Mukmin Profesional Memacu Kemantapan
Umat
Susunan Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki
“Mukmin Profesional Memacu Kemantapan Umat” adalah antara tema yang selari dengan visi dan misi kita untuk komited dalam usaha merealisasikan pembentukan generasi muslim profesional yang beriltizam dengan asas dan nilai Islam dalam segenap aspek kehidupan, kita akan bersama-sama semakin meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan dalam realiti kehidupan.

Mukmin
Profesional dan Pemacuan Kemantapan Umat
Perkataan profesional berasal daripada bahasa Inggeris yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Pelajar, profesional merujuk kepada golongan yang terlibat dengan profesion tertentu seperti doktor, peguam dan sebagainya. Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan (seperti sebagai ahli sukan, pelakon dan sebagainya) dengan sepenuh masa atau sebagai mata pencarian. Kamus Dewan pula menyatakan profesional adalah berkaitan (bergiat dalam) bidang profesion (seperti undang-undang, perubatan, dan lain-lain) berasaskan kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Hal demikian dilaksanakan sebagai mata pencarian dan mendapat bayaran. Orang yang mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion. Keprofesionalan dan kemampuan yang khusus tersebut menjadikannya sebagai seorang profesional.2 Kamus al-Mawrid pula memberikan takrifan profesional sebagai (mihan) pekerjaan. Seseorang yang sibuk dengan kerjanya dan memerlukan keilmuwan dan tsaqofah.3

Memacu dapat difahami
sebagai tindakan untuk mengerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dan
sebagainya dengan lebih cepat atau pesat.4 Definisi
kemantapan yang dirujuk adalah berkenaan kualiti yang tidak berubah, stabil,
kuat dan tetap.5
Golongan profesional adalah kumpulan yang memiliki pendidikan, kemahiran mendalam, khusus, terlatih serta daya fikir yang tinggi : menjadi kumpulan hadapan yang berperanan utama dalam memandu dan memacu kekuatan umat dalam pelbagai aspek kehidupan. Peranan ini adalah jelas dan umat secara umumnya wajar sentiasa memerlukan penambahan dan pengukuhan tugas kumpulan ini.
Aspek Mukmin Profesional dan Kemantapan Umat
Pembersihan Jiwa

