Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 16 Mac 2020

Pengalaman Akademik Semester 1 di UKM


Jika diizinkan untuk kongsi hasil pengalaman semester 1 di UKM, boleh disenaraikan beberapa penemuan berikut:

1. Persiapan kita bermula seawal hari pertama semester. Jangan bertangguh-tangguh lagi 😊 Ingat macam mana pemain defend team bola, mereka cuba clearkan bola cepat-cepat, jangan biar bola pusing kat bawah dekat dengan gol kita, bahaya.

2. Ambil cakna setiap tugasan yang diberikan, setiapnya ada peratusan sumbangan markah kepada gred akhir. Laksanakan dengan baik. Hantar awal kepada lecturer. Mudahkan urusan mereka. Itu tanda kita komited nak belajar. 😊

3. Ambil tahu apakah skop tajuk yang diuji dalam kuiz, mid-term exam dan final exam : berdasarkan apa  yang dinyatakan pensyarah. Dari situ, beri keutamaan untuk baca, hadam, buat latihan.

4. Tengok kertas-kertas soalan sebenar tahun sebelum ini, untuk dijadikan penanda aras bagaimanakah expectation soalan dan jawapan.

5. Catat kemas-kemas dari awal Tarikh penting seperti bila kena hantar assignment, bila Tarikh kuiz, mid-term exam dan lain-lain.

6. Manfaatkan nota, slides lecture dan lain-lain yang diberikan pensyarah. Insya Allah ada signifkan dan relevance pensyarah masukkan.

7. Offer help utk bantu rakan-rakan faham. Bila kita kongsi, ajar, sebenarnya kita akan lebih faham.

8. Dalam jawapan assignment, test, mid-term exam, dsbg, cuba berikan jawapan yang elaborated, kritis, dan sesuai dengan umur pelajar tahap prasiswazah university.

9. and last but not least, quality demands time. Dengan maksud, kita perlukan masa untuk buat dengan baik. So, plan our time betul-betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...