Catatan ini
mengambil faedah dari pengajian syariah Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam UKM
2020.
Rujukan
utama : Dr. Zamzuri Zakaria
Perbincangan
Fiqh Jenayah
Fiqh
Jinayah'
1. Konsep
a. Takrif
b. Rukun / Unsur
c. Falsafah &
Objektif
d. Keistimewaan
2. Pendakwaan dan
Keterangan
3. Kategori
a. Hudud
i.
Konsep
ii.
Jenis Kesalahan
1. Zina
2. Qazaf
3. Sariqah
4. Hirabah
5. Shurb
6. Riddah
7. Bughah
b. Ta’zir
i.
Konsep
ii.
Skop Kesalahan
iii.
Jenis Kesalahan
iv.
Bentuk Hukuman
c. Qisas dan Diyat
Konsep
Jenayah
Takrifan
umum : tindakan salah yang beri mudrat dikenakan hukuman di dunia
Takrifan
khusus : tindakan yang diharam dan ditegah, melibatkan lima perkara asas yang
dijaga, dan diperuntukkan hukuman; hudud, qisas atau ta’zir
Istilah
yang berkaitan
Jinayah:
berkaitan nyawa dan tubuh badan
Jarimah: selain
nyawa dan tubuh badan
Kesalahan
dan maksiat: tindakan langgar perkara agama, adat dan peraturan tertentu serta
tiada peruntukan khusus hukuman.
Kini, istilah jenayah digunakan untuk merujuk kepada semua jenis kesalahan yang ada peruntukan hukuman di dunia.
Kini, istilah jenayah digunakan untuk merujuk kepada semua jenis kesalahan yang ada peruntukan hukuman di dunia.
5 perkara
asas yang menjadi subjek penjagaan daripada kemudaratan:
Agama حفظ الدين
Jiwa Raga حفظ النفس
Akal حفظ العقل
Maruah &
Keturunan والنسب حفظ العِرض
Harta حفظ المال
Rukun /
Unsur Jenayah
1. Ada Peruntukan
a. Nas
b. Peruntukan undang-undang
2. Tindakan Salah
a. Perbuatan
b. Tinggalan
c. Penyebab
3. Niat
a. Al-Idrak dan
Al-Ikhtiyar
Jenis
Jenayah
-
Unsur : Ada Peruntukan
· Nas : disebut
bentuk kesalahan dan kadar hukuman
i.
Jenis Kesalahan :
1. Hudud
2. Qisas
· Peruntukan
undang-undang
i.
Nas sebut bentuk tetapi tidak sebut kadar
hukuman. Seperti muqaddimah zina – ditetapkan
1. Jenis kesalahan
: Ta’zir
ii.
Bentuk dan kadar hukuman dari ketetapan
pemerintah. Seperti kesalahan lalulintas
1. Jenis kesalahan
: Ta’zir
-
Unsur : Tindakan Salah (Actus Reus)
· Perbuatan :
Buat perkara yang dilarang . Seperti zina
· Tinggalan :
Tinggal perkara yang disuruh . Seperti tinggal solat
· Penyebab :
Menjadi penyebab kepada kerosakan . Seperti kecuaian JKR menutup lubang pada projek jalanraya
mengakibatkan kemalangan
-
Unsur : Niat (Mens Rea)
· Al-Idrak : Tahu
salah; pengetahuan yang sepatutnya
· Al-Ikhtiyar :
Dengan sengaja, tidak terpaksa atau dipaksa
Unsur
Jenayah : Contoh Jenayah Curi
a. Ada Peruntukan
Hukuman
· Surah
al-Maidah, ayat 38
b. Tindakan Salah
(Actus Reus)
-
Mengambil harta
-
Milik orang lain
-
Secara sembunyi
c. Niat (Mens Rea)
· Idrak : sedar
bahawa tindakan itu salah
· Ikhtiyar :
dengan kehendak, bukan dipaksa (sengaja)
Falsafah
Hukuman
“Jika
kamu berbuat baik, (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri, dan jika
kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu adalah untuk dirimu sendiri juga ...
...” (Surah al-Isra ’ 17 : 7 )
· Memaksa dan
menakutkan manusia supaya jangan melakukan maksiat (kejahatan) demi
kemaslahatan diri dan masyarakat.
