Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 25 Julai 2015

Yakini Maut dan Akhirat



Kerap kita terasa seperti mati dan akhirat itu masih jauh, dan seolah-olah sekadar penceritaan yang didengari, tak terkesan secara konkrit dalam hati dan fikiran.

Kerap kita terasa jauhnya Allah dan Baginda Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam daripada ingatan dan pasak keyakinan setiap amalan.

Maka, hal sedemikian menunjukkan kita sebenarnya yang terhijab , berbalut, terhalang.


Kematian dan kehidupan akhirat itu adalah sangat hampir dan pasti. Setiap apa yang kita buat sekarang di dunia, terus jadikannya bernilai akhirat yang disimpan rapi selamat dalam rekod akaun akhirat - untuk kita kecapi hasilnya di akhirat.

In syaa Allah, sama-sama kita sentiasa menjadikan hakikat pencarian kita yang sebenarnya sebagai keutamaan. (Memburu redha Allah, hidup sebagaimana yang dituntut syariat, beroleh nilai pahala akhirat, akhirat di sana selamat)

Kita berdoa memohon bantuan Allah daripada sentiasa tertipu dan tertumpu kepada perkara-perkara yang amat sementara, tiada nilai pahala, yang remeh-temeh, yang tidak menyelamatkan kita di akhirat sana.





Jumaat, 24 Julai 2015

Alhamdulillah Sudah Terima Tauliah Mengajar JAIS



Alhamdulillah, saya sudah mula boleh berkhidmat sebagai tenaga pengajar dengan tauliah mengajar JAIS, dan pada masa sama dalam proses mendapatkan tauliah mengajar daripada JAWI.

Semoga menjadi amalan soleh diredhai Allah, pahala yang berterusan melaluinya dan memberikan manfaat besar kepada umat.

Sabtu, 11 Julai 2015

Awasi Kegiatan Di Facebook

Buat kawan-kawan Facebook yang banyak pengikut -
saya dengan tegas memohon agar kalian berhati-hati dalam SETIAP post, share, like kalian. Luangkan 10 saat untuk nilai kesannya.
Jangan bercampur-campur pembawaan - jangan bercampur-aduk antara kebaikan dengan keburukan, antara akidah yang benar dengan pelbagai bentuk jenis pemikiran yang menyeleweng.
Setiapnya ada kesan dan saham pahala atau dosa. Kerana kalian membawa pengaruh dan ajakan secara tidak langsung.


Ujian Mencari Kebenaran

Ujian buat kita - semoga Allah membantu
Kebenaran pegangan dan tindakan seseorang itu belum 100% semuanya terjamin selamat dan tepat, sungguhpun :
- merupakan ahli politik yang hebat seni ucapan, karisma tinggi
- merupakan penulis yang begitu hebat tulisan dan untaian kata-kata dan bahasa
- merupakan public figure yang punyai ratusan-ribuan-puluhan ribu-jutaan peminat dan penyokong
- merupakan ahli akademik punyai keilmuwan peringkat doktor falsafah
- merupakan aktivis yang masyhur dengan kesungguhan perjuangan
- dan seumpamanya
Apatah lagi lebih berbahaya jika orang tersebut sememangnya sesat lagi menyesatkan, tetapi mampu menampilkan diri begitu intelektual, hebat berhujah bersilat, maka orang awam menilainya sebagai benar sedangkan dia hanya berselindung dalam camouflage.
Maka berpeganglah dengan pegangan dan perjuangan majoriti ahli dalam kebenaran (yang mana mustahil mereka berkumpul dan bersepakat atas kesesatan dan penyelewengan)
Allah lebih mengetahui, jika sebenarnya secara hakikat mereka punyai masalah akidah, pemikiran, pegangan yang bercanggahan dengan pegangan sebenar Islam, maka doa kita agar Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk kembali kepada kebenaran, agar Allah memelihara kita orang awam daripada tersesat, dan semoga Allah menguatkan segala usaha para ulama dan ilmuwan menentang segala kesesatan tersebut.

