Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 5 Disember 2020

Usul Fiqh : Mujmal & Mubayyan

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


AL-MUJMAL & AL-MUBAYYAN

 

DEFINISI AL-MUJMAL

•       Pada bahasa : al-Jaml yang bermaksud percampuran

•       Pada istilah : Sesuatu (lafaz) yang mempunyai dalalah lebih daripada satu yang tiada kelebihan antara satu sama lain

•       Contoh kalimah القرء

•       Haid

•       Suci

 

PEMBAHAGIAN AL-MUJMAL

•       Mujmal antara SESAMA MAKNA HAKIKI pada lafaz

•       Mujmal antara SESAMA AFRAD kepada satu makna hakiki

•       Mujmal antara SESAMA MAKNA MAJAZI pada lafaz

 

Mujmal Sesama Makna Hakiki Pada Lafaz

•       وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ

•       Makna قرء : 1) haid 2) suci

 

Mujmal Sesama Afrad Kepada Satu Makna Hakiki

•       إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُواْ بَقَرَةً

•       بَقَرَةً – satu sahaja makna hakiki tetapi banyak afrad (kuning, coklat, hitam dll)

 

Mujmal Sesama Makna Majazi Pada Lafaz

•       Makna hakiki TIDAK dikehendaki àmakna majazi ‘sama’ – ditarjih melalui 3 sebab:

•       Salah satu daripada makna majazi tersebut lebih hampir kepada makna hakiki

•       Salah satu daripada makna majazi tersebut lebih menonjol dari segi uruf

•       Salah satu daripada makna majazi tersebut lebih dikehendaki berbanding makna-makna yang lain

 

Salah satu makna majazi lebih hampir kepada makna hakiki

•       مَنْ لَمْ يُبَيِّت الصِّيَام مِنْ اللَّيْل فَلَا صِيَام لَهُ

•       لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب

•       Makna hakiki – nafi solat dan puasa

•       Makna majazi – penafian sah @ penafian kesempurnaan

•       PENAFIAN SAH lebih rajih – lebih hampir kepada hakikat

 

Salah satu makna majazi lebih nyata dari segi uruf

•       رُفع عن أمتى الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه

•       Makna hakiki – diangkat tersalah, lupa dan paksaan

•       Makna majazi – hukum @ dosa

•       Lebih kuat dari segi uruf – DOSA

 

Salah satu makna majazi lebih dikehendaki berbanding makna yang lain

•       حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ

•       Makna hakiki – pengharaman ain bangkai, darah dan daging babi

•       Makna majazi – haram makan, jual, sentuh

•       MAKAN – paling rapat dengan perbuatan mukallaf

 

TAKRIF AL-MUBAYYAN

•       Sesuatu yang jelas dengan dirinya sendiri atau dengan sesuatu yang lain

 

PEMBAHAGIAN AL-MUBAYYAN

•       الواضح بنفسه

•       الواضح بغيره

 

الواضح بنفسه

•       Sesuatu yang mencukupi untuk menunjukkan kepada makna – tidak perlu kepada faktor luaran

•       وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ – peruntukan BAHASA

•       وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ – makna hakiki – tanya kampung – AKAL mengatakan tidak rasional à penduduk kampung

 

الواضح بغيره

•       GABUNGAN faktor lain untuk memahami maksud sebenar = al-mubayyin

 

Bentuk-Bentuk al-Mubayyin

•       Firman Allah (s.w.t)

•       Perkataan Nabi Muhammad (s.a.w)

•       Perbuatan Nabi Muhammad (s.a.w)

 

Firman Allah (s.w.t)

•       صَفْرَاءُ فَاقِعٌ لَوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ

Menjelaskan mujmal  إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً

 

Perkataan Nabi Muhammad (s.a.w)

•       فيما سقت السماء العشر

Menjelaskan mujmal ayat al-Quran وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ

 

Perbuatan Nabi Muhammad (s.a.w)

•       صلوا كما رأيتموني أصلي

Menjelaskan mujmal وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ

 

MENDAHULUKAN AL-MUBAYYIN PERKATAAN @ PERBUATAN?

•       Dalalah sama

•       Dalalah berbeza

 

Dalalah sama

•       Nas mana dahulu?

•       Datang dahulu = mubaiyyin  dan yang datang kemudian = mu’akkid

•       Tidak diketahui – andaikan satu mubayyin dan satu mu’akkid

 

Dalalah berbeza

•       PERKATAAN akan diutamakan sama ada ia dahulu atau kemudian

•       Haji qiran – satu tawaf dan satu sa’i @ dua tawaf dan dua sa’i

•       Hadis perkataan – من أحرم بالحج والعمرة جميعا كفاه طواف واحد ، ولم يحل حتى يقضي حجته ويحل منهما جميعا

•       Hadis perbuatan – وَقَدْ رُوِيَ عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَنَّهُ طَافَ طَوَافَيْنِ , وَسَعَى سَعْيَيْنِ

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...