Dalam menggalas
peranan dan misi sebagai khalifah Allah di muka bumi serta berperanan sebagai
tunjang dalam kemantapan umat, pembersihan jiwa merupakan aspek dan syarat
asasi yang melayakkan mukmin memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh
ketulusan dan kesungguhan. Seseorang akan memikul tanggung jawab dengan setelus
hati dalam menunaikan segala tugasan demi kepentingan semua berdasarkan sejauh
manakah bersih jiwanya daripada sebarang kekotoran. Seandainya jiwa masih kotor
dengan perkara yang mengabaikan perintah Allah, segala tugasan dan amanah yang
tergalas hanya akan menjadi wadah untuk kerosakan terus berlaku dan bertambah
buruk, yang akhirnya membawa kepada kelemahan dan keruntuhan umat.6
Penekanan terhadap pembersihan jiwa ini begitu ditekankan dalam kitab suci Al-Quran. Al-Quran bukan semata-mata kitab agama dan ibadat. Al-Quran mempertanggungjawabkan manusia semuanya dengan tanggung jawab membina tamadun. Sebagai penerangannya, pusat agama yang diwajibkan oleh Allah terhadap hamba-Nya (yang di dalamnya mengandungi ajaran-ajaran ibadat) ialah pembersihan jiwa manusia. Tujuan ibadat itu adalah untuk membersihkan jiwa manusia daripada kekotoran dan keburukan yang bergayut padanya. Allah berfirman dalam Al-Quran :
Sesungguhnya
berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan
dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).
Surah al-A’la, 87 : 14
Demikian juga firman Allah kepada Nabi Musa ‘alaihi salaam yang diutuskan kepada Firaun:
Surah al-A’la, 87 : 14
Demikian juga firman Allah kepada Nabi Musa ‘alaihi salaam yang diutuskan kepada Firaun:
Serta
katakanlah kepadanya (Firaun): Adakah engkau suka hendak menyucikan dirimu
(daripada kekufuran)? Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu,
supaya engkau merasa takut (melanggar perintah-Nya).
Surah an-Naazi’at, 79 :18-19
Firman Allah Ta’ala lagi :
Surah an-Naazi’at, 79 :18-19
Firman Allah Ta’ala lagi :
Dan
sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya
dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah),
kepada Allah jualah tempat kembali .
Surah Faatir, 35 : 18
Surah Faatir, 35 : 18
Ketinggian
Akhlak
Keunggulan dan keluhuran akhlak mulia yang dibawa Islam adalah tunjang kekuatan yang tidak dapat dinafikan lagi. Baginda Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam adalah ketua bagi segala rasul telah menyempurnakan tugasan Baginda untuk melengkapkan akhlak mulia. Sejarah hidup Baginda telah menyaksikan betapa hidupnya kemuliaan akhlak sebagaimana yang diajarkan dalam Al-Quran. Akhlak Baginda yang tiada tandingan ini telah menjadi faktor yang sangat kuat dalam kejayaan dakwah dan perjuangan Islam.
Akhlak mempunyai
kedudukan dan kepentingan yang sangat primer dan dominan dalam Islam. Akhlak
menjadi wasilah penting bagi seseorang Muslim untuk mencapai kejayaan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat nanti. Dan jika dilihat daripada
perspektif agama Islam sendiri pun kepentingan serta kedudukan akhlak dapatlah
dirumuskan sebagaimana berikut7:
Akhlak menduduki
tempat paling dominan dalam Islam lantaran ia memaksi dimensi roh kepada agama
Islam itu sendiri. Setiap aspek ajaran Islam seperti iman, ilmu, ibadat dan
semua aktiviti ekonomi, politik dan sosial dikuasai, dijiwai dan disahkan oleh
akhlak sebagaimana dimensi roh menguasai jasad manusia. Jika roh dipisahkan
daripada jasad, jasad akan mati dan tidak berfungsi lagi. Begitulah juga
pentingnya akhlak kepada semua aspek ajaran Islam. Sebagai contoh, seseorang
yang beriman tetapi tanpa dimensi akhlak, seperti iman tanpa didukung oleh
keikhlasan dan kejujuran, maka iman tersebut akan menjadi sia-sia, manakala
orang tersebut pula akan dilabel sebagai munafik.
Manakala orang ‘alim’ (learned) atau ‘abid’ (worshiper) yang mengabaikan aspek akhlak seperti dikuasai oleh sikap angkuh dan riyak, maka segala amalan mereka akan menjadi tidak berguna dan sia-sia. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah al-’Ankabut ayat 61-65. Begitulah juga dengan bidang-bidang Islam yang lain termasuk ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan, pentadbiran, perniagaan dan sebagainya akan bermakna dan sah pada sisi Islam selagi akhlak menjadi dasar yang memimpin bidang-bidang tersebut. Andainya aspek akhlak dipinggirkan, maka secara automatik bidang-bidang tersebut akan menjadi rosak dan tidak sah dari segi syariat Islam.
Justeru, perhatian yang bersungguh-sungguh wajar diberikan untuk mengutamakan pembelajaran, pemahaman dan pengamalan akhlak mulia dalam kalangan setiap umat Islam, khususnya kepada para penggerak dan tenaga profesional dalam umat ini kerana mereka adalah contoh yang hampir dalam kehidupan seharian.

Penguasaan
Ilmu, Kemahiran dan Teknologi dalam Segenap Bidang
Umat Islam adalah umat yang telah dididik dan dipandu untuk menguasai segenap ilmu pengetahuan. Agama kita yang mulia ini adalah agama yang sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan. Firman Allah Ta’ala yang diturunkan kepada Baginda adalah berkenaan dengan ilmu pengetahuan. Dalam memastikan setiap umat Islam berada dalam panduan hidayah Allah, perintah wajib menuntut ilmu agama (yang fardhu ain) telah diberatkan kepada setiap orang Islam tanpa mengira batas umur, status sosial dan jantina.
Islam sangat mementingkan
penguasaan ilmu pengetahuan dan sekaligus akhlak yang mulia. Justeru, Allah
bukan sahaja menaik taraf orang yang berilmu ke darjat orang yang bertakwa,
tetapi Islam menjadikan akhlak sebagai kualiti teras yang dapat mengesahkan
darjat kedua-dua golongan tersebut8. Hal ini dapat dirujuk dalam kitab suci Al-Quran
dalam Surah Fatir ayat ke-28 :
Hanyasanya yang takut akan Allah dalam kalangan
hamba-hamba-Nya adalah ‘ulama. Sesungguhnya Allah Maha Mulia, Maha Pengampun
Sejarah kerasulan
Nabi kita yang tercinta صلى الله عليه وسلم juga
menyaksikan bagaimana ayat Al-Quran pertama yang diterima Baginda adalah
berkenaan ilmu pengetahuan: Surah al-’Alaq yang bermula dengan kalimah perintah
“Bacalah!”. Didikan Baginda kepada para sahabat dan seluruh umat ini secara
umumnya adalah sangat mengutamakan ilmu pengetahuan. Jika kita teliti dalil
Al-Quran dan hadis Baginda yang mulia, pasti kita temui begitu banyak
kemuliaan, dorongan, ganjaran yang disediakan Allah kepada mereka yang berusaha
untuk menuntut ilmu.
Cakupan ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi adalah merangkumi segenap bidang. Hikmah kebijaksanaan adalah permata milik orang yang beriman. Maka di mana sahaja ditemui, wajarlah diambil. Dalam memastikan perjuangan kita memperkukuh kualiti umat, penguasaan ilmu, kemahiran dan teknologi dalam setiap bidang perlu dilaksanakan.

