklah dia minta halal daripada tuan badan.
[Al-‘Allāmah Ibn ‘Allān Al-Bakriy رحمه الله menjelaskan cara minta halal ini dengan cara dia (pengumpat) mengkhabarkan kepada fulan apa umpatannya dengan syarat tidak menimbulkan mudarat atau bahaya yang lebih besar kepada dirinya (pengumpat), jika tidak, seperti takut fulan itu akan (memukulnya, memutuskan hubungannya), membunuhnya jika dia memberitahu kepada fulan itu, maka tidak wajib memberitahunya. Satu perkara lagi, kewajipan memberitahu kepada fulan itu dan minta halal daripadanya hanya wajib jika perbuatan mengumpat itu sampai kepada fulan itu, jika tidak sampai kepada pengetahuannya maka memadai istighfar sahaja].
ويجب أن يتوب من جميع الذنوب، فإن تاب من بعضها صحت توبته عند أهل الحق من ذلك الذنب وبقي عليه الباقي.
Wajib seseorang hamba itu bertaubat daripada kesemua dosanya. Jika dia bertaubat daripada sebahagian dosanya sahaja, maka tetap sah taubatnya untuk dosa tersebut sahaja di sisi Ahli Haq, dan kekal berbaki kewajipan taubat daripada dosanya yang lain pula”.
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔
Imam Abdullah Bin Al-Mubarak (w181H) dan Imam Waki’ Bin Al-Jarrah (w197H) رحمها الله تعالى meriwayatkan dengan sanad yang dhaif di dalam kitab Al-Zuhd mereka daripada Ibn Mas’ud رضي الله عنه bahawa ia berkata:
"إني لأحسب الرجل ينسى العلم كان يعلمه للخطيئة يعملها".
“Sesungguhnya aku benar-benar mengira seorang lelaki akan lupa ilmu yang dia tahu kerana maksiat yang dia lalukan”.
Imam Ibn Al-Muqri’ (w381H) meriwayatkan dalam Mu’jamnya daripada Yahya Bin Yahya bahawa beliau berkata:
“وسأل رجلٌ مالكا فقال: هل يصلح لهذا الحفظ شيء؟ فقال: إن كان يصلح له شيء، فترك المعاصي".
“Seorang lelaki bertanya kepada Iman Malik Bin Anas رحمه الله : Adakah terdapat sesuatu yang boleh membantu menguatkan hafazan ini? Lalu Imam Malik menjawab: Jika ada, maka perkara itu ialah meninggalkan maksiat”.
Imam Al-Khatib Al-Baghdadiy (w463H) رحمه الله meriwayatkan di dalam kitabnya الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع daripada Ali Bin Khasyram bahawa beliau berkata:
"سألت وكيعا، قلت: يا أبا سفيان، تعلم شيئا للحفظ؟ قال: أراك وافدا، ثم قال: ترك المعاصي عونٌ على الحفظ".
“Aku bertanya Imam Waki’ Bin Al-Jarrah: Wahai Aba Sufyan, adakah kamu tahu sesuatu untuk membantu hafazan? Waki’ menjawab: Aku rasa kamu wafid (orang yang datang dari negeri luar) lalu beliau berkata: Tinggalkan maksiat itu sangat membantu di atas kuatkan hafazan”.
*Gambar merupakan tulisan al-faqir semasa memondok di Pondok Tuan Guru Baba Hj Ghazali Ahmad Sekam حفظه الله dulu untuk dikongsikan kepada pelajar-pelajar pondok dahulu bertarikh 8 Mac 2017 semasa membantu Baba serba sedikit dalam mengajar dan mentarbiah mereka حفظهم الله وبارك فيهم .
Jika “الإعراب" itu bab kedua selepas "الكلام" di dalam Ilmu Nahu, maka “التوبة” itu merupakan bab kedua selepas "الإخلاص" dalam Ilmu Tasawwuf untuk dipelajari dan diamalkan serta disematkan dalam sanubari pelajar pondok.
خالد بن سبت بن عبد الله بن نسيم الماليزي الأزهري
٩ من ربيعٍ الآخر ١٤٤٨هـ الموافق ٢٢ سبتمبر ٢٠٢٦م
الحي السابع بمدينة نصر بالقاهرة المحروسة.

Sesiapa yang Takabbur, Dia Direndahkan oleh Allah

Penulisan ini adalah milik penulis seperti yang dinyatakan. 

Saya mengambil, menyiarkan di sini dengan tujuan rujukan ilmu dan dengan harapan dapat disebarluaskan.

Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan kepada penulis. 



BARANG SIAPA YANG TAKABUR (SOMBONG) MAKA ALLOH SWT AKAN MERENDAHKANYA

وَقَالَ: اَلْجَيِّدُ: أَرْبَعٌ تَرْفَعُ الْعَبْدَ إِلَى أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَإِنْ قَلَّ عَمَلُهُ وَعِلْمُهُ: اَلْحِلْمُ وَالتَّوَاضُعُ وَالسَّخَاءُ وَحُسْنُ الْخُلُقِ.

(وَمِنْهَا) أَنْ تَتَوَاضَعَ لِإِخْوَانِكَ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: (وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ)

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (مَنْ تَوَاضَعَ لِلَّهِ رَفَعَهُ اللَّهُ، فَهُوَ فِي نَفْسِهِ صَغِيرٌ وَفِي أَعْيُنِ النَّاسِ عَظِيمٌ، وَمَنْ تَكَبَّرَ وَضَعَهُ اللَّهُ، فَهُوَ فِي أَعْيُنِ النَّاسِ صَغِيرٌ وَفِي نَفْسِهِ كَبِيرٌ حَتَّى لَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْكُمْ مِنْ كَلْبٍ أَوْ خِنْزِيرٍ) رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالْبَزَّارُ وَالطَّبْرَانِيُّ.

وَقَالَ الشَّافِعِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: اَلتَّوَاضُعُ مِنْ أَخْلَاقِ الْكِرَامِ وَالتَّكَبُّرُ مِنْ أَخْلَاقِ اللِّئَامِ. وَأَرْفَعُ النَّاسِ قَدْرًا مَنْ لَا يَرَى قَدْرَهُ وَأَكْبَرُهُمْ فَضْلًا مَنْ لَا يَرَى فَضْلَهُ.

وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا حَتَّى لَا يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ وَلَا يَبْغِيَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ وَأَبُو دَاوُدَ وَغَيْرُهُمَا.
Terjemahan:

> *Dan beliau berkata: Perkara yang bagus itu ada empat, yang bisa mengangkat seorang hamba ke derajat yang paling tinggi, walaupun amal dan ilmunya sedikit: 1. Al-Hilm (santun, tidak gampang marah), 2. Tawadhu' (rendah hati), 3. Sakhaw (dermawan), 4. Husnul Khuluq (akhlak yang baik).*

> *Dan diantaranya (wujud tawadhu') adalah kamu harus tawadhu' kepada saudara-saudaramu, karena firman Allah Ta'ala: "Dan rendahkanlah sayapmu (berlemah lembutlah) kepada orang-orang mukmin." QS. Al-Hijr: 88*

> *Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa tawadhu' karena Allah, maka Allah akan mengangkat derajatnya. Maka dia di mata dirinya sendiri itu kecil/hina, tapi di mata manusia dia agung. Dan barangsiapa takabur/sombong, maka Allah akan merendahkannya. Maka dia di mata manusia itu kecil/hina, tapi di dalam dirinya sendiri dia merasa besar. Sampai-sampai dia itu lebih hina menurut kalian dari pada anjing atau babi." HR. Ahmad, Al-Bazzar, Thabrani.*

> *Imam Syafi'i RA berkata: Tawadhu' itu termasuk akhlaknya orang-orang yang mulia, sedangkan takabur itu termasuk akhlaknya orang-orang yang hina/rendah.*

> *Dan manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak merasa punya kedudukan. Dan yang paling besar keutamaannya adalah orang yang tidak merasa punya keutamaan.*

> *Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku: Hendaklah kalian tawadhu' sehingga tidak ada seorang pun yang membanggakan diri atas yang lain, dan tidak ada seorang pun yang berbuat dzalim/aniaya kepada yang lain." HR. Muslim, Abu Dawud dan lainnya.*

Poin ngajinya:

Orang hebat itu bukan yang merasa hebat. Justru yang paling hebat itu yang merasa `aku ini gak punya apa-apa`.

Makanya Imam Syafi'i dawuh: `Wong mulyo iku wong sing ora rumongso mulyo.` Kalau sudah rumongso mulyo, itu alamat jatuh kalang kabut.

Semoga kita digolongkan orang yang selalu menjaga tawadhu', bukan takabur.
Wallohua'lambissawaab.

Rabu, 23 September 2026

Ustaz Azhar Ramli : Berwaspada dengan Gelaran

 Penulisan ini adalah milik penulis seperti yang dinyatakan. 