· Bertujuan
memperbaiki masyarakat, melindungi mereka dari kemudaratan, menyelamatkan
mereka dari kesesatan dan kebinasaan dengan menghalang mereka dari maksiat dan
mendorong mereka kepada ketaatan.
Objektif
Hukuman
· Melindungi
masyarakat
· Mencegah
perbuatan jenayah
· Membalas dengan
hukuman yang setimpal
· Memulih
penjenayah
· Mendidik
masyarakat
Matlamat
Hukuman
-
Aman di dunia
-
Aman di akhirat
Keistimewaan
Undang-undang Jenayah (UUJ) Islam
|
Aspek
|
UUJ Islam
|
UUJ Ciptaan
Manusia
|
1
|
Sumber
|
Allah dan Akal
Manusia
|
Akal Manusia
|
2
|
Skop
|
Agama – nafs – akal
– maruah - harta
|
Perkara yang membawa
kemudaratan kepada manusia khususnya secara fizikal pada pandangan akal
|
3
|
Sasaran
|
Menyeluruh - muslim
|
Kepada masyarakat
tertentu, berdasarkan sempadan geografi
|
4
|
Kesan
|
Sosial – ibadah –
akidah
|
Sosial sahaja
|
5
|
Keutuhan
|
Ada unsur tetap dan
anjal
|
Semua anjal
|
6
|
Objektif
|
Pelbagai
|
Lebih kepada
pembalasan
|
7
|
Matlamat
|
Bahagia di dunia dan
di akhirat
-
Mendapat redha Allah
|
Bahagia di dunia
|
Kategori
Jenayah Islam
Kategori
boleh dibuat dari pelbagai aspek yang berbeza. Dalam undang-undang jenayah
Islam, kebiasaannya pembahagian yang kerap dibuat adalah berasaskan berat
atau ringan kesalahan, iaitu merujuk kepada hak siapa yang diceroboh, sama
ada hak Allah atau hak hamba.
Justeru,
kategori jenayah Islam terbahagi kepada:
-
Jenayah hudud
-
Jenayah qisas dan diyat
-
Jenayah ta’zir
Perbandingan
Asas Jenayah Hudud, Qisas, dan Ta’zir
|
Hudud
|
Qisas
|
Ta’zir
|
Takrif
|
Keseksaan yang telah
ditetapkan bentuk
dan
kadar hukumannya
|
Keseksaan yang sama
dengan jenayah
|
Keseksaan bagi
Kesalahan Selain daripada hudud dan qisas
|
Skop
|
Hak Allah yang lebih
dominan
|
Hak hamba/individu
yang lebih dominan
|
Hak
Allah dan hak
Hamba ; terserah kepada
pemerintah untuk
menentukannya
|
Jenis Kesalahan
|
Zina, Qazaf,
Sariqah, Hirabah, Shurb, Bughah, Murtad
|
Bunuh, Kecederaan
|
Selain hudud dan
qisas
Hudud dan qisas
tidak cukup syarat
|
Bentuk dan Kadar
Hukuman
|
Ditetapkan oleh
syarak
|
Ditetapkan oleh
syarak
|
Keluasan kepada
pemerintah
|
Keanjalan
|
Tetap tidak berubah
|
Tetap tidak berubah
|
Anjal
|
Perbandingan
: Takrif
Hudud
|
Qisas
|
Ta’zir
|
Keseksaan yang telah
ditetapkan bentuk dan
kadar hukumannya
oleh syarak bagi
menjaga hak Allah
(hak awam) dan hak
hamba tetapi hak
Allah yang lebih
dominan
|
Keseksaan
atau
hukuman
yang
sama
terhadap
penjenayah
dengan
jenayah
yang
dilakukan
|
Keseksaan atau
hukuman bagi
kesalahan selain
dari hudud,
qisas dan diyat
|
Perbandingan
: Skop Kesalahan
Hudud
|
Qisas
|
Ta’zir
|
Kesalahan yang
melibatkan hak
Allah dan juga hak
hamba dan hak
Allah yang lebih
dominan.