Kepentingan
Mukmin Profesional dan Kemantapan Umat
Pengabdian kepada Allah
Pengabdian kepada Allah
Peranan penting
mukmin profesional dalam menjana kemantapan umat secara hakikinya adalah
mustahak dalam merealisasikan dasar pengabdian diri kepada Allah. Tujuan
penciptaan jin dan manusia telah dikhabarkan secara jelas dan pasti melalui
firman Allah dalam al-Quran Surah az-Zariyat, 51 ayat yang ke-56. Umat yang
mantap dan unggul adalah umat yang menjadikan dasar hidup mereka keseluruhannya
adalah bagi beribadah kepada Allah. Hal demikian akan menjadikan kehidupan
tersebut sangat bermakna, beroleh nilaian dan ganjaran yang sangat besar di
dunia dan di akhirat tanpa sebarang kerugian.
Kebangkitan
dan Kebaikan Umat Adalah Berteraskan Aqidah dan Ilmu Sebagai Akar yang Sihat
Perubahan dan kebangkitan umat Islam yang diimpikan oleh setiap pencinta agama adalah usaha yang sememangya memerlukan pasak aqidah yang benar, ilmu yang kukuh sebagai akar yang sihat. Kebangkitan dan kemajuan umat serta kebaikan yang akan diperoleh melalui punca akar yang mendasar ini dengan izin Allah akan memastikan nafas panjang dan segar, tidak hanya bersifat bermusim. Pengukuhan umat Islam yang diusahakan mengutamakan pendekatan yang lebih menguntungkan, membina kekuatan dari bawah, tidak terburu-buru melalui kekerasan tenaga dan pemahaman yang janggal dan ekstrem terhadap nas-nas agama tanpa melalui proses pemahaman yang sahih melalui panduan para ulamanya yang menguasai.

