"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Isnin, 30 Ogos 2010
Forum APIS, Jom Sertai
Ahad, 29 Ogos 2010
Sumber MP3 Bacaan Quran
Isnin, 23 Ogos 2010
Tips Mencari Lailatul Qadar
Ibadah Rasulullah dalam Bulan Ramadhan
Artikel asal oleh: Ustaz Husni Ginting
(Artikel ini diambil daripada laman ini, dengan beberapa suntingan dan penambahbaikan oleh pengendali blog Pertemuan Agung ini.)
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal pada bulan ini. Dalam menghidupkan bulan Ramadhan perlu kita ketahui bagaimana Rasulullah menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
Saya cuba untuk mengumpulkan berbagai-bagai macam hadis yang bersangkut paut dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak secara menyeluruh.
Adapun kegiatan dan ibadah Rasulullah pada bulan Ramadhan adalah sebagai berikut :
1 - Puasa
Antara ibadah yang Rasulullah laksanakan adalah puasa bulan Ramadhan.
Rasulullah bersabda :
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر رمضان
فقال : " لآتصوموا حتى تروا الهلال، ولا تفطروا حتى تروه .......الحديث
رواه البخاري رقم 1906
Ertinya: Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata:
Bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyebutkan bulan Ramadhan dan bersabda:
"Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan janganlah kamu berbuka (Raya Aidil Fitri ) sehingga kamu melihat anak bulan."
( Hadis diriwayatkan oleh Bukhari no :1906 ).
Berkata Sayyidah `Aisyah :
أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم إن كان ليصبح جنبا من جماع غير احتلام، ثم يصومه
Ertinya :
Aku bersaksi atas Rasulullah s.a.w. jikalau beliau ketika waktu subuh dalam keadaan junub bukan disebabkan mimpi ( tetapi disebabkan jima`), kemudian beliau berpuasa.
( H.R Bukhari no 1931 ).
2 - Bersahur
Sahur adalah memakan sesuatu untuk menguatkan ibadah puasa, bersahur merupakan amalan sunnah yang di galakkan Rasululah s.a.w., bagi seorang yang ingin melaksanakan ibadah puasa hendaklah semestinya bersahur sebelum sebelum fajar datang, sebab dapat membantu menguatkan tubuh dalam berpuasa.
Rasulullah bersabda :
إن فصل ما بينصيامنا وصيام أهل التاب أكلة السحر
رواه أبو داود رقم : 2343
Ertinya: Daripada Amr bin 'Ash beliau berkata: Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya perbezaan puasanya kita (umat Islam) dan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah makan ketika waktu Suhur."
(H.R Abu Daud no 2343 ).
Dari pada Anas bin Malik Rasulullah bersabda :
تسحروا فإن في السحور بركة
واه البخاري رقم : 1923
Ertinnya :
Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.
( H.R Bukhari no 1923 ).
Adab-adab sahur
a - Bersahur dengan tamar
Disunnahkan agar bersahur dengan tamar, walaupun kemudian memakan makanan yang lainnya, memakan makanan yang terdiri daripada nasi, roti tidak mengapa tetapi sebaiknya ditambah lagi dengan tamar sebagaimana Rasulullah bersabda :
نعم السحور المؤمن التمر
Ertinya :
Sebaik-baik sahurnya orang mukmin adalah memakan tamar.
( H.R Abu Daud no :2345 ).
b - Melambatkan masa bersahur
Sunnah hukumnya melambatkan makan sahur, sebab maksud sahur itu adalah membantu memperkuat tubuh guna melaksanakan ibadah puasa.
Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata :
تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة ، قيل كم كان بينهما ؟ قال : خمسون آية
رواه البخاري ومسلم
Ertinya :
Kami bersahur beserta Rasulullah s.a.w. kemudian kami melaksanakan Shalat ( subuh), beliau ditanya , berapakah jarak antara sahur dan shalat subuh ?, beliau ( Zaid )berkata : sekedar membaca lima puluh ayat.
( H.R Bukhari no 1921 dan Muslim no : 1097 ).
3 - Berbuka puasa
Rasulullah s.a.w akan berbuka puasa jika matahari terbenam, dan menyuruh para sahabatnya berbuka puasa secepatnya, mereka berbuka puasa dengan apa adanya
a - Sunnah-sunnah dalam berbuka puasa
Disunnahkan bagi seorang yang berpuasa mempercepat buka puasa jika matahari telah terbenam dengan sempurna, dengan tanpa melambat-lambatkan, sebab Rasulullah bersabda :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya :
Senantiasa manusia ( umat islam yang berpuasa ) dalam keadaan baik apabila mempercepat berbuka puasa.
( H.R Bukhari no : 1957 dan Muslim no : 1098 ).
b - Berdoa ketika berbuka puasa
Disunnahkan berdoa ketika berbuka puasa dengan doa yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w.
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
Ertinya :
Bahwasnya Nabi s.a.w. apabila berbuka puasa maka dia berdoa : Ya Allah bagimulah puasaku, dan aku telah berbuka dengan rezeki yang engkau berikan.
( H.R Abu Daud no 2358 ).
4 - Memberi makanan untuk berbuka
Antara amalan yang selalu Rasullulah laksanakan adalah memberi bukaan puasa bagi orang berpuasa, hal ini sangat meringankan orang-orang miskin dan orang yang memerlukan, amalan ini sangat subur sekali di Mesir, biasanya amalan ini disebut juga Ma`idaturrahman, pahala memberi bukaan terhadap orang yang berpuasa sangat besar sekali sebagaimana Rasulullah bersabda :
من فطّر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya :
Barangsiapa yang memberi makan ( untuk buka puasa ) orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tetapi tidak mengurangkan sedikitpun pahala puasa orang yang berpuasa itu.
