Sumber : Abu Abbas Muhd Shahir
KEPENTINGAN MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN BAGINDA RASULULLAH ﷺ
Kemudian hendaklah seseorang mengingati bahawa setiap nikmat yang diperolehinya, sebabnya ialah Nabi ﷺ
“Tidak ada satu nikmat yang kami peroleh yang membawa kebaikan kepada kami, atau dengannya keburukan dijauhkan daripada kami, sama ada di dunia mahupun di akhirat, melainkan Baginda Rasulullah ﷺ menjadi sebabnya.”
Berpegang dan menghubungkan diri dengan Baginda ﷺ hendaklah dilakukan dengan rasa cinta, mengikuti Baginda, serta sentiasa berselawat dan mengucapkan salam ke atas Baginda ﷺ.
Kelebihan berselawat dan salam itu sangat besar dan keberkatannya sangat banyak, kerana ia sesuai dengan kedudukan Baginda ﷺ. Tiada siapa yang mampu mengetahui seluruh keagungan Baginda melainkan Allah عز وجل.
Aku (Syeikh Abdul Aziz Shahawi hafizhohullah) telah berkata:
“Dia telah diberikan kelebihan yang tidak mampu difahami oleh sesiapa pun kadarnya,
melainkan Allah Yang Maha Agung, Tuhan sekalian makhluk.”
“Sesungguhnya kelebihan Rasulullah itu tidak mempunyai batas,
sehingga tidak mampu diungkapkan sepenuhnya oleh orang yang berbicara.”
1-Mendapat selawat (rahmat) daripada Allah Yang Maha Perkasa.
2-Mendapat syafaat Nabi ﷺ.
3-Mencontohi para malaikat yang mulia.
4-Menyalahi golongan munafik dan orang-orang kafir.
5. Menghapus kesalahan dan dosa.
6. Memberikan cahaya kepada yang zahir dan tersembunyi.
7. Tertunai hajat-hajat dan cita-cita.
8. Selamat daripada api neraka.
9. Masuk ke Darul Qarār (tempat kediaman yang kekal).
10. Salam daripada Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.
“Katakanlah: Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah atas seruanku ini kecuali kasih sayang terhadap kaum kerabat.”
(Surah al-Syura: 23)
Dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Zaid bin Hayyan رضي الله عنه bahawa Baginda Nabi ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang berat. Salah satunya ialah Kitab Allah, yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpeganglah dengan Kitab Allah dan berpegang teguhlah dengannya.”
Kemudian Baginda ﷺ bersabda:
“Aku mengingatkan kamu kepada Allah mengenai Ahli Baitku.”
Baginda ﷺ mengulanginya sebanyak 3 kali.
Nasyrul Quran, Putrajaya
الحمد لله بنعمته تتم الصالحات
Syukur berada dalam majlis bersama Syeikh
Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.