Kebaikan dan Kesejahteraan Sejagat
Pada hakikatnya, misi utama yang dibawa oleh seluruh pesuruh Allah adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan sejagat. Keamanan yang dibawa oleh agama Islam adalah untuk seluruh umat manusia dan segenap makhluk Allah. Umat yang mantap pastinya meletakkan nilai keadilan pada tahap tertinggi untuk mengurus tadbir dunia ini. Ajaran Islam mengetengahkan keadilan untuk setiap manusia, bukan sekadar penganut Islam sahaja. Umpamanya keadilan yang pernah dirasai oleh penduduk di Palestin pada suatu masa dulu semasa pemerintahan Islam yang adil penduduknya terdiri daripada penganut agama berbeza-beza namun dapat hidup bersama-sama secara harmoni. Dalam memahami nilai rahmat dan kebaikan yang dibawa oleh Islam, perhatikanlah dalam salah sebuah hadis Nabi kita yang mulia صلى الله عليه وسلم bagaimana dalam perintah dan panduan sembelihan, kita diajarkan untuk menajamkan alat sembelihan agar memudahkan haiwan tersebut semasa proses sembelihan dan tidak menyeksanya. Dalam contoh yang lain bagi aspek kelestarian alam sekitar, Nabi kita yang dikasihi صلى الله عليه وسلم mengajarkan umatnya agar mempunyai sikap yang betul dan berjimat dalam penggunaan sumber alam. Dalam salah satu hadis, kita tidak dibenarkan untuk membazirkan sumber alam, iaitu air, sungguhpun air digunakan untuk tujuan ibadah wuduk di sungai yang mengalir. Secara logik akal yang ringkas, kita mungkin tidak terfikir untuk memiliki sikap yang betul kerana memandang kewujudan sumber yang begitu banyak.
Imbasan Sejarah dan Analisis Semasa
Kegemilangan Generasi Awal Islam (Tiga Kurun Pertama)
Baginda Rasulullah صلى الله
عليه وسلم melalui
sabdaan-Nya menyatakan bahawa umat Islam dalam tiga kurun pertama adalah
sebaik-baik kelompok. Kelompok para sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم
adalah golongan yang terbaik kerana menerima asuhan daripada tangan Baginda
sendiri. Mereka hidup bersama-sama dengan Nabi, mereka memerhatikan sendiri
akhlak mulia Baginda. Iman dan taqwa yang sangat mantap, keutuhan jati diri
mereka dan ketinggian akhlak tidak dapat dinafikan lagi. Dasarnya adalah iman
yang sangat mendasar kuat dalam diri masing-masing. Hal ini kemudiannya menjadi
pemandu yang sangat mapan hingga menzahirkan ketekunan ibadah, semangat
pengorbanan yang tiada tandingannya demi kejayaan umat ini. Ketekunan ibadah
mereka umpamanya para sahabat besar seperti Saidina Usman bin Affan, Zaid bin
Tsabit, Ibnu Mas’ud dan Ubayy bin Ka’ab rodhiyaAllahu ‘anhum telah menjadikan
wirid mereka untuk mengkhatamkan al-Quran pada tiap-tiap hari Jumaat.
Demikianlah para sahabat itu ada yang membaca sampai khatam dalam sebulan, atau
dalam seminggu, atau dalam sehari semalam sahaja, bahkan ada yang khatam dua
kali dalam sehari. Saidina Abu Bakar rodhiyaAllahu ‘anhu, yang merupakan
sahabat sangat hampir kepada Nabi, menginfaqkan keseluruhan hartanya untuk
jalan Allah setelah menerima mesej tersebut daripada Baginda Nabi صلى الله
عليه وسلم.
Sesungguhnya ciri agung generasi pertama daripada para sahabat ini adalah menjadikan al-Quran sebagai sumber pokok mereka dan hadis sebagai tafsiran lanjut terhadapnya. Kemudian ciri yang sangat bermakna dalam kalangan generasi pertama ini berhubung dengan al-Quran adalah aspek amali mereka. Mereka belajar untuk mengetahui semata-mata, tetapi untuk melaksanakannya. Dengan itu jadilah generasi pertama itu sebagai “generasi Rabbani yang komited (al-jiilu ar-robbaniyyu al-muntazim) yakni yang menghayati dan mengamalkan setiap arahan Allah, bukannya sekadar pandai berteori atau bercakap sahaja.9