Jumlahnya hanya
beberapa bentuk
kesalahan yang
telah ditetapkan
oleh syarak sahaja
|
Kesalahan
yang
melibatkan
hak
hamba
atau
individu
tetapi
hak
individu yang
lebih
dominan
dan
jumlahnya
hanya beberapa
bentuk
kesalahan
yang
telah
ditetapkan
oleh
syarak
sahaja
|
Kesalahan yang
melibatkan sama ada
hak
Allah atau hak
individu
dan skopnya amat
luas ,
terserah kepada
manusia
atau pemerintah untuk
menentukannya
bergantung kepada
kemaslahatan mereka.
Kesalahan
menjadi jenayah
ta`zir
apabila pemerintah
memperuntukan dengan
hukuman tertentu
bagi
sesuatu tindakan
|
Perbandingan
: Bentuk Kesalahan
Hudud
|
Zina, Qazaf, Sariqah
(Curi), Hirabah, Shurb (Minum Arak), Bughah, Murtad
Majoriti fuqaha
menetapkan hanya tujuh kesalahan tersebut sahaja. Namun ada fuqaha yang tidak
mengkategorikan bughah dan murtad dalam hudud.
|
Qisas
|
Bunuh dan
Mencederakan
|
Ta’zir
|
Selain hudud dan
qisas. Keluasan kepada qadi / pemerintah untuk menentukannya.
|
Perbandingan
: Bentuk dan Kadar Hukuman
Hudud
|
Qisas
|
Ta’zir
|
Ditetapkan oleh syarak.
Setiap satu
kesalahannya telah
ditetapkan oleh
syarak.
Perinciannya pada
bahagian Hudud.
|
Ditetapkan
oleh syarak.
Setiap satu
kesalahannya
telah ditetapkan
oleh
syarak
|
Keluasan kepada qadi
atau pemerintah.
Bentuk-bentuk
hukuman yang
biasa dikenakan
dibincangkan pada
bahagian Ta`zir.
|
Perbandingan
: Keanjalan
Hudud
|
Qisas
|
Ta’zir
|
Tetap tidak
berubah
Tidak ada
kemaafan setelah
dibawa ke
pengadilan
|
Tetap
tidak
berubah
Namun
ada
ruang
kemaafan
oleh
mangsa.
|
Anjal.
Berdasarkan
ketetapan dan
kehendak
pemerintah
|
JENAYAH HUDUD
Takrif :
العقوبات التي عين الشارع نوعها وحدد مقدارها وأوجب على القاضي أن يوقعها دون أن ينقص منها أو يزيد فيها أو يستبدل بها غيرها, ويسمى
هذا النوع من
العقوبات بالعقوبات اللازمة لأن ولي الأمر
ليس له إسقاطها ولا العفو عنها
Keseksaan yang telah DITETAPKAN bentuk dan kadar hukumannya
oleh syarak bagi menjaga hak Allah dan juga hak hamba.
Ditetapkan oleh syarak melalui al-Quran dan as-Sunnah :
Ditetapkan oleh syarak melalui al-Quran dan as-Sunnah :
-
Bentuk kesalahan
-
Bentuk hukuman
-
Kadar hukuman
Ciri-ciri Khusus Hudud
1.
Hak Allah yang lebih
dominan
2.
Hukuman yang diperuntukan
adalah tetap dan tidak berubah. Manusia tidak ada hak untuk mengubah atau
menukarnya.
3.
Tidak ada ruang perdamaian,
kemaafan atau syuf`ah setelah kes dibawa ke pengadilan.
4.
Pelaksanaan hukuman mesti
oleh pemerintah yang berkuasa. Tidak boleh oleh orang perseorangan atau
kelompok tertentu dalam masyarakat.
5.
Hukuman dilaksanakan
serentak bagi kesalahan yang berulang tetapi belum disabitkan.
6.
Kaedah pembuktian terkeluar
dari kaedah umum.
7.
Tiada ganti rugi bagi
kerosakan kebinasaan pada penjenayah akibat pelaksanaan hukuman.
Falsafah Undang-undang Hudud
1.
Perlindungan dan pencegahan
menjadi keutamaan bukan penghukuman.
2.
Peruntukan hukuman lebih
kepada tujuan menimbulkan rasa kegerunan agar tidak melakukan kejahatan.
3.
Pensabitan kesalahan dengan
syarat yang cukup ketat.
a.
Yakin 100% pada pembuktian
b.
