Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 15 September 2026

KHATAM SHAMAIL AL-HABIB AL-MUSTAFA

 Sumber : Ibnu Hanaffi

KHATAM SHAMAIL AL-HABIB AL-MUSTAFA
Bismillah.
1. AlhamduliLlah selesai berkampung mengambil barokah hadis Nabi صلى الله عليه وسلم serta para ulamak, auliya dan solihin di Masjid Negara sejak tengahari hari ni.
2. Ada rezeki nanti kita kongsikan lebih panjang, untuk catatan, rujukan dan ingatan peribadi terutamanya.
3. Malam ni satu faedah dulu. Pada mensyarahkan hadis tentang mimpi berjumpa Nabi صلى الله عليه وسلم.
"ورؤيا المؤمن جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة."
4. Potongan hadis ini lebih kurang ertinya, mimpi orang beriman itu ialah satu bahagian (juzu’) daripada 46 bahagian kenabian (nubuwwah).
5. Sudah lama juga ingin tahu 46 bahagian tu bagaimana dan jika benar saya faham, berikut syarahannya oleh al-Shaykh Muhammad Abul Huda al-Ya’qoubi حفظه الله تعالى penulis kitab yang dikarang.
6. Tempoh kenabian Nabi صلى الله عليه وسلم ialah selama 23 tahun.
7. Nabi menerima wahyu melalui mimpi selama 6 bulan lamanya.
8. Dalam tempoh 23 tahun, ada 46 kali tempoh 6 bulan (2 kali tempoh 6 bulan setahun, darab dengan 23 tahun).
9. Inilah penjelasan kenapa mimpi orang beriman ialah 1 per 46 daripada juzuk kenabian iaitu 6 bulan per 23 tahun.
10. Ya Allah rezekikanlah kami bermimpi melihat Nabi صلى الله عليه وسلم.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...