Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 3 September 2026

2026 Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi di Malaysia - Catatan Ustaz Abdullah Hussin

 Kredit diambil dari Facebook beliau dengan tujuan rujukan ilmu

https://www.facebook.com/abdullah.hussin1

https://www.facebook.com/share/p/1D71HzQDPj/

Semalam berpeluang duduk dalam majlis bersama Syeikh Abdul Aziz Asy-Syihawi.
Beliau membaca satu hadith yang menggugah hati kita:
«لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ»
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya, dan sekalian manusia." (al-Bukhari dan Muslim)
Kemudian Syeikh berhenti.
Beliau tidak terus mensyarah. Beliau pandang kami, dan beliau tanya.
"Adakah kamu benar-benar mencintai Rasulullah ﷺ melebihi dirimu sendiri? Periksalah dirimu."
Saya terdiam.
Selama ini kita sangka cinta kepada Baginda ﷺ itu satu perasaan. Sesuatu yang datang bila selawat dilagukan, bila Rabiulawal menjelang, bila air mata gugur dengar kisah. Malam itu kami belajar cinta ini sebenarnya satu ujian. Bila kehendak kita berlawan dengan kehendak Baginda, siapa yang kita turut?
Lepas itu Syeikh baca lagi satu hadith.
«أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ، فَمَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ، وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ»
"Aku lebih utama bagi setiap mukmin daripada dirinya sendiri. Sesiapa meninggalkan harta, ia untuk keluarganya. Sesiapa meninggalkan hutang atau tanggungan yang terbiar, itu urusan dan tanggungjawabku." (Muslim)
Beliau terangkan, pada mulanya kalau dibawa jenazah orang yang berhutang, Baginda tanya dulu ada tak orang yang menjamin. Kemudian bila Allah bukakan keluasan, Baginda sendiri yang tanggung hutang itu. Termasuk anak-anak yang ditinggalkan tanpa nafkah.
Kemudian Syeikh kata sesuatu yang menutup semua hujah dalam kepala saya.
"Kalau kamu jumpa orang yang sayang kamu macam seorang ayah sayang anaknya, tentu kamu balas kasihnya. Tapi kalau kamu jumpa orang yang sayang kamu lebih daripada dia sayang dirinya sendiri, itulah Rasulullah ﷺ."
Saya masih terkedu bila Syeikh sambung ke satu hadith lain.
«ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ»
"Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya, dia akan merasai manisnya iman." (al-Bukhari dan Muslim)
Beliau berhenti pada satu perkataan sahaja. حلاوة. Manis.
"Iman ada rasanya," kata beliau. "Iman ada kemanisannya, dan orang beriman merasainya."
Saya tak sangka satu perkataan boleh buat saya rasa begitu terkesima.
Sebab kalau iman ada rasa, maka soalannya bukan lagi adakah saya beriman. Soalannya, bila kali terakhir saya betul-betul merasainya.
Bila kali terakhir saya bangun daripada sujud dan rasa ringan. Bila kali terakhir nama Baginda ﷺ disebut dan hati saya tergerak. Bukan menangis kerana suasana majlis, tapi mengenang kerinduan yang mendalam.
Tiga perkara itu Syeikh sebut satu-satu. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada segala yang lain. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah. Dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti bencinya dicampak ke dalam api.
Tiga-tiga bukan amalan anggota. Tiga-tiga kerja hati.
Saya pulang semalam itu tanpa makan jamuan jasmani, kerana jiwa terasa begitu indah apabila Rasul berada di hati.
Terima kasih Menteri Besar Kelantan, Dato Panglima Perang YAB Mohd Nassuruddin Haji Daud atas majlis yang sangat bermakna semalam.

2026 Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi di Malaysia 23 Ogos 2026

 Kredit sumber Facebook 

𝐒𝐘𝐄𝐈𝐊𝐇 𝐀𝐒 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐈𝐄 𝐀𝐋 𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆.
Pahang sekali bertuah dikinjungi oleh seorang tokoh ulamak yang penuh keberkatan dari Universiti Al Azhar As Syarif Cairo Mesir. Beliau dijolokan Syeikh as Sysfie di Al Azhar, kerans selain beliau mendalami fury' dan Usul Feqh as Syafie beliau juga mendidik ramai tokoh dan menjadi rujukan.
Kerajaan Negeri Pahang telah meyambut kehadiran beliau dengan beberapa susun atur acara yang melibatkan Jabatan Agama Islam Pahang, Persatuan Pondok² Pahang dan Institut Darul Makmur Pahang (IDM).
Pelbagai acara Ilmiah, Dakwah dan Majlis Maulid serta Ibtihal bagi merebut peluang kehadiran tokoh ilmuan yang dihurmati di Kota Kaherah ini. Pagi sahaja beliau berpeluang menghadiri Perhimpunan Umat Islam Ijtima' Zon Tengah yang dihadiri hampir 15K pengunjung.
Semuga bumi Pahang Darul Makmur terus diberkati dengan kunjungan silih berganti para Ulamak terkemuka lagi berautoriti ini.
الشيخ الشافعي الأزهري في بَهَانْج
حظيت ولاية بَهَانْج بزيارةٍ مباركةٍ من أحد أعلام العلماء الأجلاء القادمين من جامعة الأزهر الشريف بالقاهرة، جمهورية مصر العربية. ويُلقَّب فضيلته في الأوساط العلمية بـ«الشيخ الشافعي بالأزهر»، لما امتاز به من التبحّر في فروع الفقه الشافعي وأصوله، إلى جانب دوره الكبير في تربية أجيالٍ من العلماء والباحثين، حتى أصبح مرجعًا علميًا يُرجع إليه في هذا الفن.
وقد استقبلت حكومة ولاية بَهَانج فضيلته استقبالًا كريمًا، ونُظِّمت له سلسلة من البرامج والفعاليات بالتعاون مع إدارة الشؤون الإسلامية بولاية بَهَانج، وجمعية المدارس والربط (البوندوق) ببهانج، ومعهد دار المعمور بَهَنْغ (IDM).
وشهدت الزيارة إقامة العديد من المجالس العلمية والدعوية، إلى جانب مجالس المولد النبوي الشريف والابتهالات، اغتنامًا لفرصة حضور هذه الشخصية العلمية المرموقة والمحبوبة في مدينة القاهرة. وكان من أبرز مشاركاته حضوره في الفترة الصباحية لملتقى المسلمين (الاجتماع) للمنطقة الوسطى، الذي شهد حضور ما يقارب خمسة عشر ألف مشارك.
نسأل الله تعالى أن يبارك في أرض بَهَنْغ دار المعمور، وأن يواصل إكرامها بتتابع زيارات العلماء الربانيين والأئمة المعتبرين من أهل العلم والاختصاص

2026 Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi di Malaysia

Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi di Malaysia WACANA KEILMUAN MAZHAB AL-SYAFI‘I

 Kredit sumber :

WACANA KEILMUAN MAZHAB AL-SYAFI‘I
Alhamdulillah, telah selesai Wacana Keilmuan Mazhab al-Syafi‘i anjuran Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) yang berlangsung pada 22 Ogos 2026, dengan kehadiran al-Shaykh al-‘Allamah Abdul Aziz al-Shahawi, tokoh ulama Mazhab Syafie dari Mesir, bersama para qadi daerah dan asatizah.
Sesi dimulakan dengan pendahuluan oleh Syeikh berkaitan kepentingan berpegang dengan al-Quran dan tradisi keilmuan yang diwariskan oleh para ulama, sebelum diteruskan dengan pembacaan kitab كشف الغمة عن تقليد الأئمة (Kashf al-Ghummah ‘an Taqlid al-A’immah), yang membicarakan persoalan taqlid kepada para imam mazhab serta menjawab beberapa kekeliruan berkaitan kepentingan bermazhab.
Antara penekanan Syeikh ialah kedudukan para ulama sebagai أمناء الله على شرعه, serta keluasan ruang ijtihad dalam perkara yang tidak terdapat nas yang jelas, sebagaimana dinukilkan daripada Imam al-Sya‘rani rhm. Syeikh turut menekankan keperluan mengikuti salah satu daripada mazhab empat serta kepentingan menghimpunkan fiqh dan tasawuf dalam perjalanan seorang salik kepada Allah SWT.
Kata Imam al-Laqqani dalam Jawharah al-Tawhid:
ومالك وسائر الأئمة # كذا أبو القاسم هداة الأمة
فواجب تقليد حبر منهم # كذا حكى القوم بلفظ يُفهم
Dalam persoalan mengambil hukum secara langsung daripada nas tanpa melalui mazhab, Syeikh mengingatkan bahawa kemampuan berijtihad bukan sekadar mendakwa kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, bahkan memerlukan kelayakan ilmu, kefahaman, kemampuan istinbat dan penguasaan terhadap khazanah ilmu yang telah dibina oleh para ulama. Ilmu merupakan amanah yang diwariskan dan dipelihara melalui usaha besar para ulama sepanjang zaman dan itulah turath keilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selesai pembacaan kitab, wacana diteruskan dengan sesi soal jawab dan munaqasyah bersama para qadi dan asatizah yang berlangsung dalam suasana ilmiah, terbuka dan penuh kemesraan. Pelbagai persoalan berkaitan fiqh dan tradisi Mazhab al-Syafi‘i dibincangkan bersama Syeikh.
Program kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) kepada al-'Allamah al-Shaykh dan penterjemah, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad bin Amran, Zamalah Institut Ilmu Darul Makmur, yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Luqman bin Zulkefli mewakili IIDM, sebelum diteruskan dengan santapan jamuan makan tengah hari.
Alhamdulillah, kehadiran seorang ulama sepuh dari Mesir yang juga disebut Shaykh al-Shafi‘iyyah ini telah menjadikan wacana berlangsung dalam suasana yang hidup, hangat dan diharapkan penuh keberkatan, khususnya melalui sesi munaqasyah dan perkongsian ilmu secara langsung bersama Syeikh.
Semoga pertemuan singkat ini menjadi satu wasilah untuk terus menghidupkan tradisi keilmuan, memelihara warisan Mazhab al-Syafi‘i dan memperkukuh jaringan ulama serta asatizah di Negeri Pahang.
"Membudayakan Ilmu, Memperkasakan Watan"
"Fiqh al-Watan Memaknai 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang"

Ustaz Azhar Ramli : Syarat Sah Beri Pinjam

 


Ustaz Azhar Ramli : Perkara Batal Solat

 


Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...