Gugurkan had jika ada
sebarang syubhah atau keraguan
i.
Hadis ادرؤوا الحدود
بالشُّبُهات
c.
Sedaya upaya mengelakkan
dari mengenakan hukuman asal
i.
Hadis peristiwa Maiz dan al-Ghamidiyyah
روى ابن ماجه عن أبي هريرة
أن النبيَّ صلّى الله عليه وسلّم قال:
” ادفَعوا الحدود ما وجدْتم لها مدفعًا ”
وروى الترمذي عن
عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
”ادرَؤُوا
الحدود عن المسلمين ما استطعتم، فإن
كان له مَخرج فخلُّوا سبيلَه،
فإن الإمام
إن يُخطئ في العفو خير من أن يُخطئ في
العقوبة“
Kisah Ma’iz bin Malik
& perempuan al-Ghamidiyyah
عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ
بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ :
" جَاءَ مَاعِزُ بنُ مَالِكٍ إِلَى
النَّبِيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ :
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، طَهِّرْنِي،
فَقَالَ : وَيْحَكَ ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ
وَتُبْ إِلَيْهِ،
قَالَ : فَرَجَعَ غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ جَاءَ ،
فَقَالَ :يَا رَسُولَ اللَّهِ،
طَهِّرْنِي،
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَيْحَكَ ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ وَتُبْ إِلَيْهِ،
قَالَ :فَرَجَعَ غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ جَاءَ ،
فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، طَهِّرْنِي،
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ ذَلِكَ حَتَّى إِذَا كَانَتِ الرَّابِعَةُ،
قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ : فِيمَ
أُطَهِّرُكَ؟
فَقَالَ : مِنَ الزِّنَا،
Buraidah R.A berkata:
Ma'iz telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata:
"Ya Rasulullah, sucikanlah aku."
Rasulullah SAW pun
menjawab: "Teruk engkau ini,
pulanglah, dan
bertaubatlah kepada Allah."
Ma'iz pun bergerak
pulang tetapi sekejap sahaja dia datang semula dan berkata: "Ya
Rasulullah, sucikanlah aku",
maka Rasulullah SAW
menjawab: "Teruk engkau ini, pulanglah, pohonlah keampunan Allah, dan
bertaubatlah kepadaNya."
Ma'iz pun bergerak
tetapi sekejap sahaja dia datang semula: "Ya Rasulullah, sucikanlah
aku."
Rasulullah SAW pun
menjawab seperti sebelumnya sehinggalah kali ke ke-4.
Lalu Rasulullah SAW
bertanya: "Untuk hal apa aku perlu sucikan dirimu?"
Ma'iz menjawab: Daripada
dosa zina.
فسَألَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَبِهِ جُنُونٌ؟
فَأُخْبِرَ أَنَّهُ لَيْسَ بِمَجْنُونٍ ،
فَقَالَ : أَشَرِبَ خَمْرًا، فَقَامَ رَجُلٌ
فَاسْتَنْكَهَهُ فَلَمْ يَجِدْ مِنْهُ رِيحَ خَمْرٍ،
قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَزَنَيْتَ؟
فَقَالَ : نَعَمْ،
فَأَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ، فَكَانَ
النَّاسُ فِيهِ فِرْقَتَيْنِ قَائِلٌ،
يَقُولُ : لَقَدْ هَلَكَ لَقَدْ أَحَاطَتْ بِهِ
خَطِيئَتُهُ،
وَقَائِلٌ يَقُولُ : مَا تَوْبَةٌ أَفْضَلَ مِنْ
تَوْبَةِ مَاعِزٍ أَنَّهُ جَاءَ إِلَى النَّبِيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَوَضَعَ يَدَه فِي يَدِهِ، ثُمَّ قَالَ : اقْتُلْنِي بِالْحِجَارَةِ،
قَالَ : فَلَبِثُوا بِذَلِكَ يَوْمَيْنِ أَوْ
ثَلَاثَةً،
Lalu Rasulullah SAW bertanya orang
lain:
"Adakah dia tidak siuman?"
"Adakah dia tidak siuman?"
Sahabat itu menjawab bahawa Ma'iz
siuman.
