Buat para sahabat yang sudi mengunjungi blog saya ini,
Terasa terpanggil saya nak berkongsi hikmah ini, insya Allah datang dari hati saya sendiri. Mungkin sedikit sebanyak perjalanan kehidupan setakat ini membuatkan kesedaran saya semakin bertambah berkesan.
Jom kita rebut apa yang pasti. Yang pasti? Apakah itu?
Yang pasti di sini ialah keredhaan Allah. Setiap apa sahaja kita laksanakan, dengan niat 100% ikhlas kerana-Nya dan mematuhi peraturan agama pelaksanaannya, maka insya Allah itu sudah menjadi satu perkara yang pasti.
Percayalah, bahawa makhluk tidak menjanjikan apa-apa kepastian pun. Maksud saya, jika kita memburu apa yang nampak menarik di dunia sahaja, perkara itu belum pasti lagi.
Pada masa yang sama juga, ayuh kita lebih mengukuhkan pergantungan kita kepada Allah. Dia-lah Sebaik-baik Yang Menjadi Pergantungan seluruh makhluk-Nya.
...
"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Jumaat, 16 September 2011
Sahabat-sahabat, Kita Rebut Apa Yang Pasti
Jumaat, 9 September 2011
Menghadapi Fenomena Pemanasan Global
- Keberadaan saya di bumi Australia ini insya Allah akan berakhir dalam beberapa bulan lagi.
- Saya cuba sedaya upaya untuk memerhati dan mengambil sebarang manfaat yang ada di negara ini.
- Seiring dengan kehendak pada peringkat antarabangsa dalam berhadapan dengan isu pemanasan global, yang banyak berpunca daripada kandungan gas karbon dioksida yang tinggi di atmosfera, kerajaan Australia merancang dan melaksanakan langkah-langkah mereka yang tersendiri.
- Jika dilihat dari perspektif agama, pemanasan global pada akhir zaman ini disumbangkan oleh dosa-dosa manusia (sebagaimana ada disebut Syaikh Ahmad Fahmi).
- Kerajaan Australia dilihat komited merancang dan melaksanakan rancangan 'carbon price' dalam usaha mengurangkan pencemaran udara (penambahan gas karbon dioksida di atmosfera).
- Rakyat dibekalkan dengan buku keterangan pelaksanaan rancangan tersebut.
- Pengeluar/pengilang yang terbanyak menyumbangkan gas tersebut akan membayar harga bagi pembebasan karbon yang dilakukan.
- Sebagaimana ada yang disebutkan kerajaan Australia: "A carbon price is designed to change production processes of large polluters, so they pollute less.", kesungguhan mereka dalam mengurangkan pencemaran tersebut wajar diambil iktibar.
- Tidak kira siapa pun, di mana pun, menjadi amanah kepada kita untuk menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya.
- Pautan-pautan berikut dapat memberikan maklumat lanjut bagi kita mengkaji tindakan yang dilaksanakan Australia dalam isu ini:
- Mudah-mudahan bermanfaat. Ada juga maklumat bagaimana pencemaran dan pembaziran wang dapat dihindari.
...
Selasa, 6 September 2011
Mari Bina Kualiti Diri Sebagai Hamba-Nya
- Assalamu'alaikum kepada semua sahabat pengunjung dan pembaca blog saya, mudah-mudahan kita diberikan kekuatan mujahadah untuk melaksanakan penghambaan yang terbaik kepada-Nya.
- Pada catatan kali ini, saya berasa berbesar hati untuk menyatakan ingatan seperti yang tercatat pada tajuk di atas.
- Tidak kira berapa pun umur kita pada ketika ini, sama-sama kita lebih meningkatkan usaha untuk membina kualiti.
- Perjalanan menuju akhirat, keselamatan untuk melintasi titian sirat yang di bawahnya adalah neraka merupakan satu perjalanan yang sangat panjang, dan memerlukan bekalan yang sangat banyak.
- Saya terfikir, lebih-lebih lagi bagi mereka (termasuk saya) yang masih berada pada awal usia 20-an, masih lagi belum disibukkan dengan kerjaya, isteri (atau suami) dan anak-anak, betapa beruntungnya jika masa keemasan ini kita sungguh-sungguh manfaatkan dengan pembinaan kualiti, pengukuhan alat-alat asas.
Isnin, 5 September 2011
Semakin Suntuk
Sehari yang bertambah, semakin hampir kepada kematian dan akhirat, dan amal kita pun wajar lebih perkasa, berkualiti dan banyak..
Itulah sewajarnya yang sentiasa perlu kita sedar dan ingat. Begitu mudah sebenarnya kita dihanyutkan dengan arus dunia. Seolah-olah diri kita tak putus-putus dipujuk dan diyakinkan bahawa kehidupan di dunia ini masih lama lagi.
Ya Allah, tak terbayang keperitan, ketakutan, perasaan cemas yang begitu menakutkan apabila seseorang itu dia dijemput oleh malaikat maut, tetapi diri masih tidak ada persiapan. Dia minta ditangguhkan kematian itu, bagi membolehkan persiapan amal. Namun permintaan itu tidak diterima kerana nyawa yang dicabut itu terlaksana tepat pada masa yang ditetapkan Allah, tidak dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat.
Sahabat-sahabat pembaca yang saya muliakan kerana Allah,
Bukankah kecintaan yang benar-benar suci dan berakar akan akhirat itu akan membuahkan ketaatan yang bersungguh-sungguh?
Sama-sama kita renungkan dan beramal dengan ikhlas dan terbaik.
.....
Sabtu, 3 September 2011
Mampukah Kita Untuk Menjadi Sentiasa Sempurna?
Manusia biasa, selain daripada para Rasul dan Nabi, adalah tidak terlepas daripada berbagai-bagai kelemahan, kesilapan dan kesalahan.
Baik juga kalau kita mengaku sepenuh hati akan ketidaksempurnaan itu dan sentiasa berusaha untuk membaikinya.
Dengan menyedari hakikat diri terdedah dengan segala perkara tersebut juga, jangan dijadikan alasan pula untuk kita sentiasa malas, leka, cuai dan seumpamanya.
Dengan izin Allah, segala proses itu akan menghadirkan makna kehidupan, makna Allah sebagai Tuhan kita, makna kita sebagai hamba Allah.
Ya Allah, bantu kami untuk membaiki diri kami ini.
.....
Baik juga kalau kita mengaku sepenuh hati akan ketidaksempurnaan itu dan sentiasa berusaha untuk membaikinya.
Dengan menyedari hakikat diri terdedah dengan segala perkara tersebut juga, jangan dijadikan alasan pula untuk kita sentiasa malas, leka, cuai dan seumpamanya.
Dengan izin Allah, segala proses itu akan menghadirkan makna kehidupan, makna Allah sebagai Tuhan kita, makna kita sebagai hamba Allah.
Ya Allah, bantu kami untuk membaiki diri kami ini.
.....
Langgan:
Catatan (Atom)