Azhar Ramli Alzahabie Altijarie
ETIKA MENUNTUT ILMU SYARAK
Ilmu syarak adalah ilmu yang sangat mahal dan bernilai tinggi. Oleh sebab itu ada adab2 yg perlu dijaga untuk memastikan kita memperolehi ilmu yg bermanfaat.
Syarak menetapkan ilmu mesti diambil daripada guru yang benar-benar berguru dgn gurunya yg berautoriti dan mempunyai sanad perguruan yang jelas, agar keaslian dan maksud sebenar (murad) kitab yang dipelajari dapat dijaga dan dipertahankan.
Apabila seseorang sudah ada kesedaran untuk belajar agama dan adabnya mesti mendahului ilmu asas fardhu ain sebagai permulaan.
Namun, satu perkara atau adab yang sering terlepas pandang ialah mesti mengetahui tahap ilmu dan memilih guru yang sesuai utk belajar.
Adab ini sgt penting, sekiranya tahap kitab tidak dipedulikan dan belajar tanpa mengikut tahap ilmu sebenar boleh menyebabkan tidak dapat manfaat ilmu yg dipelajari.
Jangan memilih guru hanya kerana kita suka cara penyampaiannya di Facebook atau TikTok, kemudian terus follow dan belajar apa sahaja kitab yang diajar tanpa mengetahui tahap kitab tersebut serta latar belakang pendidikan gurunya. Dunia hari ni byk palsu, terkadang hanya menjual nama kitab tua, pernah mengaji pondok, sedangkan membaca kitab yg dirinya tidak pernah mengaji dgn mana2 guru.
Ada kitab yang sesuai untuk peringkat asas, ada yang sederhana dan ada yang tinggi.
Jangan kerana rasa suka kepada seseorang guru, kita terus melangkah kepada kitab yang belum sesuai dengan tahap ilmu kita.
Begitu juga dengan dakwaan setengah guru dalam poster iklan sebagai tarikan kpd followers seperti “baca kitab cara pondok”.
Istilah tersebut tidak sepatutnya dinilai hanya berdasarkan gaya penyampaian atau membaca kitab turath semata-mata. Malah manhaj pengajian pondok mempunyai disiplin dan tradisi keilmuan yang tersendiri, hanya dikenali oleh mereka yg ahli sahaja.
Menuntut ilmu bukan sekadar mencari guru yang kita suka, tetapi mencari guru yang benar, ilmu yang sesuai dengan tahap kita dan jalan pembelajaran yang betul.
Ilmu itu amanah. Jangan biarkan nafsu memilih guru, sebaliknya biarlah ilmu dan adab memandu kita dalam memilih guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.