Azhar Ramli Alzahabie Altijarie
Pondok Lubok Tapah tempat pertama ambo ulang alik nadah waktu TG Hj Loh dok ado lg. Memang tempatnya berkat.
Alhamdulillah berkat dok dale majlis ilmu bersama Tg walaupun tak fhm apa satu pun waktu ngaji tu, disebabkan baru nok kenal caro ngaji pondok, akhirnya ALLAH temukan pulo dgn Tg Hj Chick al-Qodahi di kedah, samo juga dea ngaji sat shj, tak berapo fhm juga, Tg meninggal Allah temukan pulo dgn Tg Hj Omar murid tua Tg Hj Chick, baru rasa makin cerah ckit dan Tg Hj Omar hampir meninggal, Tg minta sambung pula dgn Ust Ibrahim murid muda Tg Hj Chick al-Qodahi, alhamdulillah semakin cerah.
Maulid Pondok Lubuk Tapah
Alhamdulillah , Maulid yang ceria, meriah dan mengesankan.
Sebelum maghrib ada pembacaan Burdah dan Barzanji
Selepas maghrib diisi dengan ucapan Dr Luqman selaku tuan rumah, exco agama , Menteri Besar dan Shailh Abdul Aziz as- Shahawi. Ucapan Shaikh Abdul Aziz mampu diterjemakan dengan baik oleh Ust Iqbal Osman - "sebuah terjemahan yg berkesan , lebuk kerana banyak lalunya"
Mashaallah , kehadiran Shaikh Abdul Aziz as- Shahawi sebagai tetamu istimewa , MB beserta 3 exco Negeri, TG Abg Hak Gelang Mas, Shaikh Wazir Pondok Kandis, Maulana Husein , Ust Li Pondok Bukit Awang, Ust Murtadha MAIK, Ust Dr Abd Rahman ahli Majlis Ulama, Ust Dr Muhyiddin UM serta tenaga- tenaga pengajar pondok , lepasan Uni al- Azhar, termasuk Ust Syed Redwan BinYahya dan pengemar ulama dari kalangan awam telah memenuhi bahkan melimpah kawasan masjid.
Saya sebut kepada Ust Hamdan , anak TG Hj Lah - sekiranya TG ada - dapat kita bayangkan kegembiraan TG. Serta terbayang kesibukan TG melayan tetamu di masa hayatnya dulu. Selain itu jamuan nasi yang berlauk kerutuk stail Ust "Mat Sabu" yang begitu menyelirakan - Dr Luqman memberitahu saya ianya gulai kegemaran Almarhum TG Hj Lah. Mashaallah
Majlis yanh berkat, diadakan di tempat yang berkat , di bulan yang bermakna , bersama tokoh- tokoh agama bermakna serta pimpinan negeri yang cakna.
Ianya adalah sebuah kenangan yang manis , yang mampu di banggakan di dunia dan inshaallah di Akhirat kelak.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.