Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 23 Mac 2014

Kami Akan Mendirikan Masjid

Assalamualaikum sahabat-rakan pembaca,

In syaa Allah, saya dan bakal isteri akan mendirikan masjid kerana Allah, menghidupkan sunnah Baginda Rasulillah sollaAllahu alaihi wa aalihi wa sohbihi wa sallam dalam pernikahan.

Kelak, kami akan kongsikan maklumatnya.

Mohon anda semua sudi mendoakan kebaikan kami.

Alhamdulillah, saya banyak mengambil manfaat dan mengamalkan catatan saya sebelum ini berkenaan pernikahan dalam Islam.

Rabu, 12 Mac 2014

Utamakan Perhatian kepada Perkara Utama

Healthy heart beat


Sekadar hiasan

Apa-apa jua kewajipan dan tugasan utama kita, maka hendaklah kita berikan tumpuan dan perhatian terbaik.

Seumpamanya tanggung jawab anak kepada ayah dan ibunya.

Maka, perhatian utama hendaklah diberikan. Contoh: jika si ibu cuba berhubung melalui panggilan telefon atau SMS, maka dengan segera yang mungkin dan mampu, hendaklah diberikan balasan dan respon tanpa membiarkan dalam tempoh yang lama, sehingga si ibu itu tertanya-tanya, tertunggu-tunggu, dan sebagainya.

Banyak lagi dalam konteks lain, seperti perhatian murid kepada guru, perhatian suami kepada isteri, perhatian isteri kepada suami.

Terbaikkah Cara Kita Berkomunikasi?

Artificial sakura witk flowers

Gambar sekadar hiasan


Alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman menyertai industri serta pengalaman hidup disertai proses berfikir banyak membantu dan mematangkan saya dalam lebih memahami apakah yang cuba dicapai dalam kesopanan dan akhlak mulia.

Tidak kira apa jua tahap kedudukan kita, akhlak menjadi bukti dan manifestasi kepada dalaman kita. Akhlak menzahirkan siapakah kita dengan lebih jelas. Maka amat indah mereka yang terzahir keindahan mereka melalui perilaku yang sopan, menenangkan.

Kadang-kadang sekecil-kecil perkara yang kita nampak dan fikir mudah sebenarnya perlu dilaksanakan dengan terbaik. Seumpamanya:

Bertegur sapa
Respon dan reaksi kepada pertanyaan orang lain
Menegur
Menyatakan pandangan
Menolak permintaan
dan lain-lain lagi...

Secara common sensenya kita sendiri boleh berfikir apakah perasaan orang lain apabila kita bersikap kurang sopan dan berhati-hati terhadap mereka. Apa perasaan yang kita alami apabila kita berada di tempat mereka.

Susunan ayat, pemilihan kata, nada, reaksi muka, dan seumpamanya semua berkait rapat antara satu sama lain dalam menerbitkan zahir kebaikan akhlak. Kita tidak boleh menyembunyikannya dan berpura-pura kerana akhirnya kebusukan sikap yang buruk berpunca daripada hati yang tidak dibersihkan. Takut kan?

Seumpamanya dalam menegur, jika salah cara, silap pendekatan, silap mengatur keutamaan, silap menjangka kesan, salah pemilihan kata dan nada, maka dikhuatiri mudarat yang lebih buruk dan besar akan berlaku.

Ada kalanya, berilah ruang untuk bersangka baik dan mencari takwilan yang sihat selagi mana belum jelas berlaku pelanggaran peraturan syariat yang jelas dan besar.

Kadang-kadang perkara kecil yang belum jelas zahir melanggar aturan agama, maka jangan kita terburu-buru untuk lantang menegur dan menghukum.

Kita bimbang, kesan buruknya akan terjejas hubungan baik dan mesra sesama manusia, rosak, sakit dan terputus.