Saya mengambil, menyiarkan di sini dengan tujuan rujukan ilmu dan dengan harapan dapat disebarluaskan.

Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan kepada penulis.


Azhar Ramli Alzahabie Altijarie

JGN BERMUDAH2 DGN GELARAN
Tukang buat poster tu jgn lebih2 sgt ttg panggilan kpd Ust2 tu, kadang2 ada yg isu asas fardhu ain pun dok pening lagi, tapi gelaran diberi melangit.
Gelaran Tuan guru, Babo, Syeikh, murabbi ni adalah gelaran akademik yg diberikan sempena kemahiran atau kepakaran dlm bidang ilmu yg dikuasainya, bukan berdasarkan kelayakan boleh mengajar semata2.
Jgn bermudah2 dgn gelaran tersebut kerana gelaran hanya utk ahli yg layak shj dan org ahli shj yg blh memberikan gelaran tersebut.
Kata Tg ambo kiyai Osman Bin Ahmad, gelaran kiyai di Indonesia hanya utk org yg tahap ilmunya blh buka Pesentren shj atau gelaran babo di Fathoni gelaran utk mereka yg tahap ilmunya blh buka pondok shj.
"Perkasakan ilmu asas fardhu ain dalam agama

Ustaz Azhar Ramli : Pondok Lubuk Tapah

Penulisan ini adalah milik penulis seperti yang dinyatakan. 

Saya mengambil, menyiarkan di sini dengan tujuan rujukan ilmu dan dengan harapan dapat disebarluaskan.

Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan kepada penulis. 


 Azhar Ramli Alzahabie Altijarie

Pondok Lubok Tapah tempat pertama ambo ulang alik nadah waktu TG Hj Loh dok ado lg. Memang tempatnya berkat.
Alhamdulillah berkat dok dale majlis ilmu bersama Tg walaupun tak fhm apa satu pun waktu ngaji tu, disebabkan baru nok kenal caro ngaji pondok, akhirnya ALLAH temukan pulo dgn Tg Hj Chick al-Qodahi di kedah, samo juga dea ngaji sat shj, tak berapo fhm juga, Tg meninggal Allah temukan pulo dgn Tg Hj Omar murid tua Tg Hj Chick, baru rasa makin cerah ckit dan Tg Hj Omar hampir meninggal, Tg minta sambung pula dgn Ust Ibrahim murid muda Tg Hj Chick al-Qodahi, alhamdulillah semakin cerah.

Maulid Pondok Lubuk Tapah
Alhamdulillah , Maulid yang ceria, meriah dan mengesankan.
Sebelum maghrib ada pembacaan Burdah dan Barzanji
Selepas maghrib diisi dengan ucapan Dr Luqman selaku tuan rumah, exco agama , Menteri Besar dan Shailh Abdul Aziz as- Shahawi. Ucapan Shaikh Abdul Aziz mampu diterjemakan dengan baik oleh Ust Iqbal Osman - "sebuah terjemahan yg berkesan , lebuk kerana banyak lalunya"
Mashaallah , kehadiran Shaikh Abdul Aziz as- Shahawi sebagai tetamu istimewa , MB beserta 3 exco Negeri, TG Abg Hak Gelang Mas, Shaikh Wazir Pondok Kandis, Maulana Husein , Ust Li Pondok Bukit Awang, Ust Murtadha MAIK, Ust Dr Abd Rahman ahli Majlis Ulama, Ust Dr Muhyiddin UM serta tenaga- tenaga pengajar pondok , lepasan Uni al- Azhar, termasuk Ust Syed Redwan BinYahya dan pengemar ulama dari kalangan awam telah memenuhi bahkan melimpah kawasan masjid.
Saya sebut kepada Ust Hamdan , anak TG Hj Lah - sekiranya TG ada - dapat kita bayangkan kegembiraan TG. Serta terbayang kesibukan TG melayan tetamu di masa hayatnya dulu. Selain itu jamuan nasi yang berlauk kerutuk stail Ust "Mat Sabu" yang begitu menyelirakan - Dr Luqman memberitahu saya ianya gulai kegemaran Almarhum TG Hj Lah. Mashaallah
Majlis yanh berkat, diadakan di tempat yang berkat , di bulan yang bermakna , bersama tokoh- tokoh agama bermakna serta pimpinan negeri yang cakna.
Ianya adalah sebuah kenangan yang manis , yang mampu di banggakan di dunia dan inshaallah di Akhirat kelak.
Alhamdulillah, Alhamdulillah

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...