Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 6 Ogos 2021

Panduan Ringkas Pengurusan Kesihatan Mental

 Salam,

Di sini nak catat dan kongsi beberapa panduan asas,
diterima oleh pakar-pakar psikiatari (melalui pengalaman consultancy di tempat kerja dan hospital pakar swasta)

1. Ada situasi kita tak dapat elakkan, jadi kita boleh ambil pendekatan adaptation (adjust how to live with it)

2, Map out (buat peta) susun balik, rationalize, align fikiran-fikiran yang berceramuk. Dari mana fikiran itu datang? (boleh buat external brain kita atas kertas tulis)

3. Jangan pendam sendiri. Keluarkan semua energy negatif tersebut. Jika terkumpul, akan beri kesan buruk. Boleh luahkan kepada mereka yang dipercayai, atau tulis sendiri atas nota sendiri (express, let them out of our mind)

4. Lihat pada semua faktor, perkara. Apa yang boleh kita kawal? Apa yang kita boleh lakukan?
Within our control. Kita tumpu yang itu. Contoh : situasi COVID-19, fokus kepada apa kita boleh kawal seperti patuhi SOP, dapat vaksinasi, duduk di rumah dan lain-lain.

5. Perkara di luar kawalan kita : contoh apa yang akan berlaku nanti, apa reaksi orang dan lain-lain. Memang kita tak mampu kawal. Jadi, lepaskan saja. Let go.

6. Isi masa kita (atau peruntukan setidak-tidaknya sejam sehari) bagi benda yang kita betul-betul suka. Itu terapi. Dan jadi spiral upward. Boleh jadi sekadar minum kopi kita suka. Lepas itu, kepuasan itu akan beri tenaga positif dan berpindah kepada seterusnya.

7. Jangan nafikan emosi negatif. Validate. Sahkan. Luahkan. Jangan terus kata "orang kuat takkan sedih". 

8. Dalam banyak perkara berceramuk, susun balik atas kertas dan peta kita. Buat beberapa senarai tindakan yang boleh kita lakukan. Tanda satu-satu, nampak progress. 

9. Pada setiap ujian ada hikmah. Ada gantian lebih baik Allah beri. Allah naikkan darjat di syurga. Lihat kepada para Nabi Allah, mereka lebih berat diuji. 

10. Reach out. Dapatkan bantuan. Jangan biarkan diri kita terus tidak sihat dengan tekanan mental.

11. Dengan membantu orang lain, kita akan rasa suatu bentuk kegembiraan dan tenaga positif.

12. Diri kita juga ada unsur rohani, spiritual. Juga perlu diberi makan, dengan zikir, doa dan seumpamanya.

Moga bermanfaat.
Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...