Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 28 April 2013

Mari Membaiki Kesyukuran


Apabila mata hati semakin dibukakan untuk melihat keagungan dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, maka kita akan semakin merasai betapa amat bertuahnya kita dikurniakan dengan segala kurniaan yang terbaik daripada Allah yang menjadi Pemilik bagi diri kita. Sungguh terlalu banyak dan tidak terhitung semua nikmat tersebut. Tak mampu nak dibayar dengan ibadah kita, sedangkan kita masih lagi ada kekurangan dan kelalaian dalam ibadah wajib kita. Kita tidak sedar dan mungkin mengambil mudah (take for granted) terhadap semua nikmat itu.

Apabila tiba pada saat-saat sedemikian, maka mulalah rasa keinsafan dan kekesalan yang begitu mendalam terhadap kesilapan lalu yang tidak mengitu menghadirkan kesyukuran sebagai hamba-Nya. Hati rasa sayu, sedih, hiba mengenangkan sikap diri terhadap Tuhan yang sungguh telah banyak rahmat-Nya mengatasi murka-Nya.

Maka kesedihan hati itu mula membawa kepada mata mula mengalirkan air mata. Air mata yang diharapkan mencurah-curah kerana Allah. Jangan tahan air mata sebegini. Kerana air mata ini adalah suci.

Mari semakin membaiki kesyukuran kita. Puncak kesyukuran adalah dengan melaksanakan kewajipan yang diperintahkan Allah dan meninggalkan larangan Allah.   
 

Sabtu, 27 April 2013

Qosidah/Madih: Ahmad Ya Habibi


Alhamdulillah, dengan kejernihan jiwa, kerinduan yang benar akan Sebaik-baik Makhluk akan memberikan kelazatan dan ketenangan jiwa untuk kita menyebut-nyebut keindahan Kekasih Allah, mengucapkan salam dan solawat atas Baginda sollaAllahu alaihi wa sallam selaku Rasul kita.

Seronok dan damai mengalunkan atau mendengar alunan mulia sedemikian, dan banyak situasi ini berlaku dalam majlis ta'lim - pengajian secara talaqqi dengan para guru kita, khususnya dalam kalangan ulama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang menekankan aspek tasawwuf-tazkiyatu an-nafs serta al-hubbu li RasuliLlah.

Sempena PRU 13

Buat semua sahabat-kenalan saya,

Sempena PRU 13, mari kita berusaha dan berdoa kepada Allah, laksanakan kewajipan kita untuk buang undi, 

kita berbincang dan memilih calon secara berhikmah, beradab, utamakan kebenaran, keadilan, tahu keperluan menjaga institusi Islam dan ulama di negara ini, menjaga kepentingan bumiputera sebagaimana termaktub dalam perlembagaan, pada masa sama tidak menafikan hak dan keadilan kepada bukan bumiputera, menentang sebarang bentuk kezaliman dan penyelewengan,

hindari sikap fanatik keterlaluan sehingga menafikan kebenaran, mendiamkan diri pada kesalahan yang nyata salah,

pada masa sama, kukuhkan keyakinan bahawa setiap perkara akan dipersoalkan oleh keadilan Allah, yakin akan janji Allah kepada kemenangan Islam, lihat dalam kerangka lebih besar bahawa kita dalam skala lebih besar adalah umat Islam (majoritinya Melayu) di bumi Malaysia, kita ummat Saiyyidina Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam - maka jangan keterlaluan dalam sikap kita sehingga buat sesuatu yang lebih besar keburukan dan kerugiannya

Jumaat, 5 April 2013

Ayuh Mari Terus Maju dan Mara Menuju Pengabdian Diri

Kadang-kadang, kekuatan dalaman kita ada masanya naik dan turun. Itu adalah sesuatu yang normal.

Jika keadaan kuatnya iman dan rohani kita adalah terus-menerus tanpa ana penurunan, tidak terjejas, maka sesungguhnya itu sesuatu yang luar biasa, dan malaikat pasti akan turun bersalaman sebagai penghormatan kepada insan tersebut.

Kita akui kefaqiran dan betapa amat-amat kita berhajatnya kita rahmat, ampunan, bantuan daripada Allah selaku Tuhan Pemilik dan Pentadbir diri dan kehidupan kita.

Jika terasa lemah, terasa haus, maka ambillah masa dan tindakan merawat. Bergaullah dengan mereka yang telah lebih dibukakan dan dihampirkan jiwa mereka kepada Allah. Minta mereka agar mendoakan kita, minta mereka agar sudi mengajar kita, menasihati kita....

Agar Allah terus merahmati dan memimpin perjalanan kita menuju-Nya.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...