Rasulullah SAW bertanya lagi:
"Adakah dia telah minum arak?",
lalu seorang lelaki bangun dan
menghidu bau mulut Ma'iz dan mendapati tiadanya bau arak.
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada
Ma'iz : “Adakah engkau telah berzina?"
Ma'iz pun menjawab: "Ya ".
Lalu Rasulullah SAW menyuruh agar dia
direjam.
Ketika itu para sahabat menjadi dua kelompok.
Seorang sahabat berkata:
"Habislah dia, dosa-dosanya telah menyelubungi dirinya".
Sahabat yang lain pula berkata: "Tidak
ada taubat yang lebih afdal daripada taubat Ma'iz . Dia datang kepada Nabi SAW,
lalu meletakkan tangannya di atas tangan Baginda SAW. Kemudian berkata: Bunuhlah
aku dengan rejaman batu.
Kemudian hal itu ditangguhkan sehingga
2 @ 3 hari.
ثُمَّ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُمْ جُلُوسٌ فَسَلَّمَ ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ
:
اسْتَغْفِرُوا لِمَاعِزِ بْنِ مَالِكٍ ،
قَالَ : فَقَالُوا: غَفَرَ اللَّهُ لِمَاعِزِ
بْنِ مَالِكٍ،
قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ تَابَ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ أُمَّةٍ
لَوَسِعَتْهُمْ،
Kemudian Rasulullah SAW datang kepada
para sahabat ketika mereka sedang duduk-duduk.
Rasulullah SAW memberikan salam kepada
mereka kemudian lalu berkata:
"Mohonlah keampunan
untuk Ma'iz bin Malik".
Lalu para sahabat pun
menyebut:
"Semoga Allah mengampuni Ma'iz bin Malik."
"Semoga Allah mengampuni Ma'iz bin Malik."
Lalu Rasulullah SAW
menyebut:
"Sesungguhnya dia
telah bertaubat, yang mana jika taubat itu dibahagi bahagikan
kepada seluruh umat, ia cukup untuk mereka semua."
Kisah
Perempuan al-Ghamidiyyah
قَالَ : ثُمَّ جَاءَتْهُ
امْرَأَةٌ مِنْ غَامِدٍ مِنَ الْأَزْدِ ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ
طَهِّرْنِي،
فَقَالَ : وَيْحَكِ ارْجِعِي فَاسْتَغْفِرِي
اللَّهَ وَتُوبِي إِلَيْهِ،
فَقَالَتْ : أَرَاكَ تُرِيدُ أَنْ تُرَدِّدَنِي
كَمَا رَدَّدْتَ مَاعِزَ بْنَ مَالِكٍ ،
قَالَ : وَمَا ذَاكِ؟
قَالَتْ : إِ نَّهَا حُبْلَى مِنَ الزّنَا،
فَقَالَ : آنْتِ،
قَالَتْ : نَعَمْ،
فَقَالَ لَهَا: حَتَّى تَضَعِي مَا فِي
بَطْنِكِ،
قَالَ : فَكَفَلَهَا رَجُلٌ مِنْ الْأ نصَارِ
حَتَّى وَضَعَتْ،
قَالَ فَأتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
فَقَالَ : قَدْ وَضَعَتِ الْغَامِدِيَّةُ ،
فَقَالَ : إِذًا لَا نَرْجُمُهَا وَنَدَعُ
وَلَدَهَا صَغِيرًا لَيْسَ لَهُ مَنْ يُرْضِعُهُ،
فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَقَالَ :
إِلَيَّ رَضَاعُهُ يَا نَبِيَّ اللَّهَ،
قَالَ : فَرَجَمَهَا"
صحيح مسلم - كِتَاب
الْحُدُودِ - بَاب مَنِ اعْتَرَفَ عَلَى نَفْسِهِ الزِّنَا
Kemudian datang pula seorang perempuan
Bani Ghamidiyyah dari kawasan Al-Azad,
perempuan itu berkata:
"Ya Rasulullah, sucikanlah
aku".
Lalu baginda SAW menjawab:
"Teruk betul engkau ini, pulanglah,
pohonlah keampunan Allah dan bertaubatlah kepada-Nya".
Perempuan itu menjawab:
"Aku melihat engkau cuba menolak
permintaan aku sebagaimana engkau menolak permintaan Ma'iz bin Malik".
