Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 5 Disember 2020

Usul Fiqh : Mafhum Mukhalafah

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


TAKRIF MAFHUM AL-MUKHALAFAH (PADA BAHASA)

       Makna yang difahami daripada lafaz secara bertentangan @ berlawanan

 

TAKRIF MAFHUM AL-MUKHALAFAH (PADA ISTILAH)

       Makna yang difahami daripada lafaz di tempat yang tidak disebut BERTENTANGAN dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan

       Makna yang TERSIRAT BERTENTANGAN dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT

 

PEMBAHAGIAN MAFHUM AL-MUKHALAFAH

       Mafhum al-Sifah

       Mafhum al-Shart

       Mafhum al-Ghayah

       Mafhum al-‘Adad

       Mafhum al-Laqab

       Mafhum al-Hasr

 

Mafhum al-Sifah

Dalalah lafaz yang diikat dengan SESUATU SIFAT yang menafikan hukum ketika sifat itu tiada

       وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ مِنْكُمْ طَوْلًا أَنْ يَنْكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ

       فَتَيَاتِكُمُ dikaitkan dengan الْمُؤْمِنَاتِmafhum mukhalafah = tidak boleh kahwin hamba yang tidak beriman

 

Mafhum al-Shart

Dalalah lafaz yang hukumnya bergantung kepada SYARAT yang menafikan hukum dengan ternafi syarat

       إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يُنَجِّسْهُ شَىْءٌ

       Air yang terkena najis akan bertukar menjadi mutanajjis sekiranya tidak mencukupi dua kolah

 

Mafhum al-Ghayah

Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan GHAYAH yang mensabitkan hukum yang berlawanan selepas ghayah

       وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

       Pengharaman makan dan minum selepas terbit fajar

 

Mafhum al-‘Adad

Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan BILANGAN yang menafikan hukum selain daripada bilangan tersebut

       الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ

       Tidak harus menyebat lebih atau kurang daripada bilangan 100

 

Mafhum al-Laqab

Mengaitkan hukum dengan ISIM sama ada isim ‘alam atau isim jenis

       علي زيد حج                                       

       Tidak wajib haji ke atas selain daripada Zaid

       في الغنم زكاة         

       Tidak wajib zakat selain daripada binatang ternakan

 

Mafhum al-Hasr حصر

Mensabitkan hukum kepada yang disebut dan menafikan sebaliknya

       إنما الأعمال بالنيات

       Mantuq – penerimaan amalan TERBATAS kepada niat – Mafhum – amalan yang tidak diniatkan kerana Allah tidak diambil kira

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...