Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 15 September 2026

Adab Diajarkan oleh Syaikh Abul Huda Muhammad al-Yaqoubi

 


Sumber : Suzaime Zakaria

Ringkasan Petikan akhir dalam Bahasa Inggeris kalimah Shaykh Sayyid Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi di Majlis Perdana Khatam Muwatta Imam Malik di Sarawak
Malam ini di Sungai Tong, ambo diizinkan Allah mengikut majlis khatam ini.
Sheikh mulanya bercakap dalam Bahasa Arab kemudiannya Inggeris. Ambo cuma yakin nak tulis dan terjemah y Inggeris tu je haha 🤣.
Sheikh memulakan ucapan dgn memuji semangat, dedikasi dan kesabaran semua pihak yang mengikuti majlis sepanjang beberapa hari majlis berlangsung.
Beliau teruja melihat anak-anak muda semuda 10 tahun yang duduk tekun mendengar di sepanjang majlis.
Mereka langsung tak faham bahasa Arab tapi tetap istiqamah mengaji.
Sheikh tersenyum dan menegaskan bahawa inilah diantara sebab kenapa ramai ulama datang dari kalangan bukan Bangsa Arab. Beliau menyebut diantaranya seperti Sibawaih.
Sifat inilah, ketekunan, kesabaran, dedikasi, rajin dan mencari sumber yang benar dalam menuntut ilmu menjadi punca kehebatan mereka.
Kitab Muwatta ini kata Sheikh boleh dibeli dimana-mana kedai, namun semua yang hadir disini malam ini, tetap mengikut perjalanan para ulama zaman berzaman.
Sebuah tradisi indah dalam ilmu di dunia Islam.
Mengaji dengan penuh sabar dengan guru. Bertalaqqi.
Sheikh juga menceritakan satu kisah lawak.
Ada seorang murid berjumpa gurunya untuk meminta izin membaca kitab.
Izin? Macamana kamu nak baca soal guru lagi.
Saya baca kitab ni dulu, kalau tak faham saya tanda dan datang tanya guru lah jawab si murid.
Aku tak bimbang apa y kamu tak faham tapi aku bimbang apa yang kamu faham tu kata guru itu.
Sheikh tersenyum.
Ada satu zaman ketika ummat hanya membaca buku tidak mengaji dengan guru. Ini bukan caranya. Ini bukan tradisi Islam.
Dalam Islam semuanya berhubung atau terhubung.
Solat kita contohnya. Semua bacaan dan cara solat kita ambik dengan ibu bapa atau guru yang mengambil dari ibu bapa atau guru mereka sehinggalah kpd Imam Syafie rmhu.
Ianya bersambung tidak pernah putus. Inilah cara kita.
We not cut off... We are connected.
Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam solat dan sahabat rdhum melihat dan mengajarnya kpd orang lain sehinggalah sampai kpd kita.
Sheikh memberitahu satu ketika dulu majlis pengajian sebegini penuh dengan orang berusia namun skrg tidak lagi.
Makin ramai anak muda menyertainya.
Islam on the rise.
Islam semakin naik kata Sheikh.
Skrg orang hanya suka tengok video durasi bbrp saat di media sosial, sedangkan di majlis hadis ini kita lihat anak muda kita memegang pen, tengok buku, duduk bersila dan mendengar dgn teliti selama berjam jam dan berhari hari.
Terkadang sehingga 12 jam sehari duduk dan mendengar hadis dengan tekun. Mencatat penerangan dan membetulkan apa yang silap.
Imam Malik rhmh dikenali kerana adab dan dedikasi beliau dalam mengajar dan belajar hadis.
Beliau pernah digigit kala jengking ketika mengajar hadis namun beliau tetap meneruskan tanpa tangguh walaupun dalam kesakitan.
Jika ada murid datang kepada beliau, beliau akan bertanya dulu kamu ni nak belajar fiqh atau hadis.
Jika fiqah, beliau akan teruskan mengajar murid itu.
Namun jika si murid ingin belajar hadis, Imam Malik akan masuk ke dalam rumah, mandi, pakai pakaian paling elok dan memakai haruman yang wangi barulah beliau mengajar hadis.
Itu adab beliau dalam mengajar hadis nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Sheikh sambil tersenyum turut memuji pihak majlis kerana menyediakan rehal atau meja untuk meletakkan kitab hadis sepanjang majlis.
Terkadang bila murid lenguh memegang kitab ketika sedang mendengar hadis, murid itu akan meriba kitab.
Ada seorang ulama, bernama imam Abu Abdillah ditanya apa rahsia kehebatan beliau.
Beliau menjawab
" Aku tidak pernah meriba kitab"
Jangan juga guna air liur untuk membelek kitab.
Kisah murid Imam Malik - Yahya Ibn Yahya
At Tamimi Al Khurasan.
Beliau belajar 2 tahun hadis dgn Imam Malik. Kemudian setahun lagi beliau tinggal dgn Imam Malik hanya untuk melihat dan mempelajari adab Imam Malik.
Imam Malik takkan ambik hadis dgn guru yang tidak beradab dgn Baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam.
Kisah gajah - Imam Yahya ibn Yahya Al Laythi
Ada satu ketika Imam Malik sedang mengajar, anak murid beliau meminta izin untuk keluar sekejap kerana ada gajah yang dibawa ke negeri mereka.
( ini mungkin moyang Sulung 🤣 )
Seekor binatang yang mereka tak pernah tengok.
Semua nak tengok gajah. Bila Imam Malik bagi izin, mereka semua keluar sekejap dari pengajian untuk melihat gajah kecuali Imam Yahya ibn Yahya Al Laythi.
Melihat beliau tidak pergi, Imam Malik bertanya kenapa tak pergi sekali?
Kata Yahya Ibn Yahya,
" Aku datang ke sini bukan untuk melihat gajah tapi untuk belajar denganmu Duhai Imam"
Imam Malik menggelar beliau The Wise of Andalusia.
Terkadang kita tertanya apa kehebatan sesebuah Kitab sehingga kekal dipelajari di seluruh dunia zaman berzaman.
Bukan Imam Malik seorang sahaja yang menulis Muwatta. Ada bbrp lagi ulama y menulisnya.
Namun apa yang membezakannya adalah keikhlasan dan adab.
Kitab Ajrumiyah kata Sheikh, satu lagi kitab yang dipelajari di seluruh dunia zaman berzaman.
Apa rahsianya?
Keikhlasan penulisnya.
Penulisnya ketika menulis buku ini sentiasa memastikan beliau mengadap kiblat.
Ini ilmu dan ia perlukan amal.
Amal perlukan keikhlasan.
Sheikh menutup dgn membaca hadis niat. Kemudian berdoa.
Ya Rabb Alhamdulillah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...