Rasulullah SAW pun bertanya:
"Apa yang telah terjadi?".
Perempuan itu menjawab bahawa dia
telah berzina.
Rasulullah SAW bertanya lagi:
"Engkau (telah berzina)?".
Perempuan itu menjawab:
"Ya".
Lalu Rasulullah SAW pun berkata:
"(Pulanglah engkau) sehingga
engkau melahirkan kandungan engkau ini.
Lalu seorang lelaki Ansar pun menjaga
perempuan itu sehingga dia melahirkan anak. Lalu lelaki itu pun datang berjumpa
nabi SAW dan berkata:
"Perempuan al-Ghamidiyyah itu
telah melahirkan anak".
Lalu Rasulullah SAW berkata:
"Kita tidak akan merejamnya
sehingga menyebabkan anaknya terbiar tanpa ada orang menyusukannya".
Lalu seorang lelaki Ansar bangun dan
berkata:
"Biarkan aku yang menguruskan hal
susuan anak ini wahai nabi Allah".
Lalu para sahabat pun merejamnya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Hudud, Bab
Sesiapa yang Mengaku telah Berzina]
Proses
ketat dalam menjatuhkan hukuman had - sedaya upaya elak dikenakan hukuman -
peruntukan dan pelaksanaan hukuman tetap ada
1.
Minta disucikan
2.
Diarah pulang dan bertaubat tanpa bertanya
apa kesalahan
3.
Mengulangi minta disucikan – diarah
pulang dan bertaubat beberapa kali; empat kali)
·
Keadaan pengulangan sehingga 4 kali
inilah yg diambil oleh sebahagian fuqaha keperluan pengulangan ikrar sebanyak 4
kali dalam pembuktian secara pengakuan
4.
Baru bertanya apa kesalahan
5.
Mengaku berzina
6.
Minta sahabat pastikan, bahawa dia
bukan gila dan bukan mabuk
·
Proses memastikan pengaku sedar dan
faham tentang pengakuannya
7.
Baru dijatuhkan hukuman had (terima
hukuman dan suci dari dosa)
·
Kesan hukuman ke atas : dosa, pahala
dan iman
Jenis
Jenayah Hudud
1.
Zina
2.
Qazaf
3.
Minum arak
4.
Curi
5.
Hirabah
6.
Bughah
7.
Murtad
HAD ZINA
Takrif dan
Rukun
وطء المرأةِ من القُبُلِ شرط تغييب الحَشَفة دون شبهة استحلالٍ كالزَّواجِ المبيح للاستمتاع
Persetubuhan haram yang
sengaja
antara lelaki dan perempuan pada qubulnya
tanpa
sebarang syubhah.
Peruntukan
Hukuman
·
Al-Quran Surah al-Nur, 24: 2
·
Hadis
Niat
Sengaja
·
Al-Idrak
-
Terkeluar bagi yang tidak sampai pengetahuan
·
Al-Ikhtiyar
-
Terkeluar bagi yang terpaksa
Persetubuhan
·
Persetubuhan lelaki dengan perempuan
(disepakati oleh fuqaha)
-
Persetubuhan selainnya, seperti
persetubuhan lelaki dengan lelaki, persetubuhan manusia dengan binatang :
menjadi khilaf dalam kalangan fuqaha
·
Persetubuhan melalui qubul (disepakati
oleh fuqaha)
-
Persetubuhan melalui jalan selainnya
adalah khilaf dalam kalangan fuqaha
·
Persetubuhan yang berlaku dukhul
-
Minimum hasyafah atau kadarnya
Pensyariatan
Jenayah Zina
Firman Allah dalam al-Quran surah
al-Nur, 24 ayat kedua
Maksudnya:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya 100 kali
sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya
dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan
hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada
mereka itu oleh sekumpulan dari orang orang yang beriman.
Dalil dari ayat yang telah dimansukhkan
bacaannya tetapi tidak hukumnya:
الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فارْجُمُوهُمَا
الْبَتَّةَ نَكَالاً مِنْ اللَّهِ
Maksudnya:
Lelaki tua dan perempuan tua apabila
kedua-duanya berzina maka rejamlah mereka sebagai pembalasan daripada
Allah.