Keunggulan
Tamadun Islam
Tamadun Islam
mempunyai tamadun Iman sebagai ciri yang hakiki. Model ikutan yang abadi dalam
kalangan mereka adalah para Rasul alaihimussalam, para sahabat rodhiyaAllahu
‘anhum dan para solehin. Teladan yang ditunjukkan mereka adalah yang terbaik.
Sejarah perjuangan mereka khususnya para Rasul Ulul Azmi menunjukkan mereka
bukan calang-calang insan yang sangat istiqamah dalam usaha, sangat gigih dan
tabah menanggung berbagai-bagai kesusahan dan ujian berat. Kita mungkin berasa
aneh tentang kesanggupan mereka yang luar biasa ini. Namun, dengan memahami hakikat
dunia sebagai tempat ujian (darul ibtila’), bukannya tempat keseronokan,
tentunya kita tidak akan berasa aneh lagi terhadap penderitaan mereka.10
Selanjutnya kita boleh melihat perkembangan Islam, peningkatan penguasaan ilmu
umat Islam yang diteruskan oleh para sahabat Baginda Nabi Muhammad صلى الله
عليه وسلم dan
generasi-generasi seterusnya. Pada setiap tempoh masa, pastinya kita dapat
mempelajari banyak perkara daripada pencapaian mereka. Pada zaman Saidina Umar
Al-Khattab rodhiyaAllahu ‘anhu, Islam meluaskan kekuasannya. Empayar Parsi
serta jajahan-jajahan Rom jatuh ke tangan Islam. Kejatuhan Rom dan Parsi
sesungguhnya amat memalukan, kerana selama berabad-abad kedua-duanya sangat
terkenal sebagai kuasa-kuasa besar yang sangat menggerunkan.11
Kejatuhan Umat yang Ditangisi dan Diinsafi
Apabila kita mengamati sejarah umat Islam pada setiap tempoh masa tertentu, kita akan mendapati kehadiran fasa kejatuhan kerajaan dan kekuasaan yang dikuasai umat Islam. Terdapat pelbagai faktor dalaman dan luar yang mendorong kepada berlakunya hal tersebut. Kali terakhir kekuasaan kita menyaksikan kewujudan empayar kekuasaan umat Islam adalah pada zaman kerajaan Turki Usmaniyah pada tahun 1281 hingga 1918. Kerajaan ini diasaskan oleh Usman bin Ertoghrul yang meneruskan warisan intelektual Islam dan menjadi tenaga besar dalam menghadapi gerakan Salibiyyah kemudiannya. Pada saat ini, kita tidak mampu memiliki sebuah empayar kekuasaan besar umat Islam yang digeruni dunia. Tidak ada satu suara besar umat Islam yang mampu mengekang pembantaian dan penyembelihan nyawa dan maruah umat ini. Suatu realiti yang pahit tetapi benar. Terkandung dalamnya seribu satu pengajaran untuk kita insafi, ambil pengajaran bagi mengatur langkah ke depan.
Peranan Setiap daripada Kita untuk Merealisasikannya

Utamakan
Pengukuhan Ilmu Asasi yang Benar
Sejajar dengan
keutamaan yang telah dinyatakan oleh Islam kepada ilmu pengetahuan, amat wajar
bagi kita untuk mengambil berat dan prihatin kepada usaha mengukuhkan ilmu
asasi berdasarkan kefahaman yang benar. Ilmu menjadi asas supaya segala usaha
kita itu berada pada landasan yang tepat dan bakal beroleh penerimaan dan
balasan kebaikan daripada Allah. Dengan keberkatan ilmu yang benar juga, kita
akan terus dipandu untuk mara ke hadapan mengecapi lebih banyak kejayaan dan
penguasaan yang lebih baik. Keutamaan wajar diberikan kepada aspek ilmu fardhu
ain meliputi tiga tonggak utama : akidah, syariah dan akhlak. Selanjutnya
ilmu-ilmu berguna dalam kehidupan seharian kita patut dijadikan fokus.
Usaha
Pembaikan yang Berterusan
Proses peningkatan kualiti hidup akan diusahakan secara berterusan. Sedikit demi sedikit. Mengikut tahap kemampuan masing-masing. Soal istiqamah dan pelaksanaan yang konsisten telah diberikan anjurannya sebagaimana ditekankan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam salah satu hadis Baginda yang mafhumnya menyebutkan bahawa amalan yang berterusan itu lebih dicintai oleh Allah sungguhpun kecil kuantitinya. Hingga pada akhir hayat seseorang ilmu diutamakan. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pernah bersabda sebagai panduan kepada kita untuk mengajarkan seseorang yang akan mati dengan ucapan “tiada tuhan melainkan Allah”.12

Amalkan Nilai Islam pada setiap Masa, Tempat, dan Keadaan
Langkah yang
realistik dan praktikal untuk diambil oleh mukmin profesional dan setiap
individu adalah dengan mengamalkan nilai-nilai yang diajarkan agama kita pada
setiap masa, tempat dan ketika. Kita mulakan daripada asasnya, biarpun kecil
pada tanggapan dan pandangan manusia. Menjaga ketepatan masa, menyenangkan
orang lain dengan wajah yang manis dan kata-kata yang positif, menghormati
insan lain, tidak membuang sampah merata-rata, tidak mengeluarkan kata-kata
negatif dan seumpamanya adalah asas-asas yang kuat untuk melatih dan memperkasa
kita untuk melaksanakan nilai-nilai Islam pada peringkat seterusnya.
Langkah Diatur, Tindakan Dilaksana
Ambil Pengajaran daripada Generasi Sebelum Ini
Al-Quran kitab agung panduan kita menyatakan keperluan untuk mengambil pengajaran daripada kisah-kisah umat sebelum ini yang terkandung dalamnya. Kedua-dua sudut baik dan buruknya dapat dijadikan pedoman, contoh ikutan dan garis sempadan bagi kita. Masa berubah dari satu tarikh ke satu tarikh. Nama kaum bagi rasul tertentu berubah dari semasa ke semasa. Namun begitu, sikap asas yang terkandung dalam peristiwa masing-masing tetap sama. Sebagai contoh, kebinasaan umat-umat bagi rasul yang berbeza berlaku sebagai balasan bagi keengganan dan kekufuran mereka menerima seruan dan ajaran tauhid yang dibawa oleh rasul. Kita juga dapat mendekati catatan-catatan sejarah yang lebih hampir tempoh tarikhnya kepada kita, seperti jatuh bangunnya tamadun Islam melalui era kerajaan-kerajaan Islam yang pernah terbentuk sejak zaman khulafa ar-Rasyidin sehingga kerajaan Turki Usmaniyah.