Manfaatkan Masa Muda Untuk Ilmu

26 tahun menggunakan nikmat Allah - apabila dinilai semula, saya melihat ada ruang yang pastinya boleh sentiasa ditingkatkan.
Apa yang pasti, nasihat untuk saya, kepada adik-adik dan semuanya : manfaatkan sebaik-baik mungkin masa ada pada masa muda, untuk belajar menguasai ilmu alat yang mempersiapkan kita untuk berenang dengan jauh lebih dalam, untuk terbang jauh lebih tinggi, untuk melangkah lebih jauh.

Kualiti Kepimpinan

Mendapat suatu idea sangat yang sangat berguna daripada sang naib presiden yang sangat lama pengalaman kepimpinan dalam syarikat-syarikat minyak dan gas,
betapa perlunya ada kecekapan ilmu dan kemahiran teknikal, kematangan emosi, punyai masa yang cukup untuk mengamalkan ilmu kepimpinan,
sebelum melangkah naik tangga kepimpinan, yang semakin tinggi maka semakin besar skop amanah dan risiko dipegang.

Mulakan latihan dari sekarang - kemahiran bercakap dan menyampaikan idea

Mulakan latihan dari sekarang - kemahiran bercakap dan menyampaikan idea
- saya melihat dengan penuh komitmen bahawa kemahiran berucap dan penyampaian adalah kemahiran yang wajar mula dilatih dan sentiasa digilap
- segala ilmu, kefahaman dan seumpamanya yang kita ada, mahu tidak mahu akhirnya perlu juga kita kongsikan dan panjangkan kepada masyarakat/umat, agar tidak terhenti kepada diri kita sahaja.
- Latihan secara amali (hands on - kena buat!) perlu bermula dan berterusan.
- Agar percakapan dan penyampaian kita ada kualiti - tidak terlalu banyak kesalahan tatabahasa, tidak terlalu kerap tersasul, tidak terlalu banyak gagap, tidak terlalu banyak pengulangan yang membosankan dan seumpamanya.

Usaha Dekati Masyarakat

Usaha dekati masyarakat, memanjangkan ilmu dan kesedaran tentang agama
Alhamdulillah, pagi tadi menjadi sesi akhir dan penutup kepada majlis ilmu kami di jabatan kewangan syarikat dagangan.
Syukur dan suka melihat kesungguhan mereka. Rajin membuat catatan, bertanya berbincang. Bahkan, soalan-soalan mereka membuka pintu ilmu baru dan menjadikan kita lebih berusaha memahami ilmu.
In syaa Allah, alhamdulillah, saya khidmat memanjangkan ilmu dan pahala para guru kita, untuk dimanfaatkan oleh umat ini.

Kita semua hamba-Nya

Kita semua hamba-Nya, umat Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam
Jumaat tadi, bersolat berhampiran dengan sang presiden dan ketua pegawai eksekutif. Beliau bersahaja. Dengan baju Melayu tanpa songkok. Solat di ruang tambahan, laluan berdekatan bilik kuliah surau. Jika beliau hadir dalam acara rasmi syarikat, pastinya ada banyak polis bantuan yang mengiringi mengawal keselamatan.
Bukan sekali saja, tetapi beberapa kali sudah melihat kelibat beliau turun menunaikan solat fardhu Jumaat. Itu adalah zahir kepada akidah dalam diri. Mentaati perintah Allah, solat fardhu Jumaat.
Apa yang bermain dalam fikiran saya : akhirnya kita semua bersetuju bahawa kita adalah hamba Allah. Kita berkongsi status yang sama. Kita juga adalah umat Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam.
Mudah-mudahan, segala usaha kita membawa keuntungan bersama. Saya mendoakan agar beliau, akan terus maju memimpin syarikat ini, demi kemaslahatan negara dan umat.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...