Pensyariatan jenayah melalui dalil
hadis:
خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ
جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ والثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ
وَالرَّجْمُ
Maksudnya:
Ambillah daripadaku ,sesungguhnya
Allah telah menentukan bagi mereka jalan, dara dengan teruna (apabila berzina) seratus
kali sebatan dan buang daerah selama setahun . Manakala yang sudah berkahwin dengan
mereka yang sudah berkahwin (apabila berzina) sebatlah seratus kali dan
kemudian rejamlah.
Cara
Pembuktian
1. Iqrar (pengakuan)
-
Pengakuan daripada penzina sendiri
bahawa dia melakukan zina
-
Menurut mazhab Syafi’ie, pengakuan
dilakukan sekali.
-
Sebahagian fuqaha pula menyatakan
pengakuan dilakukan sebanyak 4 kali
-
Penzina yang mengaku itu memahami
hakikat zina, mampu melakukan zina
2. Syahadah (penyaksian)
-
Melalui keterangan atau kenyataan
saksi yang menyaksikan perkara tersebut
-
Saksi adalah 4 orang lelaki yang adil:
i.
Ahliyyah
ii.
Islam
iii.
Faham hakikat zina
iv.
Tidak pelupa
v.
Boleh melihat
3. Qarinah (tanda-tanda yang kuat)
-
Tanda-tanda yang boleh menjadi
petunjuk berlakunya perbuatan zina seperti mengandung tanpa kahwin, DNA
-
Kaedah ini ditolak oleh jumhur ulama,
hanya sebilangan kecil sahaja fuqaha menerima kaedah ini seperti ulama mazhab
Maliki. Ulama mazhab Syafi’i tidak terima.
Proses
Pendakwaan di Mahkamah
1. Pertuduhan dibaca oleh Pendakwa (PP) di hadapan hakim di mahkamah.
2. Jika OKT (orang kena tuduh) mengaku (iqrar), jenayah disabitkan.
3. Jika OKT tidak mengaku, PP perlu mengemukakan bukti (البينة على المدَّعِي) ;
·
Syahadah (saksi), atau
·
Qarinah, atau
·
Yamin (sumpah) jika tiada saksi (ada
khilaf ‘ulama dalam penerimaannya)
4. Jika berjaya dibuktikan semua it uke tahap yakin, 100%, tiada
syubhah dan tidak berjaya dipatahkan oleh OKT/peguam OKT, jenayah disabitkan
dan dikenakan hukuman.
)لو يعطى الناس بدعواهم،
لادعى رجالٌ أموال قومٍ ودماءهم، لكن البينة على المدَّعِي، واليمين على من أنكر(
حديث حسنٌ، رواه البيهقي وغيره
“Andainya semua orang boleh diberikan hukuman semata-mata kerana
adanya dakwaan, pastilah semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dan
darah orang lain, tetapi sebaliknya setiap dakwaan mestilah mendatangkan
keterangan dan yang engkar mestilah bersumpah.”
Hukuman Jenayah Zina
Hukuman adalah berdasarkan status pesalah.
إذا زنى المحصن رُجم حتى يموت، وإذا زنى الحر غير المحصن جلد مئة جلدة وغرّب عامًا
·
Ghair muhsan
-
Orang yang belum bernikah
-
100 kali sebatan dan dibuang daerah (taghrib) selama setahun
-
Bagi hukuman buang daerah, jumhur ‘ulama menyatakan hal tersebut
adalah sebahagian daripada hukuman had. Bagi ulama Hanafiyyah pula, hukuman
buang daerah ialah ta’zir.
·
Muhsan
-
Orang yang pernah bernikah dengan ‘aqad dan melalui wat’i
-
Hukuman adalah direjam dengan batu sampai mati.
-
Hukuman adalah sabit menerusi ayat al-Qur’an yang telah dimansukhkan
bacaan, tetapi hukumnya kekal.
