Penulisan ini adalah milik penulis seperti yang dinyatakan.
Saya mengambil, menyiarkan di sini dengan tujuan rujukan ilmu dan dengan harapan dapat disebarluaskan.
Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan kepada penulis.
𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐔𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔
Imam Abū Zakariyya Muhyiddin Yahya Bin Syaraf Al-Nawawiy (wafat 676 Hijriyyah) رحمه الله berkata di dalam kitabnya, Riyād Al-Sōlihīn (taman orang soleh):
باب التوبة
“Bab Taubat”
قال العلماء: التوبة واجبة من كل ذنب، فإن كانت المعصية بين العبد وبين الله تعالى لا تتعلق بحق آدمي فلها ثلاثة شروط:
أحدها: أن يقلع عن المعصية.
والثاني: أن يندم على فعلها.
والثالث: أن يعزم أن لا يعود إليها أبدا.
فإن فقد أحد الثلاثة لم تصح توبته.
“Ulama’ berkata: Bertaubat daripada setiap dosa itu hukumnya wajib.
Jika maksiat itu di antara seorang hamba dan Allah Ta’ālā, tidak bersangkut paut/berkaitan dengan hak anak Adam/orang lain, maka ada baginya tiga syarat:
Pertama: bahawa hendaklah dia (pelaku maksiat) mencabut yakni berhenti daripada melakukan maksiat tersebut.
Kedua: bahawa hendaklah dia menyesali dengan sebenar-benarnya di atas perbuatan maksiat itu.
Ketiga: bahawa hendaklah dia berazam sepenuh hati tidak akan kembali kepada maksiat itu selama-lamanya.
Jika luput/tidak terpenuhi salah satu daripada tiga syarat ini, maka tidak sah taubatnya [yakni tidak sah taubatnya yang sempurna التوبة التامة namun taubat التوبة الناقصة nya tetap sah].
وإن كانت المعصية تتعلق بآدمي فشروطها أربعة: هذه الثلاثة، وأن يبرأ من حق صاحبها، فإن كانت مالا أو نحوه رده إليه، وإن كانت حد قذف ونحوه مكنه منه أو طلب عفوه، وإن كانت غيبة استحله منها.
Manakala jika maksiat itu bersangkut paut dengan anak Adam/orang lain, maka syarat taubatnya empat perkara:
Pertama, kedua dan ketiga: Tiga syarat sama di atas.
Keempat: bahawa hendaklah dia melepaskan dirinya daripada hak tuannya, jika maksiat itu ialah harta dan seumpamanya maka hendaklah dia mengembalikannya/memulangkannya kembali kepada tuannya. [Jika harta tersebut sudah tiada, maka gantikan dengan sesuatu yang sama sepertinya atau senilainya].
Jika maksiat itu ialah had qazaf (menuduh orang lain berzina tanpa mendatangkan 4 orang saksi yang adil) dan seumpamanya (seperti bunuh) maka hendaklah dia (menyerah diri) membolehkan tuan hak itu mengambil tindakan hudud ke atasnya atau meminta kemaafan daripadanya untuk digugurkan hukuman hudud ke atasnya.
Jika maksiat itu ialah ghibah/mengumpat maka hendaklah dia minta halal daripada tuan badan.
[Al-‘Allāmah Ibn ‘Allān Al-Bakriy رحمه الله menjelaskan cara minta halal ini dengan cara dia (pengumpat) mengkhabarkan kepada fulan apa umpatannya dengan syarat tidak menimbulkan mudarat atau bahaya yang lebih besar kepada dirinya (pengumpat), jika tidak, seperti takut fulan itu akan (memukulnya, memutuskan hubungannya), membunuhnya jika dia memberitahu kepada fulan itu, maka tidak wajib memberitahunya. Satu perkara lagi, kewajipan memberitahu kepada fulan itu dan minta halal daripadanya hanya wajib jika perbuatan mengumpat itu sampai kepada fulan itu, jika tidak sampai kepada pengetahuannya maka memadai istighfar sahaja].
ويجب أن يتوب من جميع الذنوب، فإن تاب من بعضها صحت توبته عند أهل الحق من ذلك الذنب وبقي عليه الباقي.
Wajib seseorang hamba itu bertaubat daripada kesemua dosanya. Jika dia bertaubat daripada sebahagian dosanya sahaja, maka tetap sah taubatnya untuk dosa tersebut sahaja di sisi Ahli Haq, dan kekal berbaki kewajipan taubat daripada dosanya yang lain pula”.
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔
Imam Abdullah Bin Al-Mubarak (w181H) dan Imam Waki’ Bin Al-Jarrah (w197H) رحمها الله تعالى meriwayatkan dengan sanad yang dhaif di dalam kitab Al-Zuhd mereka daripada Ibn Mas’ud رضي الله عنه bahawa ia berkata:
"إني لأحسب الرجل ينسى العلم كان يعلمه للخطيئة يعملها".
“Sesungguhnya aku benar-benar mengira seorang lelaki akan lupa ilmu yang dia tahu kerana maksiat yang dia lalukan”.
Imam Ibn Al-Muqri’ (w381H) meriwayatkan dalam Mu’jamnya daripada Yahya Bin Yahya bahawa beliau berkata:
“وسأل رجلٌ مالكا فقال: هل يصلح لهذا الحفظ شيء؟ فقال: إن كان يصلح له شيء، فترك المعاصي".
“Seorang lelaki bertanya kepada Iman Malik Bin Anas رحمه الله : Adakah terdapat sesuatu yang boleh membantu menguatkan hafazan ini? Lalu Imam Malik menjawab: Jika ada, maka perkara itu ialah meninggalkan maksiat”.
Imam Al-Khatib Al-Baghdadiy (w463H) رحمه الله meriwayatkan di dalam kitabnya الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع daripada Ali Bin Khasyram bahawa beliau berkata:
"سألت وكيعا، قلت: يا أبا سفيان، تعلم شيئا للحفظ؟ قال: أراك وافدا، ثم قال: ترك المعاصي عونٌ على الحفظ".
“Aku bertanya Imam Waki’ Bin Al-Jarrah: Wahai Aba Sufyan, adakah kamu tahu sesuatu untuk membantu hafazan? Waki’ menjawab: Aku rasa kamu wafid (orang yang datang dari negeri luar) lalu beliau berkata: Tinggalkan maksiat itu sangat membantu di atas kuatkan hafazan”.
*Gambar merupakan tulisan al-faqir semasa memondok di Pondok Tuan Guru Baba Hj Ghazali Ahmad Sekam حفظه الله dulu untuk dikongsikan kepada pelajar-pelajar pondok dahulu bertarikh 8 Mac 2017 semasa membantu Baba serba sedikit dalam mengajar dan mentarbiah mereka حفظهم الله وبارك فيهم .
Jika “الإعراب" itu bab kedua selepas "الكلام" di dalam Ilmu Nahu, maka “التوبة” itu merupakan bab kedua selepas "الإخلاص" dalam Ilmu Tasawwuf untuk dipelajari dan diamalkan serta disematkan dalam sanubari pelajar pondok.
خالد بن سبت بن عبد الله بن نسيم الماليزي الأزهري
٩ من ربيعٍ الآخر ١٤٤٨هـ الموافق ٢٢ سبتمبر ٢٠٢٦م
الحي السابع بمدينة نصر بالقاهرة المحروسة.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.