Fokus
Pemerkasaan Generasi Kini
Sebagaimana yang
pernah diungkapkan: hari semalam adalah sejarah yang sudah tidak dapat kita
kawal dan akan terus berlalu jauh, hari ini adalah dalam genggaman dan kawalan
kita maka pergunakannya, sedangkan hari esok adalah cita-cita dan perancangan
yang masih belum jadi milik kita. Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga
bagi menjayakan pemerkasaan generasi kini. Insya Allah kita teruskan segala apa
yang telah baik sedia ada, perkuatkan lagi mana-mana ruang yang ada. Syukur
kepada Allah, kesedaran dan pengamalan Islam semakin menapak dan berkembang
luas di negara Malaysia secara khususnya dan seantero dunia secara umumnya.
Kita pastikan pengukuhan mengikut acuan ulama yang muktabar, mewakili institusi
as-sawad al-a’dzom yakni kelompok terbesar umat Islam yang diukur mengikut
jumlah ‘ulama zaman berzaman mempertahankannya. Jalur ini adalah jalur
kesederhanaan yang didoakan kelestariannya.
Masa Depan Generasi Seterusnya
Persiapan yang kita mulakan sekarang menjadi penentu kepada kesediaan masa depan generasi akan datang yang akan meneruskan peranan selaku hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Selaras dengan anjuran didikan solat yang dinyatakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa seawal usia tujuh tahun sudah menjadi titik masa yang sesuai bagi membentuk mereka menjadi hamba Allah yang soleh-solehah. Memikirkan masa depan generasi akan datang akan semakin mendorong kita untuk terus giat tanpa jemu melaksanakan segenap perkara yang perlu.

Rumusan
Mukmin profesional
yang dirujuk sebagai kelompok utama yang dikurniakan kelebihan dari sudut
penguasaan ilmuan, kemampuan dan kemahiran yang khusus, serta berteraskan taqwa
dan pengamalan akhlak mulia sememangnya menjadi lokomotif utama yang
menggerakkan usaha pemantapan umat. Tugasan mulia ini insya-Allah adalah
pikulan kepada kita semua. Semoga Allah terus merahmati, memberkati umat
Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini
melalui didikan para ulama dan solehin-Nya.
Rujukan:
- Kamus Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1988, hlmn. 527
- Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2005, edisi keempat, hlmn. 1233
- Kamus Mawrid, Dar el-ilm-Mlaayen, Beirut,
2005, hlmn. 727
- Kamus Pelajar Edisi Kedua, laman sesawang
Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my/
- Kamus Pelajar Edisi Kedua, laman sesawang
Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my/
- Manhaj Al-Hadharatul Insaniah fi Al-Quran, Dr.
Muhammad Said Ramadhan Al-Buti (terjemahan oleh Muhammad Ramzi bin Omar),
2004, Yayasan Islam Hadhari, Putrajaya, hlmn. 8
- Falsafah Akhlak, Dr. Mohd Nasir Omar, 2010,
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, hlmn. 31-32
- Ibid., hlmn. 32
- Sejarah dan Tamadun Islam, Dr. Abdul Rahman
Haji Abdullah, 2002, Pustaka Ilmi, Batu Caves, Selangor, hlmn. 186-189
- Ibid., hlmn. 192
- Ibid., hlmn. 105-106
- Penjelasan Budaya Ilmu, Dr. Wan Mohd. Nor Wan
Daud, 1997, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 61
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.