-
Maksud muhsan di sini adalah mereka yang sudah berkahwin dan telah
merasai persetubuhan dari perkahwinan
Cara Pelaksanaan Hukuman Jenayah Zina
Muhsan
·
Dilaksanakan secara terbuka
·
Hukuman dilaksanakan tanpa melihat kepada keadaan cuaca dan diri atau
kesihatan penjenayah
Ghair Muhsan
·
Sebahagian fuqaha berpendapat hukuman perlu dilaksanakan secara
terbuka
·
Tertakluk kepada keadaan cuaca dan kesihatan penjenayah
·
Sebatan dilakukan secara sederhana iaitu dalam keadaan menyakitkan
tetapi tidak memudaratkan
HAD QAZAF
Takrif
Bahasa : Lontaran. Sama ada secara
hissi (sepert lontar batu) atau maknawi (seperti lontar fitnah)
Istilah : Melempar tuduhan zina atau
penafian nasab terhadap seseorang yang baik (muhsan)
الرمي بالزنا، بأن يقول: يا زاني، أو غير
ذلك من الألفاظ التي يفهم منها رميه غيره بالزنا.
Hukum
Qazaf
Haram dan berdosa besar
Pensyariatan Hukum Qazaf
Dalil dari al-Quran, Surah al-Nur, 24 : ayat ke-4
Maksudnya:
Dan orang orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Dan orang orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Hadis Riwayat al-Bukhariy, Muslim dan Abu Dawud
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ
قَالَ الشِرْكُ بِاللَّهِ وَالسِحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ
إِلاَّ بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّولِّي يَوْمَ
الزَّحْفِ وقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاتِ
Rukun Qazaf
1. Peruntukan
·
Surah al-Nur, 24 : ayat keempat
2. Tindakan
·
Tuduhan zina atau penafian nasab
terhadap seseorang tanpa bukti iaitu empat orang saksi lelaki
·
Qazif (penuduh):
-
mukallaf
-
bukan usul (ibu ayah dan ke atas)
kepada mazquf
-
tidak dipaksa
·
Maqzuf (orang yang kena tuduh)
-
muhsan : baligh, berakal, muslim,
iffah (suci daripada perbuatan zina sebelumnya)
-
maklum orangnya
-
mampu bersetubuh
3. Niat
·
Idrak
·
Ikhtiyar
Cara
Pembuktian
1. Iqrar (pengakuan)
·
Iaitu pengakuan penuduh (qazif). Boleh
sabit dengan sekali pengakuan sahaja.
2. Shahadah (penyaksian)
·
Keterangan saksi, iaitu dua orang
saksi lelaki yang adil
3. Sumpah
·
Sama ada sumpah dari qazif (yamin)
atau mazquf (yamin mardudah).
·
Keengganan bersumpah (nukul) setelah
dituntut oleh pihak lawan apabila tidak ada bukti lain lagi boleh mensabitkan
atau menggugurkan had qazaf.
-
Mazhab Syafi’e menerima cara ini
-
Mazhab Imam Malik dan Imam Ahmad tidak
menerima cara ini
Proses
Pendakwaan dan Pensabitan Qazaf
1. Pertuduhan qazaf dibuat. (Hanya mazquf dan pihak yang terkesan
langsung dengan tuduhan zina iaitu ibu atau anak yang boleh bawa kes) Jika qazif
tidak mengaku melakukan qazaf, atau tidak berjaya membawa empat orang saksi
lelaki
2. Maqzuf / pendakwa perlu mengemukakan dua orang saksi lelaki yang
adil yang mendengar / menyaksikan qazif melakukan tuduhan
3. Jika mazquf tiada saksi, menurut sebahagian fuqaha, mazquf boleh minta
qazif bersumpah (yamin). Jika qazif enggan (nukul), mazquf boleh melakukan
yamin mardudah (sumpah yang dikembalikan).
4. Jenayah disabitkan, dikenakan hukuman sebatan sebanyak 80 kali.
Hukuman
Qazaf
80 kali sebatan dan tidak diterima
kesaksiannya selagi mereka belum bertaubat.
الجلد ثمانين جلدة ومنع قبول شهادته
Cara sebatan hukuman qazaf perlu difahami
mengikut kaedah Islam.
Keadaan
yang Menggugurkan Had Qazaf
-
Saksi bagi pihak maqzuf menarik balik
kesaksian mereka terhadap qazif
-
Maqzuf mengaku melakukan zina
-
Maqzuf menolak keterangan saksinya
sendiri
-
Kelayakan saksi terbatal sebelum pembalasan
terhadap qazif dilaksanakan