( H.R Tirmizi no : 807 ).
5 - Mendoakan orang yang memberi bukaan puasa
Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendoakan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendoakan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah disebutkan Imam Abu Daud di dalam sunannya :
عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة
رواه أبو داود
Ertinya :
Telah berbuka puasa orang-orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendoakan kamu.
( H.R Abu Daud no : 3854 ).
6 - Solat Taraweh
Dalam bulan Ramadhan Rasulullah selalu melaksanakan solat sunnah taraweh, dan menganjurkan agar kita senantiasa melaksanakan solat malam sebagaimana sabda beliau :
عن أبي هريرة قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر
Ertinya :
Barangsiapa yang melaksanakan solat malam ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala maka diampunkanlah dosa-dosanya yang telah lewat.
( H.R Bukhari no : 2009 ).
7 - Menjaga Lailatu al-Qadar
Disunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :
عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان
Ertinya :
Hendaklah kamu mencari malam qadar itu pada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan.
( H.R Bukhari no : 2017 ).
8 - Ber`itikaf
Antara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان
Ertinya :
Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan.
( H.R Bukhari , no : 2025 ).
Rujukan :
1 - Sohih Bukhari , karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, terbitan Dar Salam Lin-Nasyri Wa Tauzi`, Riyadh, terbitan kedua 1419-1999.
2 - Sohih Muslim , karangan Imam Abu al-Husein Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi an-Naisaburi, terbitan Alfa Cairo, cetakkan pertama 1429-2008.
3 - Sunan Abu Daud, karangan Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy-`ats as-Sijistani, terbitan Dar Fikr, cetakan pertama 1426-2005.
Sumber :http://allangkati.blogspot.com
Ahad, 22 Ogos 2010
Simbol bagi Singkatan (Latin symbols for abbreviation)
Jumaat, 20 Ogos 2010
Khatam Al-Quran dalam Ramadhan, Insya-Allah Mudah Jika Konsisten
Isnin, 16 Ogos 2010
Bahaya Dosa Dibuat ketika Bersendirian
Jumaat, 13 Ogos 2010
Facebook dan Blogspot
- Saya cadangkan, jika kita wujudkan tazkirah, beri ucapan yang baik, doa, beri semangat, kongsi ilmu, apa salahnya terus bijak guna Facebook ini?
- Jika risau kita lemas dalam pembaziran masa dengan Facebook, maka berhati-hatilah.
Selasa, 10 Ogos 2010
Selamat Beribadah dalam Bulan Ramadhan
Jumaat, 6 Ogos 2010
Sumber "Business Studies"
- Persiapan bagi menghadiri temuduga kerja yang secara umumnya dapat dikatakan akan menguji calon dengan pelbagai aspek berkaitan business, penyelesaian masalah dan lain-lain.
- Menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan mengenai kemahiran pengurusan dan perniagaan, cara peningkatan hasil kerja dan lain-lain yang secara tidak langsung dapat diaplikasi dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Contoh yang saya berikan, dengan mengkaji business case studies tersebut, sedikit sebanyak kita dapat mempelajari langkah untuk menjimatkan kos operasi, meningkatkan motivasi kerja, menaikkan kadar keberhasilan kerja dan menyusun atur dan memanfaatkan kepelbagaian kemahiran dalam satu organisasi. Aplikasinya dapat juga kita laksanakan dalam gerak kerja berpersatuan. lebih-lebih lagi dalam usaha dakwah yang digerakkan secara ikhlas dan membabitkan satu kumpulan manusia.
Khamis, 5 Ogos 2010
Semester 2 Tahun 2
- Saya sudah pun memasuki semester 2 tahun 2. Ini bermakna, sesi pengajian saya berbaki 3 semester lagi (setahun setengah, dan insya Allah akan tamat belajar pada November 2011).
- Keputusan peperiksaan semester lalu memang meningkat dengan signifikan. Alhamdulillah. Makin faham dan sedar akan hukum alam: sesiapa yang berusaha dengan cara yang betul, insya Allah pasti dia akan berjaya. Lihat sahaja sifat Maha Pemurah Allah, bagi orang-orang kafir sekalipun, andai mereka berusaha dan mematuhi hukum alam (sunnatullah) pasti mereka akan berjaya. Perkara ini lebih menjadi jelas kepada saya apabila melihat markah rakan-rakan sepengajian, ada yang mencecah lingkungan 96% daripada 100%.
- Pasti dan perlu bagi kita untuk menilai dan menyusunaturkan segala keutamaan dan keperluan kita. Segala gangguan yang menghilangkan fokus kepada keutamaan kita perlu dijauhi.
- Insya Allah, sama-sama kita doakan, agar Allah mempermudah dan merahmati segala usaha kita. Bagi saya sendiri, antara fokus yang perlu diberikan adalah persiapan untuk menghadiri temuduga kerja pada tahun hadapan. Persiapan merangkumi pencapaian akademik yang mantap dan cemerlang, pengetahuan dan kemahiran berkenaan urusan perniagaan, perdagangan, pengurusan serta kemahiran menyelesaikan masalah. Mudah-mudahan Allah membantu saya dan rakan-rakan lain, lulus dalam temuduga, ditawarkan kerja bersama Petronas dalam sektor yang berkait rapat dengan kelulusan akademik dalam bidang geologi serta ditempatkan di Kuala Lumpur mulai awal 2012.
- Masa memang menjadi modal kita yang terlalu berharga; kita perlu lebih menghargainya. Jangan dibiarkan setiap detik saat berlalu dengan sia-sia. Setidak-tidaknya, lidah atau hati kita boleh menuturkan zikir mulia: "Allah...Allah....Allah....."