Tidak semua keadaan boleh dihadapi dengan secara mudah ringkas me'negur' tanpa mengambil kira pelbagai aspek yang lain. Pastinya, usaha menyampaikan kebenaran, membetulkan kesilapan adalah suatu seni. Kerana kita adalah manusia dan juga berinteraksi dengan manusia yang masing-masing Allah ciptakan perasaaan.

Pendekatan sopan, berhikmah, positif, tidak langsung: kita yakin adalah lebih sihat dalam membawa kebaikan.

Lebih dukacita kita rasai sekiranya orang yang menegur itu berasa diri lebih baik, lebih berpengetahuan agama, lebih ketat berpegang kepada agama dan mengamalnya, mudah memandang serong dan hina kepada orang lain yang difikirkannya jahil, lalai, berdosa. Maka tindakan menegurnya itu dikhuatiri berada dalam posisi takabbur. Hilang keberkatan dan hasil daripada tindakan.

Kita amat menyetujui bahawa akhlak mulia adalah disepakati oleh seluruh manusia, dan mereka semuanya menyenangi akhlak yang mulia dan sopan.

Kita Syok Sendiri?


Wooden fence in sea water at sunset

Gambar sekadar hiasan

Kadang-kadang kita terlalu beria-ia gembira buat sesuatu kebaikan. Tapi tanpa kita sedar, kita hanya 'syok sendiri'. Sedangkan kurang atau tiada pun orang yang menerima/menyahut apa yang kita beria-ia buat itu,

Kadang-kadang apabila tersedar, rasa penat, rasa bersalah, lebur keyakinan, menyesal, dan lain-lain lagi seumpamanya boleh bertandang dan mengeruhkan perasaan.

Maka, apa yang wajar kita buat?

Bersederhanalah dalam tindakan.

Utamakan kesungguhan untuk melakukan kebaikan demi mencari redha Allah. Jika itu fokus terbesar dan terutama kita, maka pasti, segala usaha kita sudah SELAMAT diterima dan disimpan pahalanya oleh Allah.

Kita tidak 'syok sendiri' jika niatkan segala usaha demi cinta Allah. Kerana Allah Maha Membalas cinta hamba-Nya. Dia tak menghampakan harapan dan kesungguhan hamba-Nya.

Juga, kebaikan yang dilaksanakan hanya kerana Allah pasti akan mengalir dan tertempias kepada makhluk.

Benar, mencari keredhaan manusia itu adalah sesuatu yang sangat sukar atau mustahil untuk dicapai. Maka, alihkan pencarian kita kepada pencarian sebenarnya.

Terlalu Sedikit Hamba Allah Yang Benar-benar Bersyukur


Sailboat on bay at sunset

Gambar sekadar hiasan


Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah Tuhan Yang Maha Baik. Tuhan Yang Maha Memberi. Tuhan Yang Maha Membalas Ketaatan Hamba-hamba-Nya. Tuhan Yang Tidak Kedekut.

Sungguhpun demikian, masih terlalu sedikit hamba-hamba-Nya yang benar-benar bersyukur (asy-syakuur).

Lihatlah, renungkanlah.

Apa lah sangat jika nak dibandingkan kepada kita? Sedangkan Allah yang pastinya Maha Baik sendiri terlalu sedikit hamba-Nya yang bersyukur.

Fahamilah realiti hidup ini. Begitulah keadaanya. Maka kita akan semakin faham dan menerima betapa dan mengapa banyak manusia yang ada berhubung kait dengan kita yang jarang/kurang/langsung tidak menghargai dan berterima kasih kepada kita.

Kita pun sama wajar menginsafi, sejauh manakah kita menghargai kebaikan orang lain kepada kita. Jika kita mengharapkan kebaikan diberikan kepada kita, maka kita sendiri perlu memberi kebaikan kepada.

Mafhum hadits: Tidak bersyukur kepada Allah mereka yang tidak berterima kasih kepada manusia.

Treat others the way we want to be treated.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...