Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 16 Ogos 2010

Bahaya Dosa Dibuat ketika Bersendirian


Sumber gambar hiasan

Fitnah (ujian) ketika berada bersendirian sememangnya amat menakutkan. Jauhilah punca yang menyebabkan kita terhumban dalam kancah sedemikian.


Ramadhan ialah bulan didikan yang istimewa buat kita selaku umat Nabi Muhammad shollalahu 'alaihi wa sallam.

Terlalu banyak nilai kehambaan yang dapat kita pelajari dan hayati sepanjang keberadaan dalam bulan mulia ini.

Apa yang pasti, kesan didikan sepanjang bulan ini patut diteruskan dalam masa 11 bulan lain yang akan mendatang.

Pernah disebut 'ulama: "Dikhuatiri orang yang iman dan amalannya berkurang selepas tamatnya bulan Ramadhan: amalannya semasa Ramadhan tersebut tidak diterima."

Apa yang dapat kita pelajari: "Amalan yang diterima Allah sepanjang Ramadhan mempunyai petandanya: Kita mampu beramal dengan sebagus demikian sepanjang bulan selepas Ramadhan."

Kita juga sedia maklum: "Ganjaran pahala bagi semua macam ibadat dalam Ramadhan digandakan berlipat kali, sehingga tahap ratusan kali ganda."

Alhamdulillah, memang kita amat bersyukur dengan hadiah istimewa ini dan berdoa agar Allah menjadikan kita hamba-Nya yang kuat dan ikhlas beramal sebanyak-banyaknya.

Namun, saya amat tertarik untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca yang saya muliakan mengenai ancaman kepada golongan yang melakukan kebaikan dengan baik ketika bersama orang ramai, tetapi mereka melakukan kejahatan dosa ketika berada secara bersendirian.

Manusia sedemikian ( ya'ni mereka yang bersungguh-sungguh berbuat kebaikan ketika berada bersama orang lain, namun melakukan dosa secara rahsia) mungkin membawa pahala sebanyak dan sebesar gunung pada Hari Kiamat, namun pahala tersebut menjadi sia-sia, menjadi debu beterbangan (lantaran kekejian melakukan dosa ketika bersendirian/secara rahsia).

Memang menakutkan. Dosa yang dilakukan secara rahsia memang sangat menjijikkan.

Hadits Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam mengenai ancaman terhadap orang sedemikian ada diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Thawban.

Kita boleh menonton dan menghayati rakaman video kuliah Dr. Muhammad Al-'Arifi seperti yang dipaparkan di bawah. Insya-Allah beliau ada menerangkan hadits berkenaan.

Mudah-mudahan Allah Ta'ala dengan sifat Maha Penyayang dan Maha Memelihara-Nya sentiasa menjaga kita daripada terjerumus dalam bencana dosa melakukan secara bersendirian / rahsia.

Allahumma aamiin.

*Apa contoh situasi yang relevan bagi dosa secara bersendirian? : Menatap perkara yang haram (gambar wanita bukan mahram dengan syahwat, melihat aurat wanita bukan mahram, menonton bahan lucah ketika berada bersendirian melalui Facebook dan mana-mana laman internet yang lain- bagi Muslimin)








Al-Faqir wal Haqir ilaLlah,

Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki
Adelaide, Australia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...