"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Ahad, 15 Mac 2020
Pengajian Aqidah Sifat 20
Pengajian Aqidah Sifat 20
Disiplin ilmu tauhid Ahlus Sunnah Wal Jama’ah secara khususnya terdiri daripada pendekatan Asha’irah dan Maturidiyah yang merupakan pegangan majoriti ‘ulama dan umat Islam zaman-berzaman.
Secara khusus di Malaysia, antara kitab yang dibincangkan, diajarkan adalah kitab ‘Aqidatun Najin karya Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani. Kitab ini juga menjadi kitab rujukan sukatan bagi peperiksaan pengetahuan agama Islam bagi tauliah mengajar agama Islam di Kedah, dalam bidang tauhid.
Jika ingin memanfaatkan pengajian secara bertalaqqi, antara sesi yang pernah diadakan adalah bersama Dr Muhammad Yusry bin Mazlan, Imam Besar, Masjid Negeri Sembilan.
Rakaman kuliah kitab ‘Aqidatun Najin yang tersedia dalam Youtube:
1. Pengajian Kitab Aqidatun Najin bersama Baba Ghazali Sekam (Baba Li) pada 26 September 2016 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. https://www.youtube.com/watch?v=okGIncjboSg
2. Pengajian Kitab Aqidatun Najin bersama Baba Ghazali Sekam (Baba Li) pada sesi pagi & petang 2 Februari 2016 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. https://www.youtube.com/watch?v=NDUoZUCeLdw
3. Pengajian Kitab Aqidatun Najin bersama Dr Muhammad Yusry bin Mazlan, pembukaan pada Khamis 16 Nov 2017 https://www.youtube.com/watch?v=Kkp45I1f3Hc
Manakala dalam penyusunan buku dan grafik kontemporari, boleh merujuk kepada penulisan Ust Muhadir bin Haji Joll : Sifat 20 Suatu Pengenalan Asas, Ringkasan Sifat 20
Seperti yang disebutkan oleh Baba Li, ‘ulama dan tuan-tuan guru alam Melayu kita belajar mengaji menadah kitab tauhid dalam masa yang panjang, boleh mencecah 10 tahun, untuk benar-benar menekuni, memahami dan menguasai perbahasannya. Maka, menjadi panduan kepada kita untuk bersungguh-sungguh menjalaninya.
Untuk rujukan kita juga, para tuan guru, asatizah alam Melayu yang boleh dirujuk bagi faedah ilmu tauhid juga (tidak terhad kepada ini sahaja) :
1. Baba Ismail Sepanjang https://www.youtube.com/watch?v=UjYmUA9SP1g
2. Baba Wan ismail Al Fathoni https://www.youtube.com/watch?v=BvjD43R6T0o&list=PLSTVKGgulpEu0Mudc6nBofAr3kWakjgVa
3. Tuan Guru Ahmad Ridouddin Abdul Wahab (Pulau Pinang) https://www.youtube.com/watch?v=S8m37DfiT5s
4. Ustaz Dr. Ayman al-Akiti, pensyarah usuluddin, UIAM https://www.youtube.com/watch?v=VWnJ6ndUYXA&list=PLASzB4whd21uVglVjmKjVb-ynIai0cFNt
5. Ustaz Dr. Abdull Rahman Mahmood, pensyarah usuluddin, UKM https://www.youtube.com/watch?v=YqObR80imdc
Mudah-mudahan Allah memberikan keampunan kepada kita, merahmati, membimbing, meredhai dan menyelamatkan kita semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.