"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Khamis, 16 Jun 2011
Bagaimana Nak Tahu Siapa Jodoh Kita?
Entri ini adalah sekadar perbincangan, bukan artikel yang menerangkan. Saya mengajak anda para sahabat pembaca untuk turut beri pandangan.
Boleh juga baca artikel ini berkaitan ikhtiar cari jodoh melalui orang tengah: http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2012/03/ikhtiar-mencari-jodoh-melalui-orang.html
Ya, saya sebelum ini dan sehingga sekarang pun masih tertanya-tanya: siapakah jodoh kita, siapakah insan itu? Bagaimana nak tahu siapakah dia?
Bagi saya, biarpun saya sendiri masih tidak terlibat dalam urusan nak mendirikan rumah tangga, biarpun saya sendiri masih tidak tahu siapakah jodoh saya, saya berpendapat bahawa usaha mencari pasangan hidup yang beramal dengan agama ialah satu keperluan. Nak berumah tangga bukan sekadar sebulan dua, tetapi sepanjang hayat. Oleh sebab itu, hal ini wajar diambil berat dan diberikan fokus sepatutnya bagi mereka yang mahu mendirikannya.
Anda ada pendapat? Kalau ada, mohon dikongsikan di sini.
Sehingga kini, apa yang saya sudah terbaca dan terdengar:
1) Untuk dapat pasangan yang baik, diri sendiri perlu jadi baik.
2) Mengambil cadangan pasangan hidup daripada orang yang baik. Antaranya daripada orang-orang yang soleh kerana mereka yang punyai hati yang bersih dan dekat pada ingatan akan Allah, dikurniakan ilham dan firasat yang lebih hampir.
3) Menggunakan khidmat Unit Baitul Muslim.
4) Antara tanda orang tersebut ialah jodoh kita ialah adanya keserasian, tidak terlalu berbeza.
Apa-apa pun, perbincangan ini pun adalah sebahagian daripada ibadah. Membentuk keluarga dan generasi umat Islam yang soleh-solehah ialah sebahagian daripada sunnah Nabi kita s.a.w. yang mulia. Sama-sama kita berusaha untuk membaiki diri dan berdoa kepada Allah agar dimudahkan urusan kehambaan kita, dan dikurniakan pimpinan-Nya.
(Sila klik dan lihat ulasan/komentar di bawah untuk membaca lanjutan perbincangan dan perkongsian)
....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ni macam salah satu usaha nak cari jodoh ja ni. [mode kelakar]
BalasPadamPandangan ana, perasaan segan dan malu pd stiap adam dan hawa mmg sgt bgus sbg benteng terjebak dgn perkara maksiat. Tapi x nafikan stp org ada naluri utk berpasangan. Oleh itu, masakan kita tahu bilakah jodoh itu akn tiba kalau diri membatu, tidak berjalan a.k.a menggerakkn qudrat utk mencari.
Jodoh jgk 1 rezki dr Allah bkn? ibaratnya sorg yg berkelulusan tggi, tp x cari kerja yg baik walhal dia layak utk m'dptknnya.
Spt itu jgklah sorg yg 'alim lg berilmu, gunakan luasnya ilmu utk mencari jodoh spt yg digariskn oleh Islam.
Soal cari jodoh, pekerjaan, belajar dan sebagainya semua itu tidak lari dpd usaha seorang yg diberi qudrat.
Wallahu'alam.
Ni macam salah satu usaha nak cari jodoh ja ni. [mode kelakar] <-- Alhamdulillah, cepat faham yang tersirat yer?
BalasPadamYa, ana bersetuju. Fitrah yang mulia ini Allah kurniakan, bahkan dijadikan perhiasan kepada muslim muslimah. Cumanya, fitrah ini perlu disalurkan dalam cara yang mulia.
Aiwa. Maksudnya, kita kena berusaha la kan? Tak boleh dok diam jer. Pastu harap jodoh datang bergolek. Mungkin ada analogi mudah pernah dengar, ada orang yang lapar. Dia terus kata dia lapar. Kemudian, dia jangka makanan datang kepada dia. Dia sendiri tiada ikhtiar nak cari makanan itu.
Ok. Alhamdulillah ada perkongsian daripada sahabat-sahabat. Bukan apa, ana pernah terbaca juga kisah perkahwinan seorang ustaz lepasan DQ ni. Katanya, selepas keluar, dia terlihat akaun Fb isterinya ketika itu, dan tidak lama kemudian menyatakan hajat untuk berkahwin. Alhamdulillah, mudah sungguh urusan mereka! Tidak lama selepas itu, mereka pun dirikan rumah tangga.
Mungkin ada persepsi berbeza bila disebut soal ini.
Bagi ana secara peribadi, umur semakin bertambah. Pernah dikhabarkan, ada orang yang berkahwin tika usia dah lanjut sedikit, dia beri nasihat supaya ikhtiar urusan mencari jodoh ini kena bermula awal. Nanti disibukkan dengan kerjaya, terlepas pandang, dan terlewat pula urusan ini.
Wallah a'lam. Mudah-mudahan ada manfaat dan keberkahan perbincangan ini.
Sahabat pembaca lain, jika ada ulasan/komen, sila turunkan di sini. Apa salahnya cambahkan pemikiran? Jazakumullah khair
Tambahan: ustaz lepasan DQ itu berkahwin dengan ustazah lepasan DQ, yang mana semasa mereka di DQ rasanya tidak begitu mengenali. Ala kulli hal, sekadar nak tahu kisah cinta ustaaz-ustazah ni.
BalasPadamTambahan daripada al-faqir ila Allah ini,
BalasPadamKepada sahabat-sahabat pembaca blog ini,
Cuba bayangkan betapa mulianya suami-isteri yang sudah ada persiapan ilmu, iman dan amal. Masing-masing begitu komited dalam perkongsian pintar menuju syurga Allah. Si suami menunaikan hak isteri atasnya, dan sebaliknya. Masing-masing sudah begitu jelas dan yakin dengan destinasi yang sebenar, yakni akhirat. Mereka sudah tidak disibukkan dengan kesenangan dunia. Apa yang baik di dunia digunakan untuk kebaikan akhirat. Anak-anak pula dididik sejak awal lagi, dengan didikan Islam, berteraskan 'aqidah ASWJ yang murni, dididik dengan kejernihan hati, akhlak yang mulia. Bahkan, mereka sentiasa memujuk anak-anak untuk meneruskan usaha mendalami bidang kefahaman agama, menjadi penerus perjuangan Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam.
Ustaz Al-Faqir ila Allah rasanya dah sesuai kalau nak mulakan misi mencari jodoh ni. tambah2 dah nak habis ye? (mf klau silap)
BalasPadamSatu perkongsian ttg pendapat ust zamri zainuldin (tv9) kpd sahabat ana.
B'kahwin di usia muda (belajar) ni dpt tenteramkan jiwa tmbh2 bg golongan huffaz. Tak perlu risau takut melakukan zina hati dan sbgnya sbb dh ada suri hati tambah2 selaku hamalatul quran bkn sng nk bermujahadah m'jaga hafalan. Selain dpd tu memberi smgt utk lbh commit pd pelajaran dn aktiviti/program sbb jiwa tenang.
Apa-apa pn pd ana, kematangan tu pntg dlm membuat keputusan utk b'kahwin di usia muda. Sukanya ana kaitkan sebuah perkahwinan dgn pengendalian sebuah organisasi kepimpinan.
Kalau kata dlm kepimpinan pn kita x mampu hadapi cbrn dan manage emosi/tindakan dgn baik, wajar kita pertimbangkn.
Sbb kematangan inilah yg akan membantu kita utk memandu bahtera di tgh lautan kemelut alam rmh tgga.
Wallahu'alam.
Perbincangan yg menarik. Teringat kata-kata seorang sahabat: "Jodoh itu bukan proses mencari, tapi menjadi."
BalasPadamPendapat ana, memang, kita usaha menjadi, tapi perlu juga mencari. Cuma, kita sendiri lebih mengenali kemampuan diri bukan? Pada tahap mana terletaknya keutamaan untuk memulakan 'proses mencari' tersebut. Senang cerita, ana berbicara soal masa. Hakikatnya kita tak pernah tahu bila, siapa, dan keadaan yg bagaimana yg terbaik. Maka dengan sebab itu, kita sandarkan segalanya kembali pada Dia yg Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita berusaha menjadi, dan moga-moga Dia tunjukkan siapa yg terbaik, pada masa dan ketika yg terbaik. Seterusnya moga dipermudahkan yg lain-lain. Dengan usaha dan doa, segalanya mungkin, asalkan yakin. :)
Wallahu'alam.
Ukht Ustazah Afnan:
BalasPadamAllah, Allah. Dalam lingkungan 6 bulan saja ni lagi. Harap-harap lulus graduasi. Menantikan cabaran alam pasca kerjaya.
Fenomenan kahwin semasa belajar tampak semakin biasa. Namun, terpulang kepada pemilik diri, menilai sejauh mana keperluan,kemampuan yang ada.
Ana setuju, bagi para pembawa al-Quran, 'extra care' kena ada. Bagi suami, kalau isteri seorang pembawa keseluruhan al-Quran, kalau tiada inisiatif untuk istiqamah menjaga hafalan, tidak mustahil, lama-kelamaan putus ikatan unta tersebut. Begitulah sebaliknya. Mudah-mudahan tugasan mulia menjaga keseluruhan al-Quran itu terpelihara sehingga akhir hayat.
Pernikahan juga antara lainnya adalah untuk menundukkan, menjaga pandangan suami-isteri. Adillah bagi mereka. Si suami bermujahadah menundukkan pandangan tidak melihat apa-apa yang tidak bermanfaat. Si isteri pula tidak menjadi tatapan umum. Pakaiannya seumpama niqob, jubah dan yang lain-lain menjadi benteng kepada pandangan luar yang tidak sepatutnya.
Soal kematangan, itu antara sebab mengapa darjat orang berkahwin lebih tinggi daripada orang bujang. Cabaran bagi orang berkahwin lebih besar, mereka memikirkan perkara bukan untuk diri semata-mata. Aiwa, ana sokong, memang perlukan kepimpinan. Allahu Allah. Didoakan dan diusahakan kepimpinan itu adalah yang mengharapkan redha Allah akhirnya. Banyak masalah dapat diatasi dengan lebih tenang andai kesementeraan dunia bukan punca terutamanya.
Ukht Ustazah Izzati:
Menarik! Proses menjadi. Ana perasan, banyak juga terbaca dalam Majalah Solusi. Ada ditulis isu seumpama ini.
Betul, menjadi saja, tak cukup. Kena mencari. Mencari pula kena ada kesesuaian masa, kemampuan diri.
Dengan i'tiqod ASWJ, kita berada pada pertengahan daripada dua ekstrem: 1) terlalu dan hanya bergantung kepada qudrat sendiri (Qodariyah) 2) terlalu dan hanya bergantung kepada kekuasaan Allah (Jabariyah).
Kita diberi qudrat untuk berusaha. Berusaha itu pula hendaklah betul, tepat caranya. Ikhtiar dan doa itu seiring. Dan doa kita pula, bukan bermakna Allah itu baru saja tahu permintaan kita setelah kita berdoa. Allah sudah tahu apa yang kita perlukan, minta itu. Seperti kata Syaikh Ahmad Fahmi hafizhohullah, doa itu adalah sebagai memenuhi prosedur untuk diluluskan permohonan oleh Allah.
...
Mudah-mudahan, perbincangan ini beroleh manfaat besar. Bincang-bincang juga, realiti perlu dihadapi.
Al-faqir ila Allah ini cukup setuju apabila terdengar dua lafaz mulia apabila diri nak dibawa menghadapi pelbagai ujian hidup ini:
1) Laa haula wa la quwwata ila billah (yang merupakan salah satu daripada khaazanah kekayaan syurga)
2) Wa maa taufiqi illa billah
Jazakumullah khair kepada semua yang sudi membaca dan berkongsi ilmu. Jika ada lagi, apa salahnya diturunkan.
*Alam pasca belajar, bukan alam pasca kerjaya
BalasPadamSelamatlah ustaz.
BalasPadam6 bln lagi, x lama dah tu.
'Mencarikan' + 'Menjadikan' = Jgn lupa jemput.
Syukran ats perkongsian ilmu.
Semoga Allah pelihara kita semua.
Amin.
Allahumma amiin.
BalasPadam6 bulan untuk graduate jer pun. Bukan terus kahwin. Pokok pun tak bergoyang lagi, bayang pun tak da.
Jazakumullah khair juga atas curahan ilmu.
"antara tanda seseorang itu adalah jodoh entum..entum berasa gembira jika terlihatnya"-ust muhadir
BalasPadamustaz Muhadir kata,hati kita akan berasa tenang,damai dan gembira apabila tengok dia, kalau dia jodoh memang jodoh kita..
Perkahwinan
"Perkahwinan itu adalah cinta yang disulami dengan tanggungjawab.Bukan cinta sia-sia yang hanya berteraskan keseronokan semata mata seperti yang berleluasa pada hari ini.On the other hand, a marriage is not an easy matter to deal with. Lots and a lot of challenge waiting ahead. Perlukan persiapan mental, fizikal dan ilmu yang secukupnya. Tiada salahnya berkahwin awal cuma harus diingat, perkhwinan bukan sekadar menghalalkn hubungan diantara lelaki dan wanita, tetapi perkahwinan adalah satu amanah dan tanggungjawab.Sekadar berkongsi. :)"
-perkongsian berkaitan perkahwinan daripada sahabat lama ana,Hafiz Hasbi,ex SAMTH-
"berdoalah agar Allah mengurniakan entum pasangan yang mempunyai aqidah yang salim yang mampu berjalan seiring dengan entum"
-ustaz Muhadir Bin Haji joll-
Hukum perkahwinan itu ada lima.Lihatlah waqi' kita dimana.Jika sudah berkemampuan dan berkecukupan silakan ke arah membina baitul muslim.Ana sedia mendoakan.
Bagi faqirah sendiri, pembinaan baitul muslim yang bermatlamatkan untuk memperoleh keredhaan Allah swt bermula dari dalam diri individu itu sebelum melangkah ke alam perkahwinan lagi.Lihat sahaja zuriat soleh-solehah yang dimiliki oleh para solehin terdahulu,si ibu dan ayah mendidik diri mereka terlebih dahulu sejak zaman muda mereka.(zaman single).
Apa-apa pun yakini janji Allah,"lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.."maka sama-samalah kita mendidik diri kita dengan persedian ilmu dan shahsiah yang secukupnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Perbanyakkanlah berdoa agar kita dikurniakan pasangan yang terbaik pada pandangan Allah swt bukan pada pandangan mata kita ini.
Mudah-mudahan perkahwinan yang dibina mampu membuatkan pasangan tersebut bercinta sehingga ke syurga Allah swt,tidak sekadar di dunia:)
Alhamdulillah. Jazakumullah khair al-jazak kepada Ustazah Fatimah atas curahan ilmu yang sudi diperturunkan di sini. Subhanallah, masya-Allah beruntung sangat ada guru-murobbi-mursyid yang memimpin perjalanan kehambaan ini, ada sahabat-sahabiah solehah yang memimpin pembinaan diri, ibarat kecerahan yang tiada beza antara dan malam.
BalasPadamSubhanallah, Ustaz Muhadir ajarkan bahawa tenang perasaan apabila melihat jodoh tersebut yer. Maksudnya kena melihat dulu lah yer? Seperti mana yang ana pernah terdengar dan terlihat sebagaimana orang-orang dah buat.
Ya, perbincangan di sini pun insya Allah antara matlamatnya adalah untuk membuka minda, mematangkan persiapan diri. Sama-sama untuk manfaat si penyedia blog yang sentiasa nak baiki diri ini dan juga para sahabat pembaca yang dimuliakan. Alhamdulillah, dengan diturunkan ilmu-ilmu daripada sahabat2 semua, banyak sudah yang dapat dipelajari. Ana sangat bersetuju bahawa pernikahan itu perlu dilihat sebagai satu amanah besar dan mulia yang perlu ditunaikan dengan iltizam. Diri insan yang nak mendirikannya itu sendiri perlu disediakan seawal yang boleh.
Kalau hukum yang lima itu, mungkin penyedia blog ini masih dalam tahap makruh atau harus.
Insya-Allah, kita percaya akan janji Allah. Kita sibukkan diri menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang berkualiti. Bak kata bonda ana, insya-Allah, kita tak lupakan Dia, maka Dia takkan lupakan kita.
Apa-apa pun, diharapkan tiada spekulasi yang bukan-bukan terhadap penyedia blog ini. =) Jauh panggang daripada bara. Allahu Allah, sungguh banyak lagi kelemahan diri yang perlu dibaiki. Banyak lagi ilmu yang perlu dicari. Sebaik-baik persiapan ialah persiapan taqwa.
Allahumma amiin. Kami berikhtiar dan berdoa dengan kemampuan kami sebagai para hamba-Mu. Mudahkanlah urusan penghambaan kami wahai Robb. Pimpinlah kami. Sungguh Kau lebih mengetahui apa yang ada dalam isi hati kami, Kau lebih mengetahui apa yang kami perlukan.
- Insya Allah, perbincangan dan perkongsian di sini berikan kita manfaat besar! =) Sharing is caring!
Terlupa nak catat, bak orang2 kita yang dah pakar sebut: "Kalau dah jodoh, tak ke mana. Gunung dikejar tak lari." Subhanallah itu tahap keyakinan yang tinggi Allah dah campakkan ke dalam hati mereka.
BalasPadamHurm. Makin banyak mencatat, makin banyak terasa diri berdosa. Allah, ampunkan kekurangan hamba ini.
Mudah-mudahan bermanfaat.
Wahai pemuda-pemudi Islam, gunakan kesempatan masa bujang ini untuk benar-benar memperbaiki diri, memperkasa persiapan 'aqidah,'ilmu, iman dan amal. Laksanakan ikhtiar secara ikhlas, berterusan seiringan dengan doa. Tidak salah untuk berbicara soal ini sebagai langkah persiapan awal. Apa salahnya juga mengaut hikmah dan pengalaman serta nasihat daripada mereka yang lebih dewasa dan matang, serta telah melalui tahap ini.
BalasPadamInsya-Allah, moga diperkenakan segala doa yang dipanjatkan.
Salam 'alaik..
BalasPadamSekadar menambah. Teringat pada satu artikel yg pernah ana baca yg lebih kurang maksudnya:
Kita memang kena berusaha cari jodoh. Tapi, maksud 'berusaha' tu luas juga[bukannya promote diri sana sini dgn cara yang tidak appropriate, yg dilarang Allah Ta'ala]. Selain dari fahaman kebanyakan antara kita, usaha tu maksudnya mencari melalui sendiri2, BM, mak ayah etc, sebenarnya maksud 'usaha' tu lebih luas.
Apa maksudnya?
Maksudnya, yang dinamakan usaha itu termasuklah:
1) Sentiasa menghadiri2 program2 agama/ilmiah (dari situ kita boleh kenal jenis orang yg dtg)
2)Jaga diri dari perkara2 yg dilarang Allah [bg wanita, harapnya jgn sampai menonjol2kan diri pada perkara yg tidak sepatutnya yg Allah larang] Teringat satu kata2: "Wanita yg baik adalah wanita yg tidak memandang(yg bkn mahram) dan tidak dipandang(yg bukan mahram)"
3)Sentiasa berdoa agar Allah berikan yg terbaik buat kita
4)Istikharah & istisyarah
Sekadar coretan tambahan dari pembacaaan. Maaf jika ada khilaf.
Wallahu a'lam
Wa'alaikumussalam wbt,
BalasPadamJazakumullah khair kepada Saudara/ri Tanpa Nama atas kesudian berkongsi permata ilmu dan hikmah.
Saya bersetuju dengan makna pencarian yang perlu difahami dengan lebih luas itu.
Insya-Allah apa yang dikemukakan itu sama-sama dapat diusahakan. Apa yang pasti, matlamatnya adalah untuk menjadi hamba Allah yang sejati.
Boleh huraikan apa yang disebut 'istisyarah' itu?
Assalamualaikum .. :) jodoh semua kan hanya Allah yang tahu , yang saye tahu .. kalau nak tahu mcm mana muka jodoh kita . Boleh buat solat istikharah kan ?
BalasPadamW'salam wbt.
BalasPadamSolat istikharah dilakukan apabila sukar untuk buat keputusan setelah ada pilihan (lebih daripada satu).
Allah lebih mengetahui.
Assalamu'alaikum wbt,
BalasPadamSetuju dengan "Tanpa Nama" (21 Jun 2011) - cuma istisyarah itu apa ya?
Allah Maha Mendengar - Berdoalah tanpa jemu
Allah Maha Mengetahui - Jodoh itu Rahsia Allah
Allah Maha Berkuasa Menentukan segala2nya - Kalau dah tiba pasti akan sampai jodohnya, bagi yang agak terlewat mesti ada hikmah di sebaliknya.. Apa yang penting, kena bersangka baik dengan setiap apa yang Allah dah tentukan..
Alef: Jika tak silap saya, istisyarah merujuk kepada usaha kita meminta nasihat dan petunjuk orang yang lebih arif dan berpengalaman.
BalasPadamjgn risau,,,
BalasPadamالطيبات للطيبين
hanya allah yang tahu..akan terus doa..xda kat dunia ada kt syurga sana lebih baik dri yang ada didunia ni..
BalasPadamBenar
PadamAslmkm, saya setuju dgn dnQutuz.. jgn risau.
BalasPadamserah kpd Allah. Saya pernah dengar org berdoa "Ya Allah,jodohkanlah aku dgn wanita yang Engkau suka aku berkahwin dengannya.."
MasyaAllah! hebat sungguh doanya. Nafsu diketepikan. Apa yang Allah suka diutamakan. Moga diperkenankan & bahagia selamanya.
Beristikharah bukanlah syarat untuk tidak diuji setelah berkahwin. Bagaimanapun Nabi dh pesan ..tidak rugi org yang beristikharah ~Wallahua'lam