Sayyiduna Ali bila ditanya tentang taqwa, beliau menyebutkan:
الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والقناعة بالقليل، والاستعداد ليوم الرحيل
"Taqwa ialah takut kepada Allah,beramal dengan apa yang di dalam Al-Quran , redha dengan sedikit, dan membuat persediaan untuk hari perpisahan"
Sebahagian dari maksud ini, ada 2 amalan yang kita nak kena jaga sungguh-sungguh
1) Bila keseorangan, akan malu melakukan dosa kepada Allah
2) Redha dengan apa yang Allah ditentukan
-----
Sabda Rasulullah ﷺ
إنما الدنيا لأربعةِ نَفَرٍ : عبدٌ رزقه اللهُ مالًا وعلمًا فهو يَتَّقِي في مالِه ربَّه ، ويَصِلُ فيه رَحِمَه ، ويعلمُ للهِ فيه حقًّا ، فهذا بأحسنِ المنازلِ عند اللهِ ، ورجلٌ آتاه اللهُ علمًا ولم يُؤْتِه مالًا فهو يقولُ : لو أنَّ لي مالًا لعَمِلْتُ بعملِ فلانٍ ، فهو بِنِيَّتِه وهُمَا في الأجرِ سواءٌ ، ورجلٌ آتاه اللهُ مالًا ولم يُؤْتِه علمًا ، فهو يَخْبِطُ في مالِه ، ولا يَتَّقِي فيه ربَّه ، ولا يَصِلُ فيه رَحِمَه ، ولا يعلمُ للهِ فيه حقًّا ، فهذا بأَسْوَإِ المنازلِ عند اللهِ ، ورجلٌ لم يُؤْتِهِ اللهُ مالًا ولا علمًا فهو يقولُ : لو أنَّ لي مالًا لعَمِلْتُ بعملِ فلانٍ ، فهو بِنِيَّتِه وهُمَا في الوِزْرِ سَواءٌ
“Sesungguhnya dunia itu hanyalah untuk empat golongan:
1) Seorang hamba yang Allah kurniakan kepadanya harta dan ilmu. Lalu dia bertakwa kepada Tuhannya dalam mengurus hartanya, menyambung hubungan silaturahim dengannya, dan mengetahui bahawa pada hartanya terdapat hak Allah. Maka orang ini berada pada kedudukan yang paling baik di sisi Allah.
2) Seorang yang Allah kurniakan ilmu tetapi tidak dikurniakan harta. Dia berkata: ‘Kalaulah aku mempunyai harta, nescaya aku akan melakukan seperti yang dilakukan oleh si fulan.’ Maka dia mendapat pahala berdasarkan niatnya, dan kedua-duanya sama dari sudut pahala.
3) Seorang yang Allah kurniakan harta tetapi tidak dikurniakan ilmu. Lalu dia menggunakan hartanya tanpa panduan, tidak bertakwa kepada Tuhannya dalam menguruskannya, tidak menyambung silaturahim dengannya dan tidak mengetahui hak Allah yang terdapat pada hartanya.
Maka orang ini berada pada kedudukan yang paling buruk di sisi Allah.
4) Seorang yang Allah tidak kurniakan kepadanya harta mahupun ilmu. Dia berkata: ‘Kalaulah aku mempunyai harta, nescaya aku akan melakukan seperti yang dilakukan oleh si fulan.’ Maka dia mendapat dosa berdasarkan niatnya, dan kedua-duanya sama dari sudut dosa.”
Riwayat At-Tirmizi
#Mari..baru mula bersama Syeikh Syafieyah di Azhar As-Syarif Al-Allamah Syeikh Abdul Aziz Shahawi hafizhohullah
Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.