Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 15 September 2026

Syaikh Abul Huda Muhammad al-Yaqoubi Mengajarkan Adab

 Sumber : Mat Razali 


SYEIKH AL-MU’ADDIB

Malam ini, dalam Majlis Khatam Kitab Yang Mulia, Kitab al-Muwatta’ Imam Malik, ada adab yang halus dapat kami pelajarai daripada Syeikh Muhammad Abul Huda al-Ya‘qoubi حفظه الله

Dr. Bashir ‏حفظه الله dalam ucapannya menceritakan satu peristiwa yang sangat menyentuh hati ketika membuat persiapan majlis perasmian. Beliau telah menunjukkan pelan susun atur pentas kepada Syeikh Muhammad Abul Huda al-Ya‘qoubi حفظه الله. Setelah meneliti pelan tersebut, Syeikh bertanya mengapa tangga untuk naik ke pentas diletakkan di bahagian tengah pentas.

Dr. Bashir menjawab bahawa kedudukan itu dipilih bagi memudahkan pergerakan Syeikh untuk naik ke pentas.

Namun, jawapan Syeikh membuka satu dimensi adab yang sangat halus. Beliau berkata bahawa tangga itu hendaklah diletakkan di bahagian tepi pentas, bukan di tengah. Alasannya bukan kerana faktor keselesaan atau protokol, tetapi kerana jika tangga berada di tengah, beliau terpaksa berjalan dengan membelakangi para tetamu yang berada di atas pentas, khususnya para ulama, orang-orang soleh dan para masyayikh yang dimuliakan. Beliau tidak mahu membelakangi mereka walaupun ketika menaiki pentas.

Peristiwa ini menggambarkan betapa halusnya adab para ulama. Mereka sentiasa memelihara penghormatan terhadap ahli ilmu dan orang-orang soleh, bahkan dalam perkara yang pada pandangan kebanyakan orang mungkin dianggap kecil seperti kedudukan tangga sebuah pentas. Adab seperti inilah yang menjadi perhiasan sebenar seorang penuntut ilmu dan pewaris para nabi ﷺ.

Ia mengingatkan kita bahawa kemuliaan seseorang bukan hanya diukur melalui keluasan ilmunya, tetapi juga melalui kehalusan adabnya terhadap guru, ulama dan orang-orang yang dimuliakan Allah.

Terima kasih guru kami, Syeikh al